"Bie cepatlah turun makan. Nanti lambat" jeritku kepada Haris apabila Haris masih belum keluar lagi dari bilik tidur.
Nanti bising pula sampai lambat.
"Bisinglah Yang ni. Tau laa orang nak turunlah ni"
"Suka hatilah nak bising. Mulut kita bukan guna mulut dia pun"
"Mana-mana jela. Nak makan" balas Haris.
"Pagi ni kita makan nasi goreng okey. Tengah hari Haris tak balik kan?" Pertanyaanku hanya mendapat anggukan Haris.
Tiba-tiba Haris memandanku lain macam. Asal pula laki aku hari ni ? Oh mungkin dia perasan aku pakai lip balm baru.
"Cantikkan bibir Saffiya ? Haa hari ni Saffiya pakai lip balm baru tau. Warna pink lembut tapi tak nampak sangatlah pink dia tu tapi Saffiya beli sebab dia bau strawberry. Comelkan bau strawberry" kataku teruja.
Entahlah sejak makin rapat dengan Haris semua benda aku nak cakap. Sampai aku download lagu pun aku bercerita dengan dia.
Tapi pasal Danial aku cuma cakap yang aku pernah bercinta dengan Danial tapi dah putus lepas habis Tingkatan 5. Aku cerita pun sebab hari tu dia ada tanya aku pasal lelaki yang melutut depan aku. Setahu aku Danial je pernah melutut depan aku.
"Bau strawberry ? Bie nak bau boleh?" Merah padam mukaku apabila mendengar keinginan Haris.
"Ish Saffiya cakap je. Tak suruh pun bau"
"Tapi Haris nak bau je. Bukan nak rasa pun. Please" pujuk Haris lagi sambil terus mendekatkan hidungnya dengan bibirku.
Aku terpaku. Ingatkan mintak main-main je.
"Emm sedap bau dia. Bie suka strawberry" kata Haris dan terus makan sarapannya sehingga habis.
Sesudah sarapan Haris bergegas ingin ke kolej tapi sempat lagi menghulukan tangannya kepadaku. Katanya ingin aku biasakan diri kalau aku atau dia ingin keluar dari rumah wajib bersalam dulu. Aku pun ikutkan saja. Dulu-dulu pun ibu ajar aku macam tu.
"Em sebelum bie pergikan boleh tak bie nak rasa strawberry dulu" permintaan Haris mengejutkan aku. Aku cuba mengelak tapi belum apa-apa lagi Haris sudah menarikku dalam pelukkannya.
"Bolehlah sekali je. Bie teringin nak rasalah"
Aku terus menggigit bibir bawahku. Aku terkejut dengan permintaan direct Haris ni.
"Sama jela rasa sebelum-sebelum ni Bie"
"Alaa bie cuba dulu lepas tu bie cakap lain ke tak eh" kata Haris dan terus dirapatkan bibirnya dengan bibirku. Aku tidak membantah mahupun melarang. Lebih kepada tak kisah.
Mungkin aku pun nak Haris rasa Strawberry ni
Lama keadaan kami begitu sehingga aku menolakknya apabila ciuaman Haris semakin ghairah dan seperti tidak ingin berhenti. Aku takut lain pula jadinya nanti.
"Em sedap. Bie suka dan bie rasa bie dah sangap ah dengan strawberry sayang" kata Haris lembut. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Aku tak tau kenapa dengan ciuaman Haris hari ni lain macam sikit. Em mungkin cepat sangat aku membalas ciuman Haris tadi.
"Bie pergi kerja dulu eh. Bye sayang" terus Haris mencium dahiku dan berlalu pergi.
--
Hari ni aku tak tahu kenapa bosan sangat. Mungkin sebab Haris tak balik tengah hari jadi aku sangatlah malas nak masak. Dari sarapan sampai petang aku rehat je dekat ruang tamu ni.
Sumpah bosan jadi penganggur ni.
Lepas satu, satu aku tengok drama melayu. Cerita dekat HBO ni dari minggu lepas asyik ulang tayang cerita sama. Aku perasan cerita melayu hari ni kisahkan pasal isteri solehan.
YOU ARE READING
Masih Aku Cinta
RomanceHampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya. Tidak pernah menyesal mencintai lelaki yang terpaksa di kahwinnya atas wasiat arwah ayahnya. Pelbagai kenangan di cipta pasangan ini. Cin...