Bab 35 - Salah Orang

81K 1.4K 70
                                    

Aku dan Haris bergegas ke hospital yang menetapkan Ibu dan Makcik Yati, jiran yang turut terbabit dalam kemalangan itu. Sekarang ini aku masih menunggu di luar bilik kecemasan. Ibu di masukkan ke dalam.

"Sayang..sabar okey. Janganlah nangis"pujuk Haris apabila isteri masih menangis tersedu-sedu di sisinya.

"Kalau jadi apa-apa pada ibu macam mana ? Saya dah takde siapa-siapa Haris. Keluarga lain pun takde" balas Saffiya.

Air matanya kembali mengalir laju apabila mengingati hanya ibu sahaja dia ada selepas Arwah ayahnya pergi meninggalkan dia dulu.

"Safiyya masih ada Haris. Suami Saffiya. Papa mama pun ada. Family Haris pun masih ada. Tolonglah jangan macam ni sayang"

Pujukan Haris tidak ada satu pun dapat menenangkan Saffiya buat sekarang ni.

Tadi dia hanya dapat tahu Ibu dan makcik Yati keluar selepas maghrib dan pada waktu perjalanan balik ke rumah, kereta mereka terbabas kerana ingin mengelak dari kereta yang datang dari arah bertentangan. Menurut sumber lagi pemandu itu mabuk dan memasuki salah lorong. Kenderaan yang ibu naiki itu tidak dapat mengelak.

Saffiya tidak tahu ingin berkata apa lagi. Semua benda itu pun dia dengar dari Haris. Semua perkara Haris yang selesaikan bagi pihak ibunya.

Em dia nak berdiri pun susah inikan pula mahu memyeselaikan masalah ini.

"Saffiya tunggu kejap. Mama papa dah sampai. Haris jemput diorang jap" kata Haris sambil mencium dahiku dan keluar dari kawasan kecemasan yang masih belum ada khabar berita dari doktor yang merawat ibu.

Makcik yati sudah di masukkan ke dalam wad biasa. Dengarnya makcik yati juga teruk keadaannya.

Paling merunsingkan Saffiya ialah ibunya. Dia pernah dengar cerita yang selalunya dalam kemalangan si penumpang akan mendapat bahaya lebih sikit dari si pemandu. Tapi itu bukanlah faktar sepenuhnya kan ?

Beberapa minit selepas Haris meninggalkan aku, Doktor keluar dari bilik kecemasan yang menetapkan ibu. Terus aku mendapatkan doktor tersebut. Dalam hati hanya berdoa agar ibu selamat.

"Doktor ibu saya macam mana?" Tanyaku kepada lelaki yang sedikit berumur berbaju serba putih ini.

Dia memandangku lama. Riak wajahnya sedikit penat. "Kamu ni anak kepada puan Sofea ya?" Tanya Doktor itu.

Jangan sampai aku maki doktor ni. Sah sah tadi aku cakap ibu kan ?

Okey saffiya sabar. Angguk je dulu.

"Ibu saya macam mana doktor?" Tanyaku tanpa ada niat untuk membalas soalannya tadi. Angguk tu dah cukuplah kan ?

"Saya harap kamu sabar ya. Kamu tahukan kemalangan tu teruk?"

"Apa maksud doktor ni? Cakap terus terang boleh tak ? Saya tak suka putar belit ni?" Sedikit melenting aku membalas.

"Saya harap kamu sabar. Kemalangan tu telah menyebabkan kepala Puan Sofea terhentuk dengan kuat dan pendarahaan berlaku. Jadi kami sudah berusaha..-" kata-kata Doktor itu terus aku potong.

"Apa yang cuba doktor sampaikan ni?"

"Puan Sofea..tak dapat diselamatkan. Maafkan kami"

Kata-kata doktor yang merawat ibu seperti pisau menghiris hatiku kali kedua. Kali pertama semasa aku mendengar khabar berita tentang arwah ayah..

"Yaya ibu harap kamu tabah ya"

"Laa kenapa ibu ? Cakap jela cepat.. Yaya tak sabar ni nak jumpa ayah pagi ni. Dahlah semalam sibuk belajar masak. Ayah la ni suruh belajar masak. Kita nak jaga dia pun susah. Dari lepas SPM sampai sekarang tau yaya kena belajar masak ni" balasku kepada ibu apabila menghalangku dari ke bilik ayah.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now