❤4-Aisya pasrah

97.4K 4.7K 202
                                    

Aisya

Aku kerling jam yang elok melilit pergelangan tangan aku. Pukul 12.45. Maksudnya ada lagi lima minit sebelum balik. Aku berdoa supaya masa cepat berlalu. Aku dah tak tahan dah dengan loghat bahasa cina yang pekat oleh Mr. Wong.

"Aisya, are still there?" Mr. Wong mengetuk-ngetuk meja aku.

"Sorry Mr. Wong. Saya tak fokus"

Tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni ketuk pintu kelas 4Sn. Dan, dengan itu, jantung aku pun berdegup laju.

"Excuse me Mr. Wong, I want to inform for those who came to the kawad selection yesterday, please stayback until 1.20 and meet me at the court. Okay, Thank you Mr. Wong"

Kata Afiq dan dia berlari pula ke kelas sebelah.

Mungkin dia takut tak sempat inform semua orang kut. Dahlah haritu langsung tak ada beri senarai nama.

Bila loceng berbunyi, kami semua cakap terima kasih kepada Mr. Wong dan dia pun pergi.

"Aisya, aku minta maaf" kata Furqan sebelum dia keluar kelas. Zayyani yang sedang membetulkan tudungnya turut ditarik sama mengikuti Furqan.

Aku terkebil-kebil sebentar, cuba mencerna situasi yang sedang berlaku.

"Aisya kena tinggal?" Hazim menyoal. Aku rasa macam aku dipinggirkan begini.

"Haah. Yani dengan Furqan dah pergi dulu" aku mengadu.

Hazim tergelak. Eish. Aku rasa macam nak tumbuk je muka dia laju-laju sekarang ni. Aku kena tinggal duh. Kau boleh gelak.

"Aisya jalan dengan Hazim jelah. Hazim pun kena tinggal. Hakim cakap dia nak balik sama-sama tadi, tapi nampaknya dia pergi kejar Cikgu Wong dulu, So I'm here, alone again" Hazim buat ayat pasrah. Kali ini, aku pula gelak sekuat hati.

"Gelak tu kawal sikit lah Aisya, kau tu dahlah perempuan"

Entahlah, tapi hampir semua classmates aku layan aku macam tu. Diorang layan aku macam aku ni adik diorang. Dan aku kena mengaku yang aku rasa disayangi. Maklumlah, aku tak ada adik beradik. Anak tunggal pula tu.

"Aisya masuk kawad ke?" Hazim tanya lagi.

Aku mengagguk laju.

"Kenapa? Tak kenal ke komander dia macam mana?"

Heih Hazim. Kau macam tahu apa yang terjadi semalam.

"Tak kenal pun siapa dia sebenarnya. Semalam baru ada orang bagitahu" Kata aku. Hazim pun mengangguk faham.

Aku rasa macam conversation aku dengan Hazim macam hambar gila nak mati. Mungkin sebab aku jarang cakap dengan dia, ataupun dia ni macam menjaga hati aku sangat-sangat.

"Hazim, Aisya pergi dulu eh. Nak tukar baju lagi. Kalau lambat nanti Afiq marah" Kata aku sebelum berlari menuju ke bilik persalinan.

Hazim sempat melambai. Aku membalas lambaian sebelum mempercepatkan larian aku ke bilik persalinan. Sampai sahaja di bilik persalinan, aku membuka locker aku dan mencapai baju sukan dan seluar tracksuit. Salah satu pintu bilik persalinan aku tolak dan aku tukar baju kurung sekolah aku kepada baju sukan tersebut.

Selesai menukar baju, aku sembur sedikit minyak wangi yang memang aku simpan didalam locker. Minyak wangi tu mula-mula aku dapat waktu birthday yang ke 10, waktu tu aku darjah empat. Minyak wangi the body shop. Red Musk. Bau dia tahan lama, and sangat soft.

Sejak daripada tu, aku terus pakai minyak wangi tu, sampai sekarang. Mahal, memang mahal, tapi aku addicted.

Aku periksa diri aku kat cermin dan keluar dari bilik persalinan kemudian aku terus mendekati Furqan dan Zayyani. Diorang tengah berbual. Pasal apa, aku tak tahu.

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now