❤️bab22-be mine

65K 3.3K 57
                                    

Kami berdua jalan beriringan. Senyap sepi.

Awkward sangat ni! Tak boleh jadi ni Aisya , kau perlu berbicara.

"Nak tunjuk Aisya apa?"

Kata aku. Aku tak berani nak pandang dia sebab takut dia tengah pandang aku.

Do you know the feelings when you're stealing glances from someone but then that person is staring at you?

The feel is urghh! Tak boleh describe pakai perkataan.

Dia bawak aku pergi masuk dekat kedai silver planet.

"Abang nak belikan Aisya kasut"

Katanya. Aku dah terbeliak.

Serious ah. Kasut?

"Apahal tetiba nak belikan Aisya kasut? Kasut Aisya elok lagilah. Tak terkopak pon"

Kata aku sambil menunjukkan kasut Saucony aku.

"Abang nak kasut sama"

Afiq memanggil pekerja kat situ. Satu kasut berwarna putih plain dicapai.

Aku dah berbelah bahagi. Apahal ni?

"I nak satu pair saiz sembilan, satu pair saiz enam"

Katanya sambil senyum.

What I just realize is, the way he smile to the co workers dengan the way he smile dekat aku lain.

Lain sangat. It's like, bila dia senyum kat aku, aku sorang je boleh nampak senyuman tu.

Cara dia cakap dengan aku, lain dengan cara dia cakap dengan orang lain.

Aku special ke kat mata dia? Ke dekat mata je?

Hati?
Dekat hati tak spesial?

Dahlah. Dah macam ayat novel cinta dah aku buat.

So, berbalik kepada realiti pemilik ladang rusa, aku cuma tunduk pandang bawah.

"Happy lah sikit dapat kasut baru"

Afiq menyenggol bahuku.

Aku memandang dia sekilas.

Dah sekilas tu beb, dia sempat kenyit mata weh!

Bapak diaaalaahhh macam nak terkeluar jantung aku dari tempatnya!

"Aisya please jangan pandang abang gitu"

Kata Afiq dengan tiba-tiba.

Lepastu tiba-tiba cina pakai seluar pendek pink duduk sebelah aku membuat aku aku makin merapat dengan Afiq.

Maka, berlagalah lutut kami.

Waktu ni, iman aku dah terbang pergi Afghanistan dah.

Eicheh ayat drama.

"Aisya pandang abang macam mana?"

"Aisya pandang abang macam nak suruh abang bagi lebih. Abang dah bagi hati, abang dah bagi jantung, abang dah bagi jiwa. Abang dah tak boleh bagi lebih"

Aku ketap bibir.

Yezzaaa pada waktu inilah kasut tadi sampai.

Afiq suruh aku try kat kaki, jadi aku pun cuba. Afiq pun sama mencuba. Aku letak kaki aku sebelah kaki dia. Kasut itu kasut biasa sahaja. Cuma, di tepi buku lali, ada satu corak kecil berwarna hijau. Sangat kecil.

Aku dah keluarkan kad kredit kecemasan yang mama dengan papa aku bagi kalau kalau aku tak cukup cash sebelum kat kaunter.

Takut. Mesti mahal kasut gitu.

Belum sempat kitorang jalan kat kaunter, Afiq dah macam mem besar mengoder

"Masukkan purchase kasut ni dalam my account. Thank you" kata Afiq.

Aku terus pandang Afiq.

"Regular customer" bisik Afiq kepada aku.

Aku hanya mengangguk.

Bila sampai kat luar pintu mall, hanya kereta BMW warna hitam menunggu. Bas tadi dah hilang.

"Mana bas tadi? Macam mana Aisya nak balik niii"

"Sekarang dah pukul berapa? Abang suruh tunggu pukul berapa?"

Beg aku ditarik masuk ke dalam kereta bmw tersebut oleh Afiq.

"Be mine"
.
.
.
.

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now