❤6-naik motor

92.2K 4.2K 272
                                    

Aisya

Sikit lagi tu Aisya. Sikiiit je lagi. Lagi dua huruf, satu huruf dan, aku bebas!!

Laporan dan minit mesyuarat semuanya aku dah siapkan. Tulisan tangan pula tu.

Lenguh tangan aku. Sepatutnya minit mesyuarat whatsoover ni buat pakai laptop, tapi orang dah suruh, nak buat macam mana.

Jam tepat-tepat menunjukkan pukul lima. Hebat gila seh Abang Komander ni ramal bila aku siap buat semua ni.

Ahli Nujum Pak Belalang ni!

Aku kemas pen dan kertas yang bersepah. Kertas laporan semua aku masukkan dalam fail.

Pen aku masukkan dalam beg pensel dan simpan dalam beg sekolah.

Bila aku pandang depan, Afiq sudah bangun.

Ya Allah, hensem gila muka dia bangun tidur. Dengan rambut berserabutnya.

Dan, pada waktu ini juga aku perasan yang rambut dia macam rambut aku, I mean rambut dia perang sikit. Bila cahaya matahari dari tingkap mengena dia, rambut dan mata Afiq seolah-olah bersinar.

Faham tak betapa menariknya pandanga di hadapan mata ini sekarang?

"Kalau kau tengok aku je memang kena terpana macam tu eh?"

Soal Abang Komander itu dengan suara serak-serak basah.

Dia mengusap rambutnya kebelakang kepala sebelum tersenyum.

Oh Abang Komanderku, adakah kau matahari? Kerana aku jadi aiskrim bila dekat dengan kau!

Ok, stop the nonsense.

"Semua dah siap" aku hulurkan fail yang berisi kertas-kertas tadi.

"Ok. Thank you so much" katanya sambil tersenyum lagi.

"Kau balik naik apa?" Dia tanya kepada aku.

Kenapa abang tanya? Nak hantar Aisya balik ke?

Eh, eh, You are so dreamy Aisya.

"Naik bas kot" jawab aku dengan muka kosong. Tapi serious doe. Aku nak balik macam mana.

Kalau pukul tiga tadi adalah bas. Sekarang? Dah pukul lima Aisya!

"Ada bas ke pukul lima ni? Takpelah. Aku hantar"

Katanya sambil berdiri dan menggalas beg sekolahnya.

Oh my, benarkah semua ini?

"Naik apa?" Mulut aku ni nakal pula hendak bertanya.

"Motor aku lah. Nak naik apa lagi?"

Oh, baru tahu Abang Komander ni naik motor pergi sekolah.

"Oh.."

Ini kira macam terpaksa lah jugak. Macam nak taknak nak nak nak macam tu. Aku galas beg aku dan aku ikut dia jalan dari belakang. Bila keluar dari perpustakaan, dia kunci perpustakaan tu.

Fuh fuh, kunci library pun dia pegang.

Kitorang berdua pakai kasut. Diam je suasana. Fuh fuh. Seumur hidup aku, aku tak pernah senyap macam ni. Biasanya ada je benda aku nak bebelkan. Tapi, Afiq buat aku rasa macam aku kena kawal diri.

Bila turun tangga, aku jalan belakang dia, tapi dia tarik lengan aku supaya aku berjalan sebelah dia.

Nasib baik baju sukan aku lengan panjang.

Bila sampai kat tempat parking moto, aku nampak motor RXZ.

So, selama ini, motor RXZ ni dia punya?

Kau duduk bawah batu rupa-rupanya Aisya.

"Rumah kau kat mana?"

Tanya Afiq.

"Taman Indah"

Afiq ternganga. Ternganga pun comel.

STOP PUJI DIA AISYA.

"Jauhnya. Kau datang sekolah naik apa hari hari?"

Soal Afiq sambil memakai helmet.

"Naik bas"

Tiba-tiba dia menyarungkan helmet ke kepala aku.

"Ni helmet siapa?" Soal aku tiba-tiba.

Kenapa dia ada dua helmet? Dia ada girlfriend ke?

Melepas harapan kau Aisya.

Aku kecewa. Rasa macam nak nangis. Ya Allah! Kecewanya aku!

"Rider mesti ada helmet spare"

Ujarnya ringkas sebelum naik ke atas motor.

Still, aku masih kecewa. May be dia ada girlfriend. I am the third wheel between them.

"Naiklah atas motor" suruhnya.

Aku akur lalu naik atas motosikal itu.

Bila aku duduk, satu bau menusuk ke dalam hidung aku.

Macam bau perfume bercampur dengan bau peluh dengan bau rokok.

Tak busuk tak wangi. Just, special.

Sebaik sahaja enjin motosikal itu dihidupkan, motosikal itu meluncur laju di jalan raya.

Aku curious gila nak mati. Dia smoking ke?

Jadi, aku berani kan diri nak tanya.

"Afiq. Kau smoking ke?"

Dia terkedu sebentar.

Dari sidemirror motor tu, aku dapat lihat yang muka dia agak kelat.

"Kau panggil Jamal apa?"

Eih! Macam lain topik je ni.

"Abang Jamal" jawab aku ringkas.

"Kenapa kau boleh panggil Jamal abang, tapi kau panggil aku Afiq?"

Nada suaranya sarkastik.

Aku gigit bibir.

"Ok, Abang Afiq. Abang smoking ke?"

Aku tegas bertanya. Aku rasa macam aku tanya perkara yang tak sepatutnya aku tahu. Ranker sekolah, Afiq, merokok. Kenyataan tersebut sangat lah tak kena.

Tiba-tiba ada setitik air jatuh ke pipi aku.

Makin lama, makin banyak.
Soalan yang aku tanya dibiarkan tergantung.

"Aisya, hujanlah. Tapi rumah kau jauh lagi"

Tenang sahaja Afiq bersuara. Dia tenang bhaii.

Dia tak tahu aku kat belakang ni tengah berperang dengan kekencangan angin dan juga air hujan yang semakin lama membasahi tudung aku.

Baju Afiq pula melekap di permukaan kulit dia. Aku dapat lihat sedikit kulit belakang badannya yang putih itu.

Persoalan bab 5, KENAPA DIA PAKAI BAJU PUTIH!

Aku tak tahu nak jawab apa statement dia tadi:
'Aisya hujanlah tapi rumah kau jauh lagi'

"Kita balik rumah aku dululah. Lebat sangat ni"

Aku dah gugup. Balik rumah dia?

"Rumah Abang?"

Aku masih lagi tak percaya.

"Takpe, mami aku ada kat rumah"

Aku lega sikit bila dengar yang mami dia ada kat rumah.

Hujan lebat gila sampai aku terpaksa tundukkan kepala aku sehingga mengena belakang abang komander itu.

Aku ni antibody tak kuat. Hujan sikit je demam. Tapi hujan yang ni banyak seh.

Sejuk gila sampai aku menggigil.

Motosikal yang ditunggang itu mengambil laluan ke rumah bahagian Gate.

Rumah orang kaya.

"Tahan sikit Aisya.."

Aku rasa macam tak berdaya. Sejuknya Ya Allah.
.
.
.





Abang Komander ✔Where stories live. Discover now