bab41- Welcome back part1

54.7K 2.9K 18
                                    

Lambat-lambat Aisya menggigit coklat itu.

"Bila dia nak datang"

"Cepatlah datang" Aisya masih berharap.

Bahunya tiba-tiba disentuh.
Aisya gigit bibir.

Afiq Adrar ke?

"Miss kenapa tak balik lagi?"

Aisya pusing ke belakang.

Shit. Pak guard rupanya.

"Saya practical. Banyak sikit kerja" Aisya senyum.

"Oh yeke. Terkejut pak cik ronda-ronda tengok ada orang tak balik lagi"

Kata pak guard tersebut sebelum pergi.

Aisya menyambung kerjanya.

"Minyak wangi ada lagi. Dia datang bila minyak wangi habis kot"

Kata Aisya sendiri lagi.
.
.
.

Sepasang tangan mengelap air mata yang jatuh berjuraian.

"Cepatlah datang"

Hatinya luluh.

Kalau ikutkan hati, mahu saja Afiq pergi ke Aisya.

Cukup selama lima tahun dia bersabar, sabarnya kini semakin menghilang dimamah rindu.

^pergh ayat novel suamiku.

Sampai sahaja di Malaysia dia terus ke W holdings.

Terkejut Afiq dibuatnya apabila maminya call kata Aisya practical kat situ.

Gembira sedih keliru takut blur semua ada.

Rambutnya diusap kebelakang.

Dari sebalik cermin, susuk tubuh wanita yang dirinduinya itu diperhatikan.

Apa yang dah berubah dekat Aisya? Almost nothing.

She remain the same. Skinnier. She became skinny.

Afiq berdiri. Badannya diregangkan. Penerbangan selama lapan jam dari Manhattan ke Kuala Lumpur itu amat memenatkan.

Prakk prakk

Sendi di pinggang Afiq berbunyi.

Aisya tiba-tiba pandang belakang.

Afiq yang berada disebalik dinding bercermin itu cepat-cepat mencangkung. Takut-takut Aisya ternampak dirinya.

Lama Afiq bercangkung sebelum dia perasan yang cermin itu cermin sehala.

(Cermin yang sebelah macam cermin muka, sebelah lagi macam cermin tingkap)

Perlahan-lahan Afiq berdiri semula. Aisya betulkan tudung rupa-rupanya!

Cuak je!

Afiq kembali berdiri dengan tegak.

Wajah Aisya yang sedang membetulkan tudung itu dipandang.

Wajahnya yang agak kemerahan. Mungkin kerana baru lepas menangis.

Bulu matanya masih bersisa air mata. Mengingatkan Afiq pada kenangan lama.

'Allahuakbar, aku rindu dia'

Coklat sneakers yang masih berbaki setengah di tangan Aisya itu dihabiskan.

Tepat jam 12.00 malam, Aisya keluar dari pejabat. Gerak geri tubuh kurus itu Afiq perhatikan.

Sampailah ke outdoor parking lot.

'I miss my baby boo so much'
.
.
.

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now