❤️bab18- why, what

66.1K 3.3K 62
                                    

"Assalamualaikum Encik Afiq"

^ni yang chapter tadi tu

Aku cem pelik gila nak mati, apahal mama tunduk depan dia?

Muka Afiq pula cuma senyum. Senyum bangga.

Tidak lama kemudian, papa pula datang. Dia turut menegur Afiq dengan sopan.

"Encik Afiq, apa khabar? Encik datang kat sini dengan siapa? Datin mana?"

Kata papa pulak. Aku macam nak terpengsan pula kat situ.

Papa dengan mam kerja dekat company bapak dia ke?

Selama ni CEO kejam dua ekor tu mak bapak dia?

Macam tiba-tiba menyesal sebab aku tak layan dia baik-baik.

Kalau aku layan dia baik-baik, mesti dia suruh mak bapak dia naikkan gaji mama dengan papa.

Jadi, sebulan, aku boleh belanja lebih dari 100!

Bestnya. Serious best. Malangnya. Hmm.

You know.

You know what?

I don't know

"So, uncle dengan auntie parents Aisya? Afiq baru tahu"

Katanya sebelum terkocoh-kocoh nak salam tangan papa.

Acah je tu. Percayalah.

Papa tersenyum. Walaupun riak wajah terkejut mewarnai muka papa sepenuhnya, aku rasa dia happy. Sebab dia rasa dihargai. Selama ni, dekat company tu takde yang hormat papa dengan mama.

Aku tahu walaupun mereka tak cerita.

Bagi aku, muka papa dengan mama sekarang ni macam ayam tengah berak kapur try nak senyum.

Cuba google. Ada tak macam tu?

Aku memeluk papa.

"Papa I miss you"

Papa membalas pelukan aku.

"Abang pergi lah sana. Nak spend time dengan mama dengan papa. Bye"

Kata aku sebelum menolak troli mama dan papa menuju ke secret recipe.

Waktu tu mama gigit jari.

Aih. Pelik mak aku ni. Gigit jari pulak.

Papa memegang tangan mama membawa tangan mama ke bawah.

"Jangan digigit jari tu"

Kata papa sebelum menoleh ke belakang. Muka macam baru lepas bunuh orang.

Bila sampai kat secret recipe. Kami bertiga order makanan.

Aku macam biasa, spaghetti meatball dengan milkshake chocolate.

Mama dengan papa order chicken chop.

"Kenapa mama dengan papa panggil Afiq encik tadi?"

Aku tanya dengan penuh berhati-hati.

"Dia bakal CEO W Holdings in 5 years"

Kata mama. Aku ketawa.

"Tipulah. Dia baru form5. Dia bukan jenis yang uruskan syarikat. Aisya kenal dia"

Kata aku sebelum menyedut milkshake kegemaran ku.

Mama dan papa masing-masing membuka kot mereka.

"Macam mana Aisya boleh kenal dia?" Papa bertanya. Macam detektif dah aku tengok.

"Dia senior Aisya"

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now