Bab 1

181 11 2
                                    

"Destinasi seterusnya, Sekolah Tinggi Persendirian Dongnam! Sekolah Tinggi Persendirian Dongnam!"

Aku tak tahu kenapa pagi tu aku rasa mengantuk sangat.Kelopak mata aku terasa berat nak buka macam ada bertan-tan besi bergayut pada bulu mata aku.Aku langsung tak sedar yang kereta api dah tiba ke destinasi yang dituju.

Bila akhirnya aku buka mata dan terburu - buru nak turun daripada kereta api ini,pintu dah tertutup. Memang lambat la aku hari ni nampaknya.Teringat pula dengan Miss Kang, guru disiplin sekolah.
Umurnya  sebaya  ibuku tetapi masih bujang lagi. Miss Kang tu memang tidak boleh dibawa main! Langgar peraturan sekolah sikit je dah naik berang. Sehingga dia mendapat gelaran 'Andartu liar ','Singa betina' dan macam-macam lagi khabar angin aku dengar pasal dia.

Malas memikirkan masalah yang sedang aku hadapi, aku pun duduk di tempat kosong bersebelahan budak lelaki yang tidak dikenali.
Berdasarkan uniform sekolah yang dipakai, kelihatan seperti pelajar daripada Sekolah Tinggi Lelaki Seonam. Pelajar Sekolah Tinggi Lelaki Seonam bukan naik kereta api lain ke?Aku dah pelik. Abaikan jela dia ni.Bukan masalah aku pun.

Bagi mengisi perasaan bosan yang bertandang di hati, aku pun mengeluarkan Ipod aku dari beg lalu memakai earphone. Laju jari-jemariku mencari  lagu kegemaran aku dan menekan punat 'play'. Lagu Overdose nyanyian group Exo bermain di telinga ku. Walaupun beribu kali aku memainkannya di Ipod aku, aku masih tidak jemu mendengarnya.

Tanpa aku sangka tiba-tiba budak lelaki itu terbaring atas ribaku. Apahal budak ni? Suka hati je baring atas riba aku! Aku cuba menepuk-nepuk bahunya perlahan.Tiada respons.Aku pandang sekeliling.Orang lain dah pandang semacam pada kitorang.Aku cuba mengejutkan dia lagi. Diam. Tiada tanda-tanda pergerakan.

"Budak-budak zaman sekarang ni memang tak tahu malu betul.Berani benar diorang bermesraan depan orang ramai."Deria pendengaran aku dapat menangkap kata-kata seorang ahjumma kepada kawannya.

"Shhh,jangan cakap kuat sangat nanti dia dengar."balas ahjumma lagi satu.

'Aku dengar la apa  yang ahjumma cakap.Kitorang ni nampak tengah bermesra ke?'Kataku dalam hati. Kalau cakap kuat-kuat nanti kutuk kurang ajar pula.

"Weyh,bangunla kau ingat riba aku ni hotel ke?"Kataku seakan berbisik kepada budak lelaki berkenaan sambil mengoncangkan tubuhnya. Ini mesti kes tidur mati macam aku tadi. Orang kejut pun tak sedar-sedar.Aku cuba ikhtiar lain dengan menampar lembut pipinya.

Panas.Itulah yang aku rasakan setelah menyentuh kulitnya.Aku cuba merasa dahinya.Haba panas dirasaiku lagi. Memang sah dia ni demam.Baru sekarang semua perkara yang berlaku masuk logik dek akal.

Nanti dah sampai stesen letak je la kat kerusi, fikirku. Aku pun memperbetulkan kedudukan asal budak lelaki Sekolah Tinggi Lelaki Seonam tu. Lagi sekali, dia terbaring atas ribaku. Aku memperbetulkan kedudukannya lagi. Berat juga dia ni dan akhirnya aku mengalah. Aku membiarkan dia melentok pada bahuku.

Apabila sampai di stesen yang dikehendaki , aku  awal-awal lagi sudah berdiri supaya mudah untuk keluar daripada kereta api. Budak lelaki yang tidak tahu siapa namanya aku biarkan  sahaja dia terbaring. Apabila tiba ke stesen yang dituju. Terbit pula rasa belas lalu aku memapahnya tubuh badannya yang berat dan keluar daripada perut kereta api yang sememangnya sesak itu.

Aku letakkan dia di kerusi berdekatan lalu duduk di sebelahnya. Aku berehat sebentar kerana kepenatan. Rasa kasihan pula jika membiarkan dia begitu sahaja. Tergerak pula hati ni nak membantu budak lelaki yang tak dikenali untuk hantar ke hospital. Walaupun aku bukanlah atlet angkat berat dunia, aku still mampu untuk memapah dia sehingga jumpa teksi. Aku segera  mencari dan menghentikan teksi dan bergegas ke hospital.
_____________________________

Hospital

"Jangan risau, hanya suhu badan pesakit sahaja yang meningkat  dan  pesakit tiada sebarang penyakit yang kronik. Esok dia sudah boleh keluar wad. Biarkan dia berehat secukupnya. Jangan lupa maklumkan kepada ahli keluarganya."kata doktor lelaki yang bertugas  sambil tersenyum kepada ku. Kacak juga doktor tu, ada iras-iras Lee Jong Suk.

"Ne,Kamsahamnida!"Balasku tanpa membalas senyuman doktor kacak itu. Doktor lelaki itu beredar. Tiba-tiba aku terdengar bunyi nada dering  dari arah budak lelaki itu. Aku cuba meraba-raba poket bajunya dan menjumpai Smartphone milik budak lelaki berkenaan.Besar telefon, mesti anak orang kaya ni, fikirku. Tertera nama Chanyeol di skrin telefon itu. Aku segera menjawab panggilan tersebut.

"Annyeonghaseyo, Do Kyung Soo! Kenapa tak datang sekolah hari ni?" Kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.

"Mian, Saya bukan chingu awak." Balasku. Aku meneka sahaja pemanggil tu chingu  dia ni.

"Awak siapa?Mana D.O?" Tanya Chanyeol.

"Saya Kim So Hyun. Kawan awak kat Hospital **** sekarang ni.Dia..."

Tiitttt.....

"Annyeonghaseyo? Anyyeonghaseyo?"
Aku tak habis cakap lagi,dah matikan talian pula.Aku pun meletakkan Smartphone kepunyaan budak lelaki tu di dalam poketnya kembali. Aku menaikkan selimut yang sedikit melurut ke paras lehernya agar tidak kesejukan. Sejak bila aku jadi baik sangat dengan orang yang tidak dikenali ni?

Ratu Ais Belajar Cinta ? [Hiatus]Where stories live. Discover now