Bab 6

71 6 3
                                    


Library.

"Sekarang kita dah kat sini.Awak dah boleh ajar saya.Jangan risau tempat ni jarang orang lalu.Lagipun pada waktu begini,tak ramai orang kat library." Gesa Kim So Hyun.

"Banyak awak tahu.Awak ni mesti ulat buku."teka DO sambil tersenyum padahal dia memang tahu Kim So Hyun ulat buku.Tulah dia pilih library sebagai tempat perjumpaan mereka berdua.

'Macam date pula berjumpa macam nI.Hanya kami berdua.'Memikirkan itu sahaja membuatkan DO tersengih sorang-sorang.

"DO?"suara So Hyun menyedarkan DO daripada lamunan.

"Sebelum tu, saya nak tanya.Kenapa awak pilih saya?"Soalan berani mati DO laju terkeluar dari bibirnya.

"Tak ada sebab."jawab So hyun tanpa berselindung dan tanpa ekspresi.

"Tak ada sebab?"Sebenarnya hatinya sedikit kecewa mendengar jawapan tu.Patutla orang gelar So Hyun Ratu Ais. Tak ada perasaan langsung.

"Yup, lagipun saya tak ada kawan lain selain BI untuk ajar saya.Awak hanyalah kebetulan.Saya tak akan berasa bersalah kalau saya lakukan dengan awak."Sunguh jujur jawapan So Hyun.

'Aku hanyalah kebetulan?'

"Saya tak tahu nak cakap awak ni memang si Ratu Ais yang semua orang takut nak dekat ke atau naif je." DO tepuk dahi.

"Lagipun saya pernah nampak awak."kata-kata Kim So Hyun tu membuatkan hati DO berdebar pantas.Dia meletakkan tangannya di kedua-dua bahu So Hyun kerana terlalu teruja.

"Awak dah ingat?!"Tanya DO dengan harapan So Hyun mengingati dirinya.

"Yup,awaklah yang berlakon drama yang terbaru tu.Saya baru sedar awak ni pelakon."kata So Hyun sambil mengangguk.

"Haih,"DO tepuk dahi lagi.Dia tergelak kecil.

"Kenapa?"

"Tak ada pape.Okay jom mulakan."

"Benda paling penting dalam cinta ialah hati.Kalau awak dah jatuh cinta biasanya hati awak akan berdebar-debar ,faham?"Cerita DO bersungguh-sungguh.Seolah-olah dia pakar cinta.

"Oh macam tu.Macam mana nak rasa berdebar-debar tu?"tanya So Hyun dengan perasaan ingin tahu.

"Erm,biasanya rasa tu naturally akan ada."jelas DO.

"Boleh tak awak buat hati saya berdebar-debar?"Minta So Hyun terus-terang.

"Ehhhh!!Saya tak tahu,susahla."Muka DO merona kemerahan.Dia mengipas-ngipas dirinya.

"Kalau macam tu buat saya jatuh cinta dengan awak!"Kata So Hyun seolah-olah itu satu perintah.

"Apa?"

Kim So Hyun memang unpredictable.

"Saya nak awak pegang tangan saya.macam kapel yang kat sana tu"So Hyun menunjukkan sepasang kekasih yang nampak begitu mesra sekali yang 2 rak di belakang mereka.

Bulat mata DO kerana dia tidak pernah memegang tangan perempuan seumur hidupnya kecuali ibunya.

Kim So Hyun menghulurkan tangan.Dia memegang tangan DO.

"Sejuknya tangan awak."Kata DO.Dia sebenarnya agak terkejut kerana kulit So Hyun agak sejuk.

"Kulit saya memang sejuk dari kecil.Tangan awak pula agak hangat. Saya rasa selesa."puji So Hyun.

Wajah DO sudah bertukar warna.Hatinya berdegup kencang.
Jari mereka kemudian bertaut.Hati DO bagaikan mahu meloncat keluar.

"Tangan awak lebih besar dari saya.Rupanya ini tangan lelaki.Cuba tengok ni.Tangan awak seperti gembira menyentuh tangan saya." Kim So Hyun tersenyum.

Semakin laju jantung DO berdegup kencang.Dia terus menarik tangannya.Tetapi Kim So Hyun tidak melepaskan tangan DO.

"Saya nak lama sikit.Supaya awak boleh transfer suhu tangan awak kat saya.Saya nak kita berkongsi suhu yang sama."Kata So Hyun lembut.

Kemudian Kim So Hyun melepaskan tangan DO. Ini kali pertama dia memegang tangan lelaki selain bapanya dan adik lelakinya.

DO kemudian menutup mukanya seolah-seolah menyembunyikan wajahnya yang bertukar sangat merah.

"Ja..ja..jadi hati awak berdebar tak?"tanya DO tergagap sedikit.

"Mmm..tak."Jawab So Hyun.

"Oh yeke."DO sebenarnya agak kecewa.

"Sebenarnya adalah sikit.0.1%."kata So Hyun selepas melihat reaksi DO yang agak kecewa.

DO tersenyum .Dia tidak boleh menghentikan senyumannya.

"Dah pukul 4.00 petang,saya bilik dulu."Kata Kim So Hyun selepas menilik jam di Smartphone nya.

"So Hyun,esok jam 3 dekat bumbung sekolah."kata DO.

"Okay."balas So Hyun pendek lalu meninggalkan DO keseorangan.

DO pun segera meninggalkan perpustakaan.Apabila keluar dia matanya menangkap kelibat So Hyun.

"Kim...."Dia baru ingin memanggil nama Kim So Hyun tetapi tergendala disebabkan ternampak BI sepertI sedang menunggu So Hyun.

"Lama tunggu?"tanya Kim So Hyun pada BI.

"Tak,jom balik."ajak BI.Mereka meninggalkan sekolah.

DO yang menyaksikan kejadian tu agak kecewa dan masuk semula ke dalam library.

'Oh,patutlah dia tergesa-gesa nak balik tadi.Nampaknya aku perlu lakukan sesuatu untuk dapatkan So Hyun.Aku tak boleh mengalah.'

Author's note:

Maafkan saya, saya mengalami  masalah teknikal

Ratu Ais Belajar Cinta ? [Hiatus]Where stories live. Discover now