Bab 7

54 3 2
                                    

Kelas

Keadaan kelas sangat sunyi ketika itu
Hanya kedengaran suara guru memenuhi segenap ruang.Para pelajar pula fokus mendengar apa yang di ajar sang guru.

Tiba-tiba.

'Pap!!'

Semua memandang ke arah bunyi bising itu dihasilkan.Seorang gadis telah jatuh pengsan.

"Jin-yong,bangun!bangun!"Gadis yang duduk di sebelahnya cuba mengejutkan sahabatnya yang pengsan. Semua panik dan mengeremuni gadis itu.

"Semua,kembali tempat asal!"arah guru berkenaan.

"Sara, kenapa dengan Jin-yong?"tanya guru tersebut.Dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

"Tadi dia nak ke bilik sakit sebab sakit kepala katanya.Bila dia nak bangun tiba-tiba dia pengsan!"jelas pelajar berkenaan.

"Takpe cikgu biar saya hantar dia kat bilik sakit."Kata DO. Dia terus mengangkat pelajar berkenaan dan terus hantar ke bilik sakit.

Selepas DO meninggalkan kelas bersama gadis yang pengsan dan sahabatnya, kelas jadi kecoh.

"Kya, DO dukung dia macam tuan puteri!"Kata salah seorang gadis dalam kelas tu.

"Aku pun nak jugak kena dukung  macam tuan puteri."kata sahabatnya pula.

"Okay, kelas! Kita sambung pembelajaran kita.Semua sila fokus!"Kata guru berkenaan menenangkan suasana kelas yang sangat bising ketika itu.

Kim So Hyun pula hanya memasang telinga apa yang dibualkan rakan sekelasnya sebentar tadi.

_________________________

Bumbung sekolah.

"DO saya nak awak dukung saya macam tuan puteri."Kata Kim So Hyun kepada DO.

"Hah? dukung awak macam tuan puteri?"

"Yup,awak kan kena buat saya jatuh cinta dengan awak.Jadi awak kena buat hati saya berdebar." Kata So Hyun. DO menggaru kepala.

"Yela So Hyun." Akhirnya dia menurut sahaja kehendak So Hyun. Semakin dia mengenali Kim So Hyun semakin dia tak faham Kim So Hyun sebenarnya. Dah suka nak buat macam mana.

DO menghampiri KIm So Hyun. Dan mula mendukungnya .


"Okay tak So Hyun?" Tanya Do lalu memandang wajah So Hyun yang sudah mulai memucat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okay tak So Hyun?" Tanya Do lalu memandang wajah So Hyun yang sudah mulai memucat.

"Sebenarnya, turunkan saya balik." kata So Hyun. So Hyun sebnarnya agak takut pada ketinggian.

"Awak..Adakah awak takut sebenarnya?" Teka DO.

'Gulp' Kim So Hyun menelan air liur. DO mula tersenyum nakal.

"Taklah!Mana ada..." So Hyun cuba menafikan tetapi malangnya DO tidak percaya dengan kata-katanya. Timbul satu idea nakal di benak DO.

"Okay, kalau macam tu takpe kan kalau saya berpusing-pusing sikit?" Kata DO.Dia memang sahaja mahu kenakan So Hyun tu. DO pun berpusing sambil mendukung So Hyun. So Hyun menutup mata kerana ketakutan. DO pula ketawa melihat gelagat So Hyun yang takut tu. Tadi beria sangat nak didukung sekarang takut pula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ratu Ais Belajar Cinta ? [Hiatus]Where stories live. Discover now