"Awak, ambil payung ni."Kim So Hyun memberikan sekaki payung yang lutsinar warnanya kepada DO.Tanda harga masih melekat pada payung tu.
DO berdiri dan mengambil payung tu.
"Terima kasih."Kata DO sambil memberikan senyuman. So hyun tidak berekspresi.
"Saya pergi dulu."Kim So Hyun meninggalkan DO.
"Tunggu,awak nak ke mana?"DO menghentikan langkah Kim So Hyun.
"Saya nak ke perhentian bas."jawab So Hyun jujur.
"Cantik,saya pun nak ke tempat yang sama.Boleh saya pergi dengan awak?"
"Saya tak kisah."Jawab So Hyun dan menyambung perjalanannya.
'Lucky me!'DO tersenyum lebar.Dia segera mempercepatkan langkah mengikuti langkah Kim So Hyun.
Bunyi hujan lebat begitu jelas kedengaran.Kedua-dua Kim So Hyun dan DO hanya mendiamkan diri.Kim So Hyun memang tidak banyak bercakap.
'Aduh,awkward nya!!Aku tak tahu nak cakap apa.' DO menggaru kepalanya.Dia memandang Kim So Hyun di sebelahnya.
"Nama awak siapa?" Tiba-tiba KimSo Hyun bersuara.
"Saya Do Kyung Soo.Pelajar baru.Saya rakan sekelas awak dan kita duduk bersebelahan,cik Kim So Hyun." Terang DO bersungguh-sungguh. Dia mahu So Hyun mengingati dirinya.
"Jadi awak dah kenal saya. Maaf saya tak perasan kehadiran awak." balas Kim So Hyun tidak bernada. Kim So hyun hanya pandang ke hadapan sepanjang perbualan.
"Takpe.Saya tak ambil hati pun." DO tersenyum nipis dan memandang bawah.
Sekali lagi bunyi hujan dan tapak kaki sahaja kedengaran.
'Alamak, situasi awkward lagi!! Kena cari cerita untuk dibualkan.Fikir.." kata hati DO.
Kim So Hyun mempercepatkan langkah dan tiba-tiba berdiri menghadapi DO.DO menghentikan langkah.Dia keliru dengan tindakan So Hyun.
"Awak, walaupun kita baru berjumpa boleh tak saya buat permintaan?" Tanya Kim So Hyun. Dia memandang mata DO.Serius sahaja raut wajahnya.
"Permintaan?Boleh je." jawab DO walaupun tak faham dengan tingkah laku Kim So Hyun.
'Apa saja untuk awak So Hyun tapi jangan minta aku jauhkan diri daripada kau.Dan jangan minta aku hilang dari pandangan mata kau sudah.Aku tak sanggup.'
Kata DO dalam hati.Merapu pula dia ni.Hati DO berdebar mendengar permintaan Kim So Hyun.Tangannya basah akibat berasa gemuruh. 'Gulp.'Dia menelan air liur.
"Saya nak minta tolong awak ajar saya maksud cinta."Kata So Hyun straightforward.Matanya tidak lari memandang DO seperti digam.Dia sebenarnya ragu-ragu untuk membuat permintaan kepada orang yang baru saja dia kenal.Tapi dia cuba tekadkan hati.
"Ehhh!!!!!!"DO terkejut mendengar permintaan So Hyun. Semakin pantas jantungnya berdegup bagaikan mahu terkeluar.Wajahnya menjadi merah.
'Aku salah dengar ke ni?cinta?
C.I.N.T.A?Bertenang Kyung Soo.Maintain cool.'DO menarik nafas."Kenapa tiba-tiba je ni?"Tanya DO berlagak tenang. Dalam hati hanya dia je tau.
"Saya akan ceritakan."kata So Hyun.Walaupun dia baru sahaja meminta tolong DO,eksperesi wajahnya masih sama.
Mereka meneruskan perjalanan sambil Kim So Hyun menceritakan kisah sebenar kepada DO.
Flashback
Tandas pelajar perempuan."Cemburu betul aku dengan So Hyun tu."Kim So Hyun baru sahaja ingin membuka pintu tandas, terdengar namanya disebut seseorang.Dia mengambil keputusan untuk tidak keluar.
"Kenapa?" kata seorang gadis yang berada bersama gadis yang menyebut nama Kim So Hyun. Kawannya, mungkin. Mereka sedang berdandan di hadapan cermin
"Yela dia kan rapat dengan BI."kata gadis yang pertama sambil mengoles lip tint.
"Ala diorang cuma berkawan je.Tak payah risau la."jawab gadis kedua.
"Kau yakin ke?"
"Aku yakin.Lagi So Hyun tu hati batu.Ada kawan aku pernah tanya dia sendiri tentang dia dengan BI tu.Dia sendiri cakap diorang takde pape.BI pon cakap diorang berkawan je.Tak lebih dari tu. Diorang memang dah berkawan sejak kecil. " gadis kedua tersebut menepek bedak di wajahnya.
"Betul jugak kalau diorang ada apa-apa diorang mesti dah lama jadi kekasih kan."
"Yup.That's right."
"Aku wonder la Kim So Hyun, si Ratu Ais tu pernah bercinta tak? Dia walau muka tak ada perasaan dan heartless tapi dia tu cantik jugak."
"So Hyun? Cinta?Entah dia faham ke tak maksud cinta tu. Aku gerenti 100% dia tak pernah bercinta. Tengokla dia tu.Takde sape berani dekat dengan dia kecuali BI."
"Betul jugak cakap kau tu.Jomlah kita dah lambat dah ni."ajak gadis pertama tadi kepada gadis kedua. Mereka bergegas meninggalkan tandas wanita tanpa mengetahui Kim So Hyun mendengar perbualan mereka.
Kim So Hyun keluar daripada tandas dan memandang cermin.
"Cinta?"
___________________________
"Hahaha.Awak ambil hati apa diorang cakap tu.Tak sangka saya!Naifnya awak ni."DO mentertawakan So Hyun. Dia berasa kelakar. Dia ingatkan So Hyun ni jenis yang tak akan dengar apa yang orang katakan mengenai dirinya.
"Suka hati awak nak cakap apa.Kalau awak tak boleh,saya cari orang lain."Kata-kata So Hyun seolah-seolah menunjukkan dia merajuk.
'Tau juga merajuk dia ni.Ingatkan takde perasaan.'
"Sekejap, saya akan buat!"Kata DO pantas apabila Kim So Hyun benar-benar meninggalkannya tanpa teragak-teragak.
"Buat apa?"kata Kim So Hyun berpura-pura bertanya.
"Ajar awak,....ajar awak cinta." kata DO malu-malu.Pipinya kemerahan.Dia memandang tempat lain apabila melafazkan ayat tersebut.
"Janji?"Kim So Hyun mendekatkan diri kepada DO dan memandang DO.
"Janji."jawab DO perlahan.Dia sebolehnya mengelakkan melakukan eye contact dengan So Hyun. Hatinya bagaikan mahu meletup.
"Pinky promise."Kim So Hyun menyuakan jari kelingking.DO tersenyum.
"Erm."DO menyuakan jari kelingkingnya.Jari mereka bertaut. Janji perlu ditepati.
"Saya tak tahu awak ada perangai camni.Oh ya,Kenapa awak tak minta tolong BI je.Dia kawan baik awak."kata DO berterus-terang. Perasaan ingin tahunya meluap-luap.
"BI tak boleh. Dia orang yang penting untuk saya. Benda remeh macam ni, saya tak nak libatkan dia.Saya tak nak menyusahkan dia."Kata So Hyun memandang bawah.
'Auch!Pedihnya rasa hati ni bila dia cakap macam tu.Aku pun nak kau rasa aku ni orang terpenting untuk kau.Dahla Kyung Soo kau takde peluang.'
"Oh macam tu.Nampaknya kita dah sampai.Bas saya pun dah sampai.Saya pergi dulu.Terima kasih banyak untuk payung ni!Saya janji akan ganti balik duit awak"DO segera mengeluarkan cermin mata dan mask lalu memakainya.Dia meninggalkan Kim So Hyun lalu menaiki bas.
"Jangan lupa janji awak." kata Kim So Hyun mengingati DO.
"Saya tak lupa. Esok, lepas kelas pukul 3, di library.Saya tunggu awak kat situ.Saya akan ajar awak apa itu cinta."senyum DO lalu melambai So hyun.
Maaf saya ada sedikit kesulitan.
YOU ARE READING
Ratu Ais Belajar Cinta ? [Hiatus]
FanfictionGadis yang berhati ais, hati kering,tak berperasaan dan tak reti senyum-Kim So Hyun Pelakon popular,luarannya memang baik. Jurulatih tak berbayar Kim So Hyun-D.O Kalau hati sekeras ais siapakah yang mampu mencairkannya? Saya tidak menjanjikan apa-a...