Aku dengan Kamal sudah lama bercouple, boleh dikatakan 3 tahun la. Makan malam hampir setiap hari bersama. Ibubapa kami juga tahu tentang hubungan kami, cuma tunggu aku habis belajar sebulan lagi.
Kamal belanja aku bershopping di MYDIN atas kelulusan aku mengharungi Final Exam. Aku cuma mahu kami makan malam di tempat biasa, Kamal juga terima seadanya keputusan aku. Tidak aku sangka Kamal melamar aku, siapa tak terima bila dah berhubung selama 3 tahun. Happy rasannya.
Kamal bertanya tentang rancangan selepas kahwin. Tak tahu lah, banyak jugalah aku tak setuju. Dari happy sekarang jadi marah pulak. Kami bertengkar sehingga pekerja kedai menghalau kami. Kami buat keputusan untuk berpisah. Aku sangat marah.
Sebulan aku cuti duduk di rumah ibu. Mereka tidak tahu yang kami telah berpisah. Aku memilih untuk tidur di bilik yang berdekatan dengan ruang tamu. Setiap pagi ibu akan tanya, kenapa muka aku pucat, aku hanya berdiam diri. Aku takut.
Setiap malam tingkap bilik akan terbuka walaupon telah dikunci dari dalam. Paling malang, setiap malam aku melihat perkara itu secara live. Tangan seolah-olah menembusi tingkap untuk membuka kunci dari dalam. Kadang-kadang aku terlihat seorang bertengkek di atas pagar, bayangnya terpancar.
Aku sanggup menerima keadaan ini selagi mampu, takkan aku nak tidur di penjara. Takkan aku nak bagi tahu semua yang aku bunuh dan tanam Kamal senyap-senyap?
YOU ARE READING
Jangan Ikut
HorrorMemang ni semua cerita rekaan. Tapi ingat, bukan sekadar baca tapi cuba ambil moral yang ada. Ok?