Alia bangun dari tidurnya. Memandangkan hari ini cuti, yang lain masih tidur walaupun jam menunjukkan 10pagi. Alia bingkas bangun dalam keadaan masih mengantuk dan menuju ke tandas. Dia melihat Huda yang tidur di dapur, lalu dia menghiraukan kawannya itu kerana Huda memang selalu mengigau.
Sampai di tandas, Alia mencapai berus giginya lalu meletakkan sedikit colgate. Satu rumah bergema dengan suara Alia selepas dia melihat mukanya di cermin. Kehadiran tanah di mukanya menakutkan dirinya. Dengan cepat dia membersihkan apa yang patut dan keluar dari tandas. Dia menjerit sekali lagi apabila dia melihat muka Shima yang sedang melihatnya didapur. Jeritan itu menyedarkan Huda serta Ain dari tidur mereka.
1jam kemudian...
Mereka tertanya-tanya apa yang berlaku. Huda masih mendiamkan diri. Alia tidak tahan lagi, di terus mengambil kunci keretanya.
Huda : Alia, kau nak pergi mana?
Alia : aku tak tahan dah, aku nak pergi jumpa Ustaz Zuhaili dekat rumah dia. Aku nak mintak tolong dia tengokkan rumah ni.
Ain : Alia, aku nak ikut. Aku tak boleh terima benda ni semua.
Shima : ok. Aku dengan Huda tunggu sini. Cepat sikit.Huda hanya mendiamkan diri sehingga Alia dan Ain berlalu pergi. Lalu dia memanggil Shima.
Huda : Shima, aku ada benda nak tunjuk. Sebelum tu aku nak minta maaf.
Shima : kau dah kenapa tiba-tiba je. Ape yang kau nak tunjuk?
Huda : (menghulurkan sebuah pendrive). Aku rasa ni la punca semua ni, aku jumpa masa kali pertama kita tengok rumah ni dekat dalam almari bilik kita tu.
Shima : pendrive? Kau dah tengok ape yang ada dalam ni ke sampai yakin sangat semua ni sebab benda ni?
Huda : belum, apa kau nak tengok ke? Pasang dekat laptop aku jom.
Shima : hmm, oklah.Selama 15 minit mereka menghadap laptop. Terdapat sebuah video berdurasi 5 minit yang menyaksikan video tentang seorang wanita mengantungkan dirinya di kipas. Pengakhiran video itu mengejutkan mereka kerana tertulis perkataan iaitu "4 berbalas 1 sudah berlaku tapi 4 memanggil bantuan yang memaksa keadaan menjadi 4 melawan 2". Otak mereka memproses perkara yang sama, mereka fikirkan akan ada seekor lagi akan datang.
Alia dan Ain pulang . Tetapi Ustaz Zuhaili tak kelihatan lansung. Mereka menyatakan rumah ustaz berkunci dan sudah cuba membuat panggilan berkali-kali, akhirnya mereka hanya menghantar mesej yang menyatakan mereka memerlukan bantuannya di rumah ini. Huda menunjukkan video aneh itu. Lalu mereka berbincang sampai malam menjelma.
8p.m
Alia : oklah, aku pergi dulu. Sebelum tengah hari esok aku balik.
Ain : aku pun nak gerak dah. Bye jumpa esok.
Huda : hmm, oklah. Take care.
Shima : ok, jaga diri yee.Selepas Alia dan Ain menutup pintu rumah, Huda dan Shima sambung membuat assignment mereka.
Tiba-tiba angin kuat berlaku dalam rumah tersebut yang membuatkan segala kertas kerja mereka berterbangan. Lampu berkelip-kelip menyeramkan lagi keadaan. Shima bingkas bangun dan melaungkan azan dengan kuat. Tak terduga, seekor pocong muncul di dapur membuatkan Shima terkejut lalu terhenti dari melaungkan azan. Dia cuba sekali lagi tetapi perasaan takut membeluak apabila melihat pocong itu melompat kearah mereka di ruang tamu dengan muka bengis. Dengan pantas mereka menoleh ke arah pintu utama rumah untuk keluar.
Pintu itu dengan tiba-tiba terbuka. Ustaz Zuhaili bersama Alia dan Ain melihat dari situ seperti sudah tahu perkara ini akan berlaku. Muka mereka begitu yakin akan selesaikan semua ini malam ini juga. Tetapi Ustaz Zuhaili melihat Shima dan Huda yang pandang kearahnya dengan muka yang begitu takut seperti Ustazlah hantunya. Malang tidak berbau, tanpa Ustaz sedar seekor pontianak kelihatan melekap di atas pintu dengan kukunya yang panjang. Mereka berdua berpelukan dan teresak-esak menangis kerana terlalu takut sambil mencuba untuk melafazkan surah yang diingati. Ustaz lantas menarik mereka berdua keluar dari rumah itu.
Malang sekali lagi, seakan-akan wujudnya sebuah dinding di pintu itu yang menghalang Shima dan Huda dari keluar. Ustaz Zuhaili menggenggam sesuatu dalam poket bajunya lalu membaling keatas kearah pontianak itu. Mereka berjaya dikeluarkan lalu Ustaz membaca sesuatu lalu masuk kerumah itu. Huda bertanya kepada Ustaz bahawa dia perlukan bantuan Tok Imam atau tidak. Ustaz tersenyum lalu berkata " perkara kecil je ni "lalu dia menutup pintu. Mereka berempat hanya melihat sambil menangis. Mampu ke Ustaz lawan sorang-sorang?
5 minit kemudian, perasan ingin tahu Huda memaksa Huda membuka pintu. Belum sempat tangannya menyentuh pintu itu, Uztaz Zuhaili keluar dengan muka tersenyum.
Ustaz : hah, ok kamu semua dah boleh masuk. Ustaz dah tangkap mereka. Tak payah dah rakaman yasin tu, buang bateri je.
Shima : Ustaz pasti ke?
Alia : takpa la, apa salahnya pasang rakaman tu.
Ustaz : Huda, bagi ustaz handphone yang ada rakaman tu, ustaz nak bawak balik tengok-tengokkan sekali.
Huda : hah?, Mmm nah ustaz. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak ustaz.
Ustaz : haha, takda apa la. Dah ustaz balik dulu, esok ustaz sediakan rumah baru untuk kamu semua. Ok, jumpe esok.Ustaz pun berlalu begitu sahaja. Shima rasa lain macam dengan perangai ustaz. Mereka bergegas masuk dan mengemaskan semua yang bersepah. Malam ini mereka tidur seperti biasa di ruangtamu. Aman. Dari pandangan luar rumah, nampak teramat aman.
Keesokannya...
NEWS.
pada sekitar jam 9 malam semalam sebuah kereta melanggar penghadang jalan lalu menjunam kedalam gaung. Pemandu bersama kenderaannya hancur. Polis mendapati mangsa ialah seorang ustaz baru di sebuah kolej dan dalam perjalanan pulang ke rumah kediamannya.NEWS.
Sebuah taman perumahan dikejutkan dengan berita penemuan 4 orang mayat perempuan dalam lingkungan 20-24 tahun dimana 2 orang dijumpai mati akibat disumbat tanah merah kedalam mulut secara paksa dan 2 lagi dijumpai tergantung di kipas dalam keadaan seperti di cakar. Polis masih dalam proses penyiasatan.Sebulan selepas kejadian...
Dihadapan rumah tersebut..."Ehh, pendrive siape sepah-sepah ni haa?"
"Weh, kau tau? Ini dinamakan rezeki datang mengolek-golek tau. Kau tengok, 8gb kau haa. Kat kedai ni, habis dua puluh ringgit kat bende ni tau"
"Ambik la ape lagi, dah jom balik. Kite tengok apa ada dalam ni"
"Haa jom, kau taukan kite dekat depan rumah sewa misteri tu. Kang tak pepasal mengikut."The end.
Habis sudah, maaf kalau yang ni tak brapa sgt. hubungan pocong tu dgn pontianak tu sebenarnye kekasih tpi cik ponti ni dulu nmpk bang cong curang, die pon buat video call yg mnunjukkan die tergantung lalu mati *video tu*. Tapi, ingat lagi kata2 ustaz tu sblom balik? Ala yang ni "esok ustaz sediakan rumah baru untuk kamu semua". hahaha, ye mmg ustaz tu dh kene rasuk. Nmpaknye pendrive tu akan trus pergi 1 tempat ke 1 tempat dengan sumpahan tu. Ni cuma cerita rekaan je ehh. Ada sikit ambik idea dari movie. Kalau ada yang x betol tolong bgi tau🙏 Ok, jumpa lagi.😅
YOU ARE READING
Jangan Ikut
HorrorMemang ni semua cerita rekaan. Tapi ingat, bukan sekadar baca tapi cuba ambil moral yang ada. Ok?