8.Rumah Sewa part 2

1.7K 94 17
                                    

Selama dua hari mereka tidak datang ke kelas. Dua malam jugalah mereka tidur sambil mendengar bacaan yasin. Handphone yang memainkan rakaman itu diletakkan di dapur kerana mereka sering tak sedap hati bila berada di dapur.

Shima telah berulang kali memujuk mereka untuk memanggil ustaz untuk tengok-tengokkan keadaan rumah ini tetapi Huda menjawab dengan kata-kata seperti ingin mengharungi cabaran ini tanpa pertolongan luar. Kata-kata Huda juga mendapat sokongan dari Alia dan Ain. Shima terpaksa akur dengan keinginan Huda itu. Malam ketiga mereka menetap di situ pun menjelma.

Alia : yeay keje aku dah siap, aku tido dulu yee !.
Huda : haha, orang dah siap lama. Jom tido. (Memainkan rakaman yassin)
Ain : sebelum aku terlupa, aku nak bagi tau yang malam esok aku tido dekat rumah Syiqin. Ada hal.
Shima : haa, aku pon. Aku tido rumah Aziqah. Ada hal jugak.
Huda : hmm, kalau macam tu ok la. Dah jom tido.

Lampu ditutup dan semua tidur dengan nyenyak dan tiada seorang pun ingat untuk charge handphone di dapur itu.

3a.m

Fasubhaanalladzii biyadihi malakuutu kulli syayin wailayhi turja'uun~

lima minit kemudian, Huda tersedar dari lenanya yang mengasyikkan kerana terasa ingin terkucil. Huda berasa pelik kerana bacaan yasin tak kedengaran. Dia menunggu selama lima minit sebentar untuk memastikan bacaan itu akan berulang seperti yang di tetapkan. Malangnya tidak berulang.

Huda bergerak dalam gelap kearah dapur untuk melihat apa yang terjadi dengan handphone itu. Cahaya lampu tidur di ruang tamu samar-samar memasuki ruang dapur. Lima minit Huda membelek handphone itu, dia terperasan yang mereka lupa charge handphone itu. Dia mencucuk wayar charger itu dan meninggalkan handphone itu lalu menuju ke arah tandas.

Ketika Huda sedang keluar dari tandas, dia terdengar meja makan seperti dihentak berkali-kali. Dia terlihat di meja tersebut lalu menjerit. Malang sekali suaranya tidak keluar. Kelihatan seekor pocong menghentak-hentak kepalanya di meja itu. Pocong itu berhenti sejenak dan berpaling kearah Huda dengan senyumannya. Huda merapatkan tubuhnya dengan pintu belakang sambil mencuba memulas pintu dan keluar. Malang sekali lagi, grill pula berkunci.

Pocong itu melompat sehingga didepan Huda. Huda menutup matanya sambil bersandar di grill. Bau tanah semakin kuat, dan kemudiannya beransur hilang. Mata dibuka. Kelihatan pocong itu berdekatan dengan tempat kawan-kawannya tidur. Huda hanya mampu melihat sambil membaca surah-surah yang dia tahu. Pocong itu membongkok dan mencium dahi Kawannya seorang demi seorang lalu ghaib.

Berlari Huda kearah kawan-kawannya untuk melihat keadaan mereka. Terdapat tanah merah di dahi mereka. Dia membuat keputusan untuk merahsiakan itu. Sedang huda melutut melihat tanah merah itu, dia melihat ke arah dapur untuk memainkan rakaman yasin itu. Berlari dia menuju ke sana. Tiba-tiba, kelihatan pocong itu berdiri di depan handphone itu menghadapnya lalu menjerit kearah Huda. *pensan*

Bersambung...

Habis sudah part 2. Apa yang berlaku sebenarnya dirumah tu? nantikan part seterusnya.😅

Jangan IkutWhere stories live. Discover now