Sejak dari tingkatan satu mereka berempat berkawan. Shima,Alia,Huda dan Ain masih bersama walaupun sudah berumur 20 tahun. Mereka selalu bersama memandangkan kolej mereka juga sama.
Minggu hadapan, mereka terpaksa mencari rumah sewa. Kebetulan, Ain mendapat tahu bahawa ada sebuah rumah sewa berdekatan dengan kolej mereka. Saiz rumahnya biasa-biasa sahaja dan cukup 2 bilik untuk mereka. Yang tersedia hanya almari,rangka katil,televisyen dan meja berserta kerusi di dapur. Kos sewa bulanannya juga hanya RM200. Mereka bersetuju dan akan menetap disana 3 hari lagi.
3 hari kemudian...
Semua barang yang diperlukan telah di pindahkan dengan sempurna. Hanya bantal dan tilam tiada. Alia dan Ain memilih bilik di hadapan, kemudian Shima dan Huda memilih bilik yang berdekatan dengan dapur. Pada hari pertama mereka bercadang untuk tidur di ruangtamu bersama kerana hanya ada 1 toto. Kemudian malam pun menjelma.
11:30p.m
Ain : weh, tido2 cepat, esok ade kelas
Huda : lepak lah..malam masih muda, jom kita bercerita hantu nak?
Shima: Huda!,jangan laa. Aku tak nak la cerita2 tak berfaedah ni.
Alia : Huda, biar je Shima ni. Kau mula la kan cerita kau.
Huda : ok ok. Pernah dengar cerita tentang...~12a.m
Huda : tamatt. Macam mana cerita aku?
Shima: (nyenyak tidur)
Alia : seramnye wehh. (Rapatkan diri dekat dengan Ain)
Ain : haah la Huda, seram sangat. Tepilah Alia, sebok je. (Sambil memeluk bantal peluknya)...
Huda : weh ain, bukan ke bantal peluk kau kau dah bakar ke semalam sebab jatuh dalam longkang? (Mengeletar)
Alia : (tutup mata sambil merangkak ke arah Shima)
Ain : arhhhh! (lari ke arah Shima)Pocong itu berdiri sambil tersenyum melihat mereka. Mereka pensan.(lampu terpadam 5 saat). Pocong itu ghaib. Keesokan harinya mereka bertiga demam dan tidak ke kelas termasuk Shima kerana ingin menjaga kawannya.
Bersambung...
*kalau ada typo, bgi tau ehh..rindu nk update, tabahkan diri juga nk update. Maaf lama x update ye, nantikan sambungan.
YOU ARE READING
Jangan Ikut
HorrorMemang ni semua cerita rekaan. Tapi ingat, bukan sekadar baca tapi cuba ambil moral yang ada. Ok?