Tipu lah kalau author cakap Jimin tak comel kan guys ? Just look at the picture above . Tak tergambar bagaimana nak mentafsirkan kecomelan yang dimiliki oleh Jimin :* Hahahahaha kkcukup .
----------------------------
Pada pagi itu Jimin sungguh bersemangat . Selepas bersarapan roti bakar dan susu panas sebentar tadi dengan segera dia melangkahkan kaki masuk ke dalam keretanya . Pantas sahaja kereta itu dipandunya keluar daripda perkarangan rumah . Destinasi ditujukan ke villa agam miliknya yang menempatkan Eunji di situ .
Entah kenapa dia rasa amat sebersalah kerana telah melayan wanita itu dgn kasar semalam . Padahal kenal pun tidak . Jimin ingin meminta maaf kepada wanita tersebut atas kesilapannya kelmarin . Radio diputarkan mencari siaran yang sesuai . Tiba tiba keluar lagu Rough - Gfriend . Mulut Jimin mula bernyanyi mengikut nada . Walaupun itu lagu girl group , tu bukan penghalangnya untuk bernyanyi lagu tersebut . Jari jemarinya turut menari mengikut irama . siulan demi siulan didengari .
Tiba tiba , wajah wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Nikita melintas lalu dihadapannya . ya . Nikita . Yang memiliki mata asli berwarna biru laut . Cantik . Bergaya . Berpersonaliti menarik . Jujur . jelas kelihatan wajah wanita itu sedang tersenyum di hadapannya . Jimin tertawa sendiri . Sedang dia sedap ketawa , tiba tiba imej Nikita yg tadinya tersenyum padanya mula bertukar . Bayangan wanita yang dipujanya tiba tiba bertukar menjadi Eunji . Ya , Jung Eunji . Anak muridnya .
Pantas matanya berkelip , dibuang jauh jauh bayangan itu . Entah kenapa bayangan Nikita secara tiba tiba bertukar menjadi Eunji . Ya , mereka mmg seiras . Tetapi mata Nikita dan personalitinya dapat membezakan mereka .
' Ah sah . Aku angau . ' Jimin bermonolog sendiri .
Sesampainya di villa agamnya , Jimin segera mengorak langkah menuju ke pintu utama . Tangannya pantas memulas tombol pinta . Dia mula pelik .
" Apsal pintu rumah tak kunci nih . Jgn cakap yang kau lari tinggalkan aku Nikita . "
Jimin mula hilang akal . Pantas sahaja kakinya masuk ke dalam rumah . Jimin mula mencari kelibat Nikita . Di dapur , di ruang tamu , di seisi rumah . Wanita yang dicarinya tiada . Ya , bilik tidurnya . Segera Jimin pergi ke bilik tidur yang menempatkan Nikita di situ .
Alangkah terkejutnya Jimin apabila pintu bilik itu dibukanya . Keadaan bilik itu sudah tidak terurus . Selimut , lampu , kabinet cermin , barang barang serta pil pil yang disimpannya semuanya berterabur hancur lebur . Dan yang paling penting , Nikita tiada . Apa yang sudah terjadi . Jimin melangkah masuk ke dalam bilik itu berhati hati tidak mahu kakinya bersentuh dgn kaca yg bertaburan di lantai .
Jimin berhenti . Matanya kini tertumpu di atas lantai . ada cecair merah yang pekat memenuhi permukaan lantai . Apakah maksud semua ni ? Jimin mula mencangkung . Tangannya mula bergerak merasai fizikal cecair merah itu . Jimin mula membaunya ..
' Darah ! ' Jimin terkejut .
Dia mula risau , bimbang . Apa yg sebenarnya terjadi dekat Nikita . Segera Iphone6S nya dikeluarkan . Dia mula mendail satu nombor ..
" Kau datang sekarang ! " Jimin menjerit .
" Kenapa Tuan ? " Tanya lelaki tersebut di dalam talian .
" Kau takpayah banyak tanya lah bodoh ! Aku nak korang datang sini sekarang jugak ! Aku bagi kau masa setengah jam ! Kalau tak mampus korang ! "
