Hey Guys! Author back! Kahkah. Mianhae author nyeksa korang. Bukan sengaja nak nyeksa. Act author kurang masa untuk buka wattpad ni. Nak nak ada orang yg kena dilayan everyday. So this holiday, insyaallah author akan always update. okay kita flashback balik apa yang jadi memandangkan author dah lama tak update kang korang cakap author tiba tiba melalut kang.
Okay. Eunji sakit tak sedarkan diri lagi. Eomma appa eunji dah balik dari luar negara. Jaebum tukar sekolah baru. Ha apa lagi ek. Oh haah. Jimin. Jimin panggil org untuk buat something.
Jom mulakan cerita!
-------------------------
Tik. Tok. Tik. Tok. Tik. Tok.
Perlahan lahan mata Eunji dibuka. Bunyi jam yang agak kuat membangunkan Eunji dari alam tidurnya. Mata Eunji dipanahkan sebentar ke arah jam.
" Oh hm. Baru pukul 12. "
Eunji cuba bangkit sedikit dari kedudukannya perlahan lahan. Dia menyandarkan kepalanya di kepala katil. Berat sungguh terasa kepalanya. Eunji malas nak imbas kembali apa yang jadi, takut sesuatu yang tidak diingini jadi lagi. Eunji memicit perlahan dahinya. Ya, sungguh pening. Tapi dia gagahkan juga diri untuk membuka mata luas luas dan amati setiap apa yang dilihatnya.
Terus di depan, naik atas sedikit terdapat tv LCD lebih kurang 32 inch. Turun ke bawah kembali, jalan ke kiri ada pintu keluar masuk. Okay. Satu persatu objek cuba dia kenalpasti. Di sebelahnya terdapat meja dan di atas meja terdapat mini vase yang dipenuhi bunga plastik. Di hujung kakinya terdapat juga meja. Untuk apa? Untuk letak ubat dan makanan barangkali.
Eunji terus mentafsir dan kenalpasti apa yang ada di hadapannya. Di sudut kanan bilik terdapat satu sofa besar.
" Eh ada orang lah dekat situ. " Eunji bermonolog sendiri.
Eunji cuba menghantar data apa yang dilihatnya terus ke otak melalui saraf optik. Yeke? Hahah. Baju t-shirt biru di dalam dan sweater hitam di luar. Joker pants hitam dipadankan. Walaupun hanya baju yang ditafsir, tapi Eunji amat kenal dengan milik tubuh itu. Ya sangat kenal.
" Won Geun. " Satu nama terbit di mulut Eunji.
Secara perlahan lahan Eunji bangkit dari katilnya mendekati Won Geun. Dia tahu dia tak kuat lagi untuk berjalan. Namun dia gagahkan lagi dirinya untuk sampai ke tempat Won Geun. Satu persatu langkah diorak perlahan.
" Aku boleh. " Eunji bermonolog lagi.
50 cm ....
30cm .....
10cm .....
" Cukup! " Eunji tersenyum lebar kerana sudah berjaya pergi ke tempat Won Geun sekarang.
Eunji menundukkan sedikit dirinya ke arah wajah Won Geun yang sedang lena tidur . Tetapi dalam kelenaan tidurnya terselit satu perasaan yang sukar Eunji tafsir. Eunji cuba amati raut wajah lelaki itu. Ya, kini dia tahu perasaan itu. Jelas terpampang wajah kerisauannya. Terbit satu rasa sebersalah dalam diri Eunji.
" Mianhae :')) " Air mata mula mengalir perlahan. Tidak sanggup mengingati kembali apa yang dilakukannya terhadap Won Geun.
Eunji bangkitkan badannya tepat 90° dan perlahan lahan mengorak langkah ke arah pintu keluar masuk. Entah kemana dia hendak pergi. Tapi yang pasti dia tidak mahu Won Geun terbangun dek terdengar tangisannya. Tiba tiba sahaja kepala Eunji berdenyut kuat seakan akan ingin mengimbas memori lama. Dengan sekuat yang mungkin Eunji mengetuk kepalanya. Tidak mahu memori itu bermain di fikirannya. Sakit!
