My Dear Sayang- Part 1

1K 20 3
                                    


MONDAY blues! But life must go on. Seawal jam 8.00 pagi, Aqil Muffid yang segak bergaya dengan kemeja berwarna mint green dipadankan dengan sut berwarna hitam sudah berdiri di lobi Menara Salam. Menunggu pintu lif terbuka untuk naik ke tingkat 15. Ketika itu, suasana di lobi masih lengang.

Aqil Muffid pandang ke hujung lobi melihat suasana di dalam kafeteria. Kelihatan ada yang sedang bersarapan tetapi tidak ramai. Sebaik terpandangkan menu hari ini, tiba-tiba saja perut mula terasa lapar. Itulah, tadi jual mahal sangat apabila Mak Ita, pembantu rumahnya ajak bersarapan.

Menolak dengan alasan, kononnya nak cepat ke pejabat. Sekarang? Menyesal tak sudah bila teringat-ingat nasi goreng merah dicampur dengan ikan salmon goreng yang Mak Ita buat. Perghhh... kecur air liur dibuatnya. Sesaat berjeda, pintu lif terbuka. Langkah diatur lemah masuk ke dalam lif.

Pintu masuk Haliq Holdings ditolak perlahan. Aqil menapak masuk menuju ke bilik pejabatnya. Ketika melewati bilik depan, kelihatan Hadi, Pengurus Sumber Manusia sudah berada di meja kerjanya.

Aqil berhenti seketika. Berdiri di depan pintu bilik Hadi yang tidak bertutup, malah sentiasa terbuka. Bebas untuk sesiapa keluar masuk tanpa mengetuk pintu kata Hadi. Kalau pintu bilik Hadi bertutup, maknanya memang ada perkara serius yang sedang dibincangkan.

Aqil faham benar dengan perangai Hadi, merangkap best friendnya juga. Hmm... Hadi! Stok lelaki cool and gentleman. Boleh buat perempuan jatuh suka.

Aqil Muffid? Dia? Ehemm... pandangan matanya dah boleh buat hati tangkap lentok. Itu tambahan sahaja. Pakej lain tak payah ceritalah. First class punya! Hati cepat saja super duper melting. Sweet and romantic? Hmm, dah kenal baru tahu!

Hadi sibuk menyusun fail pekerja di atas mejanya mengikut warna. Ada biru, merah, kuning dan hijau. Pastinya, fail berwarna-warni itu adalah fail peribadi mengikut jabatan setiap pekerjanya dan selonggok fail berwarna putih kelihatan berada atas meja di belakangnya pula, sedikit terasing. Pastinya, fail-fail peribadi untuk setiap ketua jabatan.

"Awal sampai?" Sergah Aqil Muffid dari muka pintu.

"Ya Allah... terkejut aku! Apalah kau ni. Bagilah salam dulu. Jangan main terjah aje bro. Boleh mati terkangkang woi!" Spontan Hadi gosok-gosok dada dengan tapak tangannya. Hadi pura-pura marah.

"Wei! Pagi-pagi lagi dah cakap fasal mati. Tak ada benda lain ke nak sebut?" Tingkah Aqil Muffid sambil melangkah masuk. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan meja Hadi. Jari-jemarinya mengetuk meja perlahan-lahan seperti ikut rentak lagu saja gayanya.

Hadi geleng kepala. Bibirnya mengorak senyum tanpa Aqil Muffid sedar.

"Hmm... yalah tu Ustaz Hadi, bertikam lidah dengan kau bab ni, tak menangnya aku. Apa pun, assalamualaikum." Salam dihulur juga.

Hadi gelak kecil. "Waalaikumussalam... kan bagus doakan kesejahteraan kawan. Tak gitu bro?" Seloroh Hadi lagi masih dalam gelak kecil.

Aqil pandang Hadi dengan senyuman selamba. Kemudian dia tertawa perlahan. Geli hati! Agaknya, tahu salah sendiri.

"Kau dah sarapan belum?" Soal Aqil seketika kemudian. Fail di atas meja Hadi dibelek-belek. Semua fail pekerja. Tentunya Hadi sedang meneliti job appraisal bagi setiap orang.

"Dah inform semua staffs to fill-in their comments, notes, in remark column of the Job Appraisal for the mid term progress?" Belum sempat Hadi menjawab, terpacul soalan lain pula dari Aqil.

"Yup, all in good order," balas Hadi. Faham dengan arahan.

"Ask them to submit the completed hard copy to their superior, untuk department masing-masing. Latest by next week."

My Dear Sayang - Part 12Where stories live. Discover now