My Dear Sayang- Part 10

307 11 7
                                    

RUMAH mewah yang tersergam indah milik arwah ayah Aqil Muffid nampak lebih ceria, tidaklah sunyi seperti hari-hari sebelumnya. Kedatangan Puan Ariani dan Izzat melawat kakaknya, Puan Halisa, memeriahkan suasana terutamanya ruang dapur. Berasap jugalah. Adalah juga teman untuk berbual dan makan bersama walaupun hanya beberapa hari. Itu kata Mak Ita. Puan Halisa macam biasa. Menyendiri dan menyepi di dalam bilik tidurnya. Tidak suka diganggu.

"Mana umi? Tak ajak umi sarapan?"

"Kejap lagi umi turun. Umi ada dengan aunty kat atas."

Mak Ita angguk tanda faham.

"Izzat sarapan dulu. Mak Ita tunggu umi," suruh Mak Ita sambil mencedok mi goreng ke dalam pinggan Izzat. Teko air milo panas dicapai lalu dituang ke dalam cawan di sebelah Izzat. Puan Halisa pula, Mak Ita sudah menghantar sarapan ke biliknya seperti biasa. Bersarapan terlebih dahulu sebelum makan ubat. Rutin seharian Mak Ita, tetapi dia langsung tak pernah merungut letih atau bosan. Memang Mak Ita seorang yang penyabar. Bekerja dengan penuh keikhlasan.

"Thank you Mak Ita," ucap Izzat dalam senyum. Tangan dah ambil sudu dan garpu. Tak sabar-sabar mahu bersarapan.

"Sama-sama. Dah, makan cepat. Kejap lagi Abang Aqil sampai. Izzat kata nak pergi jalan-jalan dulu sebelum balik petang nanti kan... ni kenapa Izzat cepat sangat nak balik? Mak Ita bosan tahu tak ada kawan," balas Mak Ita.

"Hari Isnin kan Izzat sekolah. Alaa... abang kan ada. Ajaklah dia teman Mak Ita," jawab Izzat selamba dengan mi goreng penuh dalam mulut.

"Abang Aqil sibuk, mana ada masa nak datang sini selalu," sampuk Mak Ita dalam senyuman kecil. Polos saja fikiran anak seusia Izzat.

"Satu malam je Izzat tidur sini, dah nak balik. Kesian Mak Ita sendirian," sambung Mak Ita lagi bersuara sedih.

"Mak Ita balik kampung dengan Izzat, nak? Haa... dua minggu lagi cuti sekolah. Mak Ita boleh pergi kampung Izzat. Tinggal dengan umi."

Mak Ita ketawa kecil. Geli hati dengan pertanyaan Izzat. Kalau dia ikut balik kampung, siapa pula yang nak jaga Puan Halisa. Aqil Muffid? Hmm... rasanya tak kut. Bukan kata Aqil tak nak jaga ibunya, tak sayang dengan ibunya. Tapi Puan Halisa tu yang payah. Kalau tak kena caranya, ubat pun tak nak makan. Susah!

"Mak Ita mana boleh jalan-jalan kat kampung Izzat. Siapa nak jaga aunty. Kesian aunty bersendirian di rumah. Lain kali aje Mak Ita pergi ya," kata Mak Ita yang duduk di sebelah kerusi Izzat.

Anak seusia Izzat, apalah yang boleh difikirkan sangat, selain daripada makan, tidur, bermain, pergi sekolah, nak itu ini, dan fikir hal yang baik-baik saja dalam fikirannya. Itu saja yang dia tahu. Mak Ita tersenyum dalam hati. Dia sentiasa menumpang kasih dengan keluarga Aqil Muffid.

DI tingkat atas. Puan Halisa duduk di kerusi di balkoni bilik tidurnya selepas bersarapan. Puan Ariani pula berdiri di muka pintu gelangsar balkoni. Memerhati kakaknya dari arah belakang. Betapa dalam hati, Puan Ariani mengucap syukur yang teramat sangat apabila melihat keadaan dan kesihatan kakaknya yang terjaga elok. Seketika, dia menghela nafas panjang. Cuba bertabah hati.

"Kakkk..." panggil Puan Ariani perlahan.

Panggilannya tidak diendahkan. Dia tidak terasa hati. Akur dengan keadaan kakaknya. Perlahan-lahan, dia duduk di kerusi sebelahan Puan Halisa. Tanpa bersuara, dia merenung wajah sayu dan tidak bermaya kakaknya.

Tangan Puan Halisa dicapai, menggenggamnya erat. Puan Halisa memalingkan wajahnya. Kosong dan ringan pandangan matanya memandang Puan Ariani. Tiada suara yang kedengaran. Apabila terpandang sinaran mata kakaknya, hati Puan Ariani mula runtun. Tak sanggup lagi melihat kakaknya begitu. Meratapi kesedihan diri sehingga lupa dengan qada' dan qadar. Subhanallah...

My Dear Sayang - Part 12Where stories live. Discover now