My Dear Sayang- Part 2

456 14 0
                                    

HUHHH!

Keluhan berat dilepaskan. Bosan! Baru sebulan bekerja di situ, tetapi terasa seperti sudah setahun lamanya.

Tension! Tension! Menyesal pun ada. Baik kerja di tempat lama, tak adalah tension semacam.

Adelia tengok sekeliling ruang bilik pejabatnya. Kerusi duduknya dipusing-pusingkan. Tiada yang menarik di pandangan matanya, tetapi bersyukur yang teramat kerana mempunyai bilik sendiri. Bila difikirkan kembali, perkataan 'menyesal' macam tak sesuai saja. Sebabnya dia tersangatlah gembira apabila ditawarkan jawatan sebagai Pengurus Kewangan walaupun baru setahun jagung pengalaman bekerja di syarikat terdahulu.

Kalau dah memang rezeki, tak ke mana kan. Nampak? Bukan faktor umur baru dapat jawatan pengurus tau. Semuanya rezeki. Tapi yang peliknya, kenapalah dia sengaja nak cari fasal dengan aku? Aku pernah sakitkan hati dia ke? Memang taklah! Dalam mimpi pun tak pernah, apatah lagi berdepan. Marah-marah dia? Tak pernah juga kut. Ish, kutuk-kutuk bagai pun tak pernah.

Err... betul ke? Poyo aje statement tu kan? Adalaaa... dua tiga kali kutuk. Itu pun light-light je. Tak kan sampai ke telinga dia kut? Hah, entah-entah Hadi yang cerita kat dia. Eee... matilah aku kalau dia tahu. Hesy, tak boleh jadi... tak boleh jadi...

Adelia mengomel dalam hati. Nampak berani sangat, tetapi penakut juga rupanya.

"Jauh termenung?"

Tersentak Adelia. Terkejut. Hadi rupanya yang menyergah di depan pintu bilik  Adelia yang terbuka luas. Seorang lagi spesies Hadi, tak suka tutup pintu bilik. Alasan, malas nak buka tutup setiap kali keluar masuk. Jimat masa! Apa-apa sajalah Adelia.

Adelia memandang ke arah pintu biliknya. Hadi tercegat dengan fail di tangan. Adelia sengih selamba.

Kantoi! Nasib baik Hadi, kalau Encik Aqil Muffid? Mana nak menyorok? Nantinya, tak fasal-fasal kena dua tiga das tembakan percuma di pagi hari.

Adelia mengomel sendiri.

"Hah, tunggu apa lagi? Jomlah!" Ajak Hadi.

"Jom? Pergi mana? Sarapan?" Tanya Adelia bingung. Bulat anak matanya pandang Hadi. Tercengang-cengang.

"Kau ni... mesti spesies bancuh air sekali dengan semut kan? Semut dalam gula, nak buang sayang. So, minum jugalah kan? Tak nak membazir. Tu yang pelupa sangat. Nak kata tua, three series pun belum masuk. Hesy, apalah kau ni. Muda-muda dah nyanyuk. Jomlah, ikut aku. Tengok wayang!" Ajak Hadi dalam bebelan. Kakinya terus melangkah meninggalkan Adelia yang masih blur.

PINTU bilik Aqil Muffid diketuk dari luar. Hadi masuk, diikuti oleh Adelia di belakangnya. Sebaik terpandang wajah Aqil Muffid, mata bertemu pandang, jantung mula berdenyut pantas. Hati bergetar macam lirik lagu kumpulan Dewa.

Setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak, berdetak lebih kencang, seperti genderang mahu perang...

Macam itulah lebih kurang hati Adelia kala ini. Dalam masa yang sama, nak saja Adelia balun kepala Hadi dengan sesuatu. Kalau telefon bimbit ada di tangan, memang kenalah Hadi. Tiba-tiba meruap darah naik ke muka geram dengan Hadi. Langsung tak bagi clue. Haish!

"Eee... sakit pulak hati aku. Kau sengaja nak kenakan aku kan?" Bebel Adelia perlahan di sebelah Hadi.

Hadi sengih macam kerang busuk. Suka saja bila tengok wajah Adelia yang cemberut semacam. Wajah orang tak puas hati.

"Masuk ajelah..." balas Hadi perlahan juga. Dalam senyuman halus.

"Tengok wayanglah sangat! Heroin cerita tu akulah kan?" Omelan Adelia bersambung dalam ketawa kecil agar nampak seolah-olah dia sedang berlucu dengan Hadi. Jangan sampai Encik Aqil Muffid perasan yang dia sedang mengomel marah.

My Dear Sayang - Part 12Where stories live. Discover now