My Dear Sayang- Part 6

325 13 4
                                    

USAI solat isyak, Aqil Muffid turun ke bawah. Masuk ke ruang dapur. Seketika, kopi 'o' panas siap disediakan. Dia keluar ke depan. Remote astro yang terletak di meja sisi sofa dicapai sebelum duduk. Bersendirian di rumah, apa sangatlah yang boleh dibuat selain menonton TV.

Aqil Muffid mengeluh bosan. Dia sendiri tidak mengerti. Mungkin otak berserabut. Bosan menonton Discovery Channel, dia capai surat khabar bersebelahan duduknya. Surat khabar yang sudah dibaca siang tadi dibelek-belek dua tiga helai muka surat. Tiada satu pun yang menarik untuk dibaca. Surat khabar dilipat kembali. Dia letak di atas meja di depannya. Dicapainya remote astro sekali lagi. Tekan butang setiap siaran yang ada, tapi satu pun tidak berkenan di hati.

Sepanjang perjalanan balik dari rumah uminya siang tadi, otaknya asyik fikirkan sesuatu. Kata-kata uminya sebelum bertolak balik, masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.

'Jangan fikir masalah sendiri saja, semua orang pun ada masalah masing-masing. Mesti ada jalan penyelesaiannya. Ingat Allah s.w.t tak akan duga kita melebihi dari batas mampu kita. Yang penting sentiasa berdoa. Semoga segalanya dipermudahkan.'

Bunyi deringan telefon bimbitnya yang terletak di atas meja sisi mengejutkan Aqil Muffid yang leka melayan perasaan sendiri. Pantas dicapai.

Alamak! Macam mana boleh terlupa nak telefon umi? Aqil Muffid marahkan diri sendiri.

"Assalamualaikum umi..." ucap Aqil Muffid di hujung talian.

"Waalaikumussalam..." sahut Puan Ariani di sebelah sana.

"Sorry umi... lupa nak call." Pantas Aqil Muffid bersuara sebelum uminya membebel.

Rasa bersalah yang teramat sangat. Kesian umi, pasti bimbangkan dirinya dari siang tadi. Selalunya dia akan telefon, beritahu umi yang dia sudah sampai dengan selamat. Hari ini kelupaan pula.

"Hah tahu pun. Lain kali jangan buat lagi. Dari petang tadi umi call kenapa tak jawab? Buat umi bimbang saja," bebelan Puan Ariani mula kedengaran di hujung talian.

"Tertidur!" Beritahu Aqil Muffid tidak berselindung. Memang dia ketiduran sebaik sampai rumah petang tadi. Letih memandu. Padahal bukan jauh sangat pun. Lebih kurang 3 jam saja memandu dari Sungai Lembing ke Kuala Lumpur. Tapi letihnya macam 12 jam memandu tanpa henti.

"Itulah runsing umi. Syukur dah selamat sampai. Dah makan belum?"

"Err... belum! Kejap lagi nak keluar," ucap Aqil dalam ketawa kecil. Memang perutnya terasa lapar. Tapi malas pula mahu keluar. Itulah, siang tadi menyombong sangat, umi nak bekalkan nasi dan lauk, tak nak! Kononnya malas nak panaskan lauk-pauk itu semua. Sekarang padan muka. Tahan lapar!

"Hah... jangan tahan lapar pulak. Bukan umi tak tahu perangai kamu. Keluar nanti jangan lepak mana-mana, faham? Jangan balik lewat malam, ingat esok kerja."

"Umi ni... pesan macam budak-budaklah!"

"Sebab bukan budak-budaklah umi pesan."

"Yalah yalah..." pantas Aqil Muffid menyampuk kata-kata uminya. Kalau tidak? Mahu panjang berjela bebelannya.

"Pandailah kamu ya... tak nak dengar umi membebel kan, bosan!"

"Bukan bosan umi... tapi tak nak umi semput nafas. Kesian dengan pak cik Baba nanti... Dah lama dia tunggu umi..." usik Aqil Muffid dalam gelak nakal. Sengaja menyakat uminya.

"Pandai saja kamu ya. Dah, umi nak letak phone ni. Jangan lupa fasal Syakila tu. Kesian dengan emak dia, asyik mintak Aqil tolong carikan kerja untuk Syakila," pesan Puan Ariani sekali lagi.

My Dear Sayang - Part 12Where stories live. Discover now