My Dear Sayang- Part 3

390 14 0
                                    

FIKIR Adelia sampai di situ saja perbincangan mereka. Sungguh, langsung tak tertebak yang Aqil Muffid masih mahu menyoalnya.

Baru sebulan kerja, tak kan sudah ada Job Appraisal kut? Bisik Adelia dalam hati.

"Hadi!"

"Yup!"

"You dah brief Adelia tentang company policy?"

"Err... secara ringkas, yup, sudah!" Beritahu Hadi dalam sengih.

"So, apa yang Hadi bagi tahu you?" Tiba-tiba soalan Aqil beralih kepada Adelia pula.

"Err...simple words. ABC." Gugup Adelia menjawabnya. Penuh yakin dengan jawapan yang diberikan. Dah itu yang Hadi cakap. Tiga perkataan, semudah ABC.

"Stands for?" Berkerut dahi Aqil Muffid. Fikirnya, dia belum tukar lagi company policy. Seketika Aqil Muffid undurkan kerusinya sedikit ke belakang, menyilangkan kaki. Kepala disandarkan ke kerusi. Menunggu jawapan dari Adelia.

"Always Be Careful," serius jawab Adelia.

Hadi yang mendengar tak dapat bendung ketawanya dari meletus keluar. Gelak besar dibuatnya. Terbahak-bahak!

Aqil Muffid menutup mulutnya. Mahu pecah dadanya, herot-herot bibirnya tahan tawa dari meletus keluar. No comment! Nak marah pun tak boleh sebab ini semua kerja Hadi. Dalam senyap dia yang kenakan Adelia. Aqil tahu yang Hadi merujuk kepada dirinya apabila beritahu Adelia fasal ABC. Kalau tak nak kena marah... memang kena ABC.

"Then, apa lagi?"

"Err... Hadi beritahu company policy ada lima. "

"So, you dah tahulah kan?"

"Dah..."

"Good! So, apa dia?"

"Secara ringkasnya, baik hati, jujur, berani, sabar dan bijak." Bersungguh Adelia bilang satu-satu. Hasilnya, gelak Hadi bersambung.

Aqil Muffid gosok-gosok hujung hidung yang tidak gatal. Menggeleng kepalanya sambil pandang Hadi. Hadi angkat-angkat keningnya dua tiga kali ke arah Aqil Muffid. Aduhai! Lawak sungguhlah...

Kesian Adelia dibuatnya. Yang sebenarnya bukan company policy. Tapi lima kriteria ciri-ciri tambahan perempuan idaman Aqil.

Sejenak, teringat Aqil Muffid dengan kata-kata Ustaz Khalid ketika kuliah maghrib yang pernah dihadirinya. Kata ustaz Khalid, dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w, beliau bersabda, perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.

Hadi berdeham membuatkan Aqil Muffid tersedar. Dia senyum pandang Adelia. Geram Adelia bila tahu dia jadi bahan lawak.

Hadi memang nak kena dengan aku! Omel Adelia dalam hati.

"So, you dalam kategori mana?" Soal Aqil Muffid.

Menarik pula dengan topik perbualan mereka, walaupun langsung tak berkaitan dengan kerja. Apa salahnya, berborak di luar kotak kebiasaan. Hilangkan stres!

Terkejut Adelia dengan soalan Aqil Muffid. Perlu ke dia jawab? Adelia nampak pandangan mata Aqil Muffid belum berkalih. Masih perhatikan dirinya. Itu yang buat Adelia tak senang duduk. Panahan matanya, terpersil seribu satu rasa dalam hatinya. Suka sangat. Sesaat, terpersil rasa marah pula dalam hati. Bercampur baur menjadi satu. Bila dengar nada sinis Aqil Muffid, mahu berasap lubang telinganya macam serombong kereta api guna arang batu.

My Dear Sayang - Part 12Where stories live. Discover now