Bab 5

2.6K 49 0
                                    

Mereka berdua melihat seorang makcik tua sedang menolak stall mudah alih melintasi jalan.

" Beb , aku takleh do tengok makcik camtu. Tolong jom ", Danish menggamit tangan Farez.

" Same, jom! ", Farez dan Danish terus berjalan ke arah makcik tersebut.

" Makcik, biar kami tolong "

Makcik tersebut terpinga-pinga memandang mereka berdua.

" Kami orang baiklah makcik, just nak tolong ",
Makcik tersebut pun menerima pertolongan mereka berdua.

Selepas mengharungi jalan yang agak jauh, akhirnya mereka sampai.

" Setiap hari ke camni makcik? " ,tanya Farez sambil memegang tangan Danish melintas jalan raya, Danish tu tak dapat caya sangat lintas jalan raya.

" Makcik, berapa dapat selalu jual kuih ni sehari? " , tanya Farez namun terus disiku oleh Danish.

" Tak sopan la sengal! ", bisik Danish.

" Adalah berpuluh. Kalau Ramadan tu sampai beratus. Tapi kalau hari biasa ni selalunya pelanggan sama je nak. Tu pun tak setiap hari. Orang meniaga kan biasalah " , ujar Makcik tersebut sambil mengurut kakinya.

" Makcik, biar kami tolong pasarkan kuih makcik. Zaman dah moden, saya tekad nak tolong ", ujar Danish.

" Maksud kau viralkan ke? ",
" Yup! "

Tiba-tiba ada seorang pemuda datang ke arah mereka.

" macam kenal je ", bisik Danish sebelum bibirnya menguntum senyum.

" Shafiq, karipap macam biasa ke? ", tanya makcik tersebut.

" Ha'a, bagi 5 inggit ye. " ujar Shafiq sebelum memandang ke arah mereka berdua.

" Eh, hai! Korang form 4 kan? " tanya Shafiq. Tanpa berlengah Danish terus bersalaman dengan Shafiq manakala Farez cuma duduk macam takda apa yang berlaku.

" Ye, abang selalu gi sini eh? "
" Ha'a, rumah abang dekat ni je "

Dengar 'abang', makin mekar senyuman Danish.

" Err Nish kerja sini eh? "
" Eh taklah, tadi jumpa terus sinilah. Camne abang tau nama Nish? "

Belum sempat Shafiq menjawab, makcik tersebut terus menghulurkan baki wang kepada Shafiq dan Shafiq terus pergi ke keretanya.

" Amboi kau, kan main lagi borak ngan geng perasan tu " , Farez naik menyampah.

" Dia kan senior, aku hormat la kau ni pun " , Danish terus merebahkan kepalanya di bahu Farez.

' Btw, camne abang shafiq tau nama aku?? ' fikir Danish

BAIKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang