POV RIHANNA KATRINA
Dengan mata yang layu, aku meletakkan motor jenama Ducati ini di tempat biasa. Tiada sesiapa yang berani mengambil tempatku. Aku memang popular di sekolah. Kadang-kadang aku tidak suka dengan hidupku sekarang kerana semua orang mengenalku jadi aku rasa rimas sangat. Ada yang kata aku seperti budak kecik. Umur sudah 21 tetapi masih sahaja suka membuat pasal. Tetapi aku tidak kisah langsung pun. Janji aku gembira.
"Riri!!! Lambatlah kau ni! Dah lambat pon masih sempat nak make up berdandan!" Syarif, teman rapatku dari kecil lagi. Segera memelukku dan mencium pipiku. Kita bukannya sepasang kekasih tetapi sudah biasa buat seperti ini kerana dari kecil lagi aku sudah memang menganggap dia sebagai abang. Dia memang kacak dan segak tetapi itulah, aku cuma boleh menganggapnya sebagai abang. Tidak boleh lebih atau kurang dari itu. Kadang-kadang memang ada orang suka salah faham tetapi kita cuma go with the flow.
"Whatsup my love?" Aku mencubit pipinya yang tidak ada isinya kerana dia tidak tembam. He always workout to get that perfect shape. Ramai wanita yang tergila-gilakannya. Ada yang cemburu tentang hubungan kita. Well, in this case, i am lucky actually. Dengan muka ngantuk aku memaut tangan Syarif dan jalan ke cafeteria. Rutin harian kita.
"Ya Allah rabaknya mata panda kau ni!" Tegurnya. Syarif memang orangnya suka berterus terang. Dia memang tidak pandai cover line cover line. Kadang-kadang, aku rasa bingit dengan perwatakannya yang "always honest" . Syarif selalu mengatakan apa sahaja yang dia rasa betul tanpa menoleh kiri atau kanan.
"Boleh tak aku cili mulut kau yang tak habis-habis bising?"
"Sorry my dear. Look, aku tengah bosan sangat. So why not. Kita tengok Khai main bola?" Tanya Syarif dengan nada yang lembut. By the way, Khai, nama panjang, Khairudin Jafran. Kawan kita juga. Khai adalah pemain bola sepak dalam sekolah kita. Aku memang rapat dengan mereka. Kalau pergi mana-mana, aku pasti ada dengan Khai, Syarif dan lagi satu kawan kita yang macam Einstein, Zaim.
"Let's go dude. Wait a minute, Zaim mana? Suruh dia meetup dengan kita dekat padang,"
Aku dan Syarif terus bangun dan jalan ke arah padang....POV RYAN HARIZ
"Tuan, sarapan sudah siap," cik sal memberitahuku. Cik sal adalah orang gaji di rumah. Tetapi aku sudah menganggapnya sebagai keluargaku sendiri.
"Yer. Nanti Ryan turun," jawabku sambil membetulkan tali leher dan kemejaku.
Inilah rutin aku setiap hari. Bangun pagi, mandi, siap, sarapan dan ikut Daddy pergi ofis. Waktu malam sajalah aku boleh enjoy."Morning mummy,morning daddy," aku terus duduk di sebelah daddy dan mula makan sarapan yang Cik Sal sudah sediakan.
"Ryan, macam mana kerja dengan daddy kamu?"
"Ok jer Mummy. Semua Ryan boleh handle,"
"Ada tak pekerja perempuan yang kamu berkenan?"
Dengan terkejut aku tersedak dan mengeluarkan balik roti butter yang tidak sempat ditelan.
Dengan terbatuk-batuk. "Mummy! Apa mummy merepek ni? Ryan nak kerja bukan cari isteri. Susahlah nak cari isteri zaman sekarang."
Daddy terus menggelengkan kepala dan berkata dengan muka yang agak serius. "Sebenarnya ada banyak, tetapi Ryan jer yang cerewet sangat."
"Mummy, daddy let's just drop the topic and eat."
Dari bulan lepas, mereka tidak habi-habis cakap pasal khawinlah,isterilah, cuculah. Susah betul kalau jadi anak tunggal ni.POV RIHANNA KATRINA
"Oklah, aku balik dulu. Tukar baju," kataku lagi sebelum memeluk satu-satu kawanku. Dan seperti biasa,bila memeluk Khai, dia pasti akan menyelerakkan rambutku. Nasib baik sayang, kalau tidak, sudah lama aku buang dia dari tingkat 13.
"Jumpa kau malam nanti?" Tanya Zaim lagi. Dia suka mengulang balik soalan-soalan. Just to make sure lah konon.
"Yer pakcik zaim yang suka ulang soalan," aku mencubit pipinya dan terus pergi jauh dari kawasan kampus sekolah. Aku harap-harap dapat jumpa Papa di rumah. Sudah 5 hari dia tiada di rumah. Bila dia busy,aku free, dan bila dia free,aku pula yang busy di luar.
Kadang-kadang hati rasa tidak sedap langsung. Apa Papa aku buat sampai tidak balik-balik? Papa ada perempuan lain ke? Errr. Jangan fikir bukan-bukan Riri. Papa busy kerja. Papa busy kerja. Papa busy kerja. I have to understand that he's busy. Got it!
Walaupun sudah berbelas-belas tahun Papa hidup single dengan aku sahaja tanpa Mama, aku tetap takit kalau Papa ada perempuan lain. Aku tidak rela mendapat Mak tiri. Aku tidak mahu jadi Cinderella. Aku tidak mahu kebahagian aku dirampas! Walaupun aku selalu degil. Suka cari masalah. Guru selalu telefon Papa untuk mengadu. Percayalah, sayangku untuk Papaku tidak pernah hilang. Dan aku hendak Mama hidup tenang di atas sana. I just want my dad and mum to be reunited when the time comes. Aku tidak mahu ada orang ketiga yang menhancurkan hubungan mereka.
Sebab itulah aku tidak mahu menikah. Aku takut Papa rasa sunyi tanpa aku nanti. Aku lebih selesa jika aku yang jaga makan minum Papa dan bukan orang lain.
Sebenarnya papa is not the only reason why i want to stay single. Ashraf Jufri. Lelaki yang telah menghancurkan hati aku dan yang telah meninggalkan diriku sebulat-bulatnya untuk perempuan lain. Aku beri seluruh cintaku padanya tetapi di hari pertunangan kita, he left, with that girl. Malu dan lelah dan marah. Tetapi aku tidak boleh lakukan apa-apa. Aku rasa seperti aku hilang diriku sendiri. Dari hari itulah, aku memang tidak boleh sayangkan mana-mana lelaki kecuali Papa. And of course my 3 musketeers, Khai, Zaim Dan Syarif. Yang aku sudah lama anggap sebagai abang-abangku.
Lol enough of the painful past. Now, aku sudah pun move on. Aku tetap berdendam. Ashraf Jufri, aku akan pastikan kau menyesal sebab tinggalkan aku. Aku akan pastikan kau juga akan rasa apa yang aku rasa. Seribu kali sakitnya. Aku akan pastikan kau tidak akan hidup aman. Aku akan pastikan kau akan dihantui kesalahan yang kau sudah lakukan. Aku bukan lagi Rihanna Katrina yang dulu. Watch out boy. Lampu merah sudah bertukar ke hijau dengan sekelip mata. Apa lagi? Aku pun pancut ke daerah rumahku. Memang laju sekali aku pancut tetapi tidaklah selaju mamat-mamat yang suka berlumba haram. Aku tidak mahu kena saman lagi. Kalau kena lagi. Habislah, Papa membebel. Bukan Papa sahaja, nanti si 3 abang-abangku pun ikut memarahi aku.
YOU ARE READING
Hingga nafas terakhir
RandomRihanna Katrina. Seorang wanita yang cantik, pandai, kaya dan pastilah popular di sekolah, kelab, pesta dan di mana-mana sahaja. Di mata orang ramai, dialah primadona. Sudah tentu ramai lelaki yang menginginkannya! Ryan Hariz. Seorang lelaki yang ka...