UFO-malam

68 8 1
                                    

Sepertinya waktu itu musim luruh. Daun-daun berguguran dari pohon. Aku berjalan di bawah pohon-pohon yang daunnya sudah menguning.

Aku ternampak rakan sekolahku dulu, Raimi. Dia memakai baju sekolah. Bukan seperti di Malaysia, tapi seperti orang Korea. Sekolah Menengah Korea yang siap pakai kot tu.

Aku tidak perasan pula aku pakai baju sekolah. Bila tengok Raimi, baru aku perasan aku pakai skirt, macam sekolah Korea tu. 😂 Tiba di perkarangan sebuah bangunan, aku dan Raimi masuk bersama.

Aku sedikit kaget. Ada sebuah kapal angkasa bulat di balik dinding pintu masuk. Sepertinya milik UFO. Mungkin?

Aku memandang ke atas. Di tingkat 3, kawan-kawan sekolah ku yang lain sedang berkumpul di koridor. Memandang kami berdua.

Kemudian, kapal angkasa itu bergerak. Terbang ke atas. Aku beranjak ke belakang. Terkejut!

Para pelajar lain mula lari bertempiaran keluar dari sekolah itu. Aku turut melarikan diri. Tidak tahu mengapa. Aku mengikut saja.

Ada sebuah pintu gerbang, yang dindingnya hanya batu. Panjang ke sana. Aku tidak nampak penghujungnya. Mungkin jalan keluar?

Aku ketinggalan di belakang kerana terjatuh. Tali kasutku tertanggal. Raimi berpaling memandangku.

Aku memandangnya. Meminta simpati, untuk menunggu aku. Dia terus memandang ke depan. Berjalan meninggalkan aku.

Aku bangkit. Berlari mengejar. Tiba di balik pintu itu, hanya terdapat aku seorang. Tiada sesiapa. Hanya aku.

Hanya aku...

-Tamat-

Mimpi Where stories live. Discover now