Perubahan aneh-petang

100 9 0
                                    


Kelihatannya aku di sebuah tempat yang tidak pernah ku lihat. Agak gelap. Mungkin hari malam. Hanya kelihatan samar-samar lampu.

Aku duduk di pinggir jalan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Kosong. Tiada sesiapa di situ. Hanya aku sendirian.

Kemudian aku ternampak beberapa orang di sudut jalan. Mereka sedang bersembang. Aku rasa aku kenal salah seorang dari mereka.

Kaki ku terasa gatal. Aku menggaru kakiku. Ada satu bulu di kakiku ini, aneh. Aku cuba mencabutnya.

Aku terkejut. Aku menariknya tanpa henti. Bulu itu panjang. Aku berhenti menarik. Aku berasa sangat ngilu. Aku membiarkan bulu panjang itu di situ.

Tapi, aku curiga. Aku tidak akan berputus asa. Aku menariknya kembali hingga ia tercabut terus dari kakiku. Aku lega.

Tiba-tiba, ibu jari kaki kiri pula gatal. Aku menggarunya. Alangkah terkejutnya aku, bulu di ibu jari kaki itu tersangat tebal.

Ia bukan tebal dengan bulu normal. Tapi sepertinya rumput yang bergulung. Macam kertas pun, ya juga. Aku tidak pasti.

Datang seorang lelaki. Ya, aku kenal rapat dengan dia. (Tapi di sini aku takkan dedahkan siapa dia. Tapi dia orang yang aku sayang.) "Buat apa kat sini? Dengan gelapnya," tanya dia.

Aku menggeleng. Tidak pasti. Apakah aku harus berasa lega kerana dia ada situ. Atau ketakutan dengan perubahan pada diri aku ini.

"Awak, tengok ni," aku menudingkan jari telunjuk ke arah ibu jari kakiku yang berbulu tebal itu. Dia sepertinya tidak terkejut langsung, bahkan reaksi muka dia seperti tiada perasaan. (sampai hati awak,kan)

Dia berkata aku harus pulang cepat, kerana di sini tidak selamat. Aku menggeleng. "Saya nak balik dengan awak." kataku.

"Awak faham tak, tak boleh." tegasnya.

Aku menunjukkan siku kanan ku pada dia. Aku menarik salah satu bulu yang tumbuh seperti dua bulu tangan itu di satu liang roma.

Aku menarik dan ya, dia juga bulu yang panjang. Kali ni baru dia seperti kaget. Dengan segera dia memelukku. Aku rasa tenang.

Aku menangis. Apa akan terjadi pada aku?

Aku terbangun dek bunyi azan Asar di surau berdekatan rumahku. Aku terus memeriksa badanku. 'Alhamdulillah, tadi tu mimpi.' kataku dalam hati.

Aku bercerita pada ibu dan adikku. Adikku hanya ketawa mendengar cerita mimpi anehku.

Aku berharap tidak bermimpi lagi tentang itu. Aku berasa sangat ngilu memikirkannya.

- Tamat -

Mimpi Where stories live. Discover now