OMH!!! - petang

47 7 0
                                    

Aku ceritakan apa yang aku ingat... Ada tambahan sikit(0.1% je) untuk lebih mantap.hahahahaha......


Kosong. Tempat itu terlalu luas. Seperti tiada penghujungnya. Agak kelam. Berkabus.

Aku kepenatan. Lelah. Mungkin baru lepas berlari. Atau mungkin sepertinya aku tidak bisa bernafas. Terlalu sesak dada ini.

Aku berjalan ke hadapan. Melalui terowong. Berhenti. Aku memandang ke kiri. Ada cahaya. Mungkin jalan keluar? Aku bermonolog sendiri.

Aku berjalan menghampiri cahaya yang tidak berapa terang itu. Semakin aku menghampirinya, semakin malap cahaya itu.

Aku cuba tiba ke sana secepat mungkin. Namun, aku rasakan kakiku hanya berlari setempat. Tidak berganjak walau sedikit pun.

Aku gelisah. Berpeluh. Cahaya itu makin malap, dan akhirnya tempat itu mulai gelap. Kosong.



Aku berfikir (dalam mimpi) aku ingin melarikan diri dari tempat itu. Sepertinya di sebuah penjara. Aku tidak pasti. Kerana terdapat sebuah pagar yang besar dan tinggi.

Di situ bukan hanya ada aku, tapi ada beberapa orang lagi berdiri di sebelahku. Kami semua ada kuasa tersendiri. Aku, seperti biasa aku gunakan hero Mage (dunia realiti). Oh My Hero! Dalam mimpi, aku pakai macam Mage dalam game tu pakai. Tongkat. Baju. Semua ada.

Aku seorang Mage. Ada kuasa bola lava. Kuasa api aku telah ditingkatkan. Namun tidak setaraf lagi dengan para hero yang lain.

Aku berlari dari tempat permulaan. Cuba mengelakkan diri terkena tembakan. Namun sayang, belum tiba ke tempat kristal (tempat para pasukan berkumpul), nyawaku tinggal suku.

Ini disebabkan seorang Mage telah menembak aku. Aku sedaya upaya melarikan diri. Cuba elakkan diri dari berdekatan dengannya.

Malang sekali, seorang Ninja datang meluru ke arahku dan mengeluarkan hujan api. Setakat itu saja nyawaku.

Kemudian, aku hidup semula. Seperti tadi, aku kena serang lagi dengan Mage tadi. Nyawaku tinggal suku. Aku cepat-cepat berlari, sambil melompat-melompat meninggalkannya.

Nasib sepasukanku sama dengan ku. Baru saja hidup di permulaan, nyawa kami sudah tinggal suku. Belum sempat tiba lagi di kristal.

Macam mana nak menang ni? Aku berfikir. Ini tak adil. Tadi kata nak lepaskan kami, tapi kenapa dia tembak juga? (Namun ianya mimpi)

Aku ternampak kotak-kotak kosong. Aku teringat, dalam salah satu kotak, terdapat kuasa tambahan. Aku pecahkan ia, dan aku dapat kuasa penumbuk gandaan.

Aku terus melepaskan bola api ke arah pasukan lawan aku yang sedang berkumpul, dan mereka semua terjatuh, seperti pin bowling. Yess! Berjaya!

Aku dan pasukan ku meluru ke arah kristal tanpa halangan lagi. Kali ni kami pula yang menakluki kristal. Apabila salah seorang dari pasukan lawan hidup, aku menukarkan dia jadi seekor ulat, dan mengeluarkan bola lavaku ke arahnya.

Aku mengejar mereka, hingga mereka takut dan melarikan diri dariku. Aku berasa bangga ketika itu. Pasukan aku bersorak untukku. Seolah, aku adalah ketua bagi mereka.

-Tamat-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mimpi Where stories live. Discover now