Zaman Dulu-malam

59 9 0
                                    

Sepertinya aku di zaman dulu. Semua hitam putih. Namun pakaian kami agak nampak berwana sedikit.

Aku dimasukkan ke sekolah baru. Atas perbuatan aku di sekolah lama, pihak sekolah menukarkan aku ke sekolah lain.

Aku sudah berhasrat untuk tidak berbuat lagi perangai jahatku itu. Aku kira tiada siapa tahu tentang hal aku. Tapi, entah mengapa perihal aku cepat betul tersebar dengan meluas di sekolah baru ini.

Hari itu hari Rabu. Kenapa? Kerana aku memakai baju unit beruniform. Puteri Islam. Yang lain-lain ada KRS, Bomba, Polis, PBSM. Itu je la yang aku nampak.

Di dalam kelas, mereka memandang aku seperti aku baru lepas membunuh orang. Errr.... Aku buat tak tahu. Lantaklah.

Kamudian, tiba-tiba aku berada di tangga. Sedang melepaskan marah. Aku sedang menendang-nendang seorang budak lelaki. Bukan kakinya ku tendang, tetapi badannya.

Ya, dia sedang terbaring di atas tangga itu. Aku sepak terajang dia. Hingga dia terjatuh ke bawah. Sepanjang perlakuan itu, ramai yang memerhati. (pakai baju Puteri Islam, tapi pukul sepak terajang orang. Elok sangatlah tu perangainya) 😂

Sekarang aku tahu, mengapa mereka nampak takut bila berdekatan denganku. Hahaha...

Aku menaiki tangga. Para pelajar lain terus mengelakkan diri dari menghalang laluanku. Ada yang sampai bangun(duduk kat tangga) beri aku laluan.

Namun, aku tidak berasa bangga pula ketika itu. Aku terus masuk ke kelas ku dan mengambil beg. Aku segera menuruni tangga dan keluar dari sekolah.

Keadaan di luar sekolah, semua nya hitam putih. Baju pun tiada berwana lagi. Dengan menyandang beg sekolah, aku terus berjalan di lorong-lorong pasar yang ramai dikunjungi orang.

--------------------

Setiap van boleh dinaiki sepuluh orang pelajar dan destinasi setiap van adalah berbeza. Aku dan lelaki itu(someone) bercadang untuk menaiki sama van dan menuju ke pulau.

Sampai saja di pulau itu, aku, dia dan pelajar yang lain turun dari van. Agak lengang. Ada beberapa orang sahaja. Aku tak tahu apa motif aku ke sini.

Ada misi. Tapi aku tak tahu apa misinya. Aku sekadar mengikuti mereka yang lain. Aku berjalan di sebelah dia. Entah, hobi agaknya.

Aku agak kerisauan. Tiba di suatu tempat, sepertinya di taman perumahan. Kami duduk di kerusi terdapat di situ. Namun, ada perempuan lain duduk di sebelah dia, cuba menggoda lelaki itu.(sakit hati) tapi aku sekadar keraskan hati di hadapan mereka.

SKIP (Taktahu apa yang terjadi)

Kami pulang semula ke tempat mula-mula kami sampai. Kami masuk ke dalam van dan bermula lah peperangan di dalamnya. Perang apa? Macam dalam game Oh My Hero! Kalau nak tahu, search kat Google Play.

Kami berperang, ada kuasa seperti dalam game itu. Well, sebagai watak utama dalam mimpi, mestilah aku yang menang. Aku guna hero magic, aku asyik bagi mereka lava api, mungkin sebab tu aku menang.

Hahahahaha.....

Pemandu van seolah tiada perasaan. Membiarkan saja peperangan itu berlaku di dalam van nya. Setelah aku dinobatkan sebagai pemenang, kami semua duduk di tempat masing-masing.

--------------------

Kembali ke pasar tadi.

Aku berhenti di sebuah gerai. Aku memandang pemilik gerai itu. Bajunya kelihatan agak lusuh. Orang zaman dulu memang macam ni ke?

Aku mengeluarkan duit di dalam kocekku. Ade beberapa duit kertas. Pemilik gerai tadi memandang dan berkata, "Anak ini orang kaya, ya?"

Aku menggeleng. Menidakkannya. Bila masa pula aku jadi kaya...

Baru aku teringat, zaman dulu duit mereka bukan macam zaman sekarang. Jadi masa tu, sempat aku terfikir, 'kalau aku bawa duit dari zaman akan datang ke zaman ni, mesti aku kaya..'

Aku mencongak-congak nak bawa berapa ke sini(zaman dulu).. 'Boleh juga aku bukak kedai makan kat sini. Masak Char Kuew Tiow agak-agak laku tak?' fikir ku.

Kemudian, aku ke seberang sana. Ingin melihat-lihat kedai dahulu sebelum aku buat keputusan. "Ehh, tapi macam mana aku nak pergi ambil duit zaman akan datang ni?" aku bertanya sendirian.

Aku mundar-mandir di hadapan kedai itu. Memikirkan cara. Entah bagaimana ada pula seketul batu.

Bukkk!

Aku terjatuh....

-Tamat-

Ini mimpi... Bukan rekaan.. Mimpi mengarut.. 😂

Mimpi Where stories live. Discover now