Qadrina POV
Sehari suntuk aku melepak di rumah kawan aku Alyssa. Bukan taknak balik rumah, tapi bila balik je kena dengar mama membebel. Duduk rumah pun tak ubah bagai tinggal di penjara. Apa yg aku buat semuanya mama ngan papa nak kawal. Aku dah besar, boleh jaga diri sendiri.
"Alyssa, TC jom malam ni. Bosan jugak kalau memerap je kat umah." Aku bertanya kepada Alyssa. Telinganya di sumbat earphone aku tarik.
"Woi! Apa kau ni?" Alyssa bertanya dengan riak geram.
"Aku cakap dengan kau ni. Kau dengar ke tidak?" Haih dia ni, sehari tak menjerit memang tak sah.
"Ye apa? Aku tak dengar." Alyssa membalas dengar wajah selamba. Aku punyala geram dari tadi aku menjerit memanggilnya boleh pulak dia buat muka selambar.
"Jom la keluar.. Aku bosan ni. Aku dengar dekat TC ada kelab baru buka.." Aku memujuk Alyssa untuk pergi.
Alyssa memandang muka aku dengan wajah yg sukar aku tafsirkan. Cewahh..
"Aku bukannya tak nak pergi wei.. Duit aku bulan ni ayah aku sekat. Dah la aku nak kuar rumah pun kena senyap senyap, kalau tak jangan haraplah." Wajah Alyssa terukir riak hampanya.
"Alah bab duit kau jangan risau. Aku ada. Yg penting sekarang kau kena ikut je, aku mana ada geng nanti." Aku memujuk lagi. Itulah kelebihan dilahirkan sebagai anak orang berada. Duit tidak pernah menjadi isu untuk aku berfoya foya. Kenalan aku juga lebih banyak dari kalangan orang kaya.
"So macam mana? Nak tak? Kalau nak aku nak telefon Hilmi suruh ambil ni." Aku bertanya
Alysaa diam sejenak. Mungkin sedang berfikir. "Okay. Set, jom siap siap. Aku rasa ayah aku dah tido tu." Alyssa membalas dengan jawapan yg positif.
Kami diambil oleh Hilmi di rumah Alyssa. Hilmi adalah boyfriend aku. Tapi kami lebih terbuka soal perasaan, hal dia aku tidak masuk campur begitu juga hal aku. Aku couple dengannya sebab dia terkenal di kelab malam yg selalu aku pergi. Ramai perempuan yg tergila gilakan dia, tetapi dia memilih aku. Dan itu membuatkan aku bangga.
Kami berfoya foya hingga pagi. Stress yg aku alami aku lupakan bila sampai di situ.
__________"Qadrina! Bangun! Apa nak jadi dengan kamu ni?! Makin dilarang semakin menjadi jadi." Mama menggoncang tubuh aku untuk mengejutkan aku.
"Mama ni bisingla! Orang tengah ngantuk ni.." Selimut aku tarik menutupi wajah ku.
"Apa kamu kata?! Mengantuk?! Matahari dah tegak atas kepala tak reti reti nak bangun! Orang tidur malam, bukan nya siang! Dah bangun cepat!" Mama menggerakkan kan aku lagi.
Dengan terpaksa aku gagah kan juga diri untuk bangun. Kalau tak alamatnya sampai ke esok la tak habis mama membebel. Aku mencapai tuala ku dan menuju ke bilik air.
___________"Abang tengok anak abang tu! Apa nak jadi pun tak tahu lah! Entah pukul berapa dia balik semalam. Abang kena buat sesuatu, takkan nak tengok anak kita makin sesat macam tu." Datin Suraya menyuarakan pendapatnya. Qadrina tidak boleh lagi dibiarkan. Makin dibiar makin liar cara hidupnya.
Rumah banglo tiga tingkat ini ibarat hotel bagi Qadrina. Sesuka hati saja dia hendak keluar dan pulang ke rumah jam berapa.
Datok Lutfi mendiam kan diri sambil membaca surat khabar kosmo.
"Abang! Abang dengar tak! Saya tak kira, abang kena buat sesuatu dengan Qadrina." Semakin keras bicara Datin Suraya meminta Datuk lutfi melakukan sesuatu.
Datul Lutfi melipat surat khabar yang dibacanya dan diletakkan dia meja jepun dihadapannya. Dia menghadap Datin Suraya. Cermin matanya diturunkan.
"Saya dah fikir masak masak." Kata Datuk Lutfi tenang. Datin Suraya setia mendengar.
"Kita....."
Bersambung....
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama (SLOW UPDATE)
RomanceZakriel Adam, seorang yg sangat cerewet dalam memilih pasangan hidup. Dia lebih berminat dengan gadis melayu kacukan cina, tetapi gadis itu mestilah menepati citarasanya iaitu, memakai tudung atau lebih tepat, muslimah. Ainna Qadrina, mewarisi kecan...