Bab 3

315 5 1
                                    

QADRINA POV

Aku memandang ke arah tasik di taman bandar ni. Hm sungguh tenang, tak pernah aku rasa macam ni.. Qadrina melangkah mengambil tempat di bangku yang kosong menghadap ke tasik itu.

Entah kenapa moodnya tiba tiba mahu berjoging hari ini. Tadi dia sudah mengajak Alyssa sekali, tapi Alyssa ada hal mustahak yang perlu diselesaikan. Entah apa la yang mustahak sangat..

Aku menghirup udara segar disitu. Dah lama aku tak datang sini. Selalu aku sibuk je berjoli sana sini. Kalau dulu aku mesti datang dengan mama, papa dengan Aiman. Aku rindu sangat saat saat tu. Qadrina mengeluh. Apa yang dia lakukan semata mata untuk melepaskan tekanannya dan manngikut kehendak jiwa remajanya. Sampai dia melukakan perasaan orang disekelilingnya. Aiman adalah adik kepada Qadrina.

Qadrina memandang sekeliling di taman bandar itu. Pagi pagi begini tak ramai orang yang berada di situ. Matanya menangkap dua orang kanak kanak sedang bermain di taman yang berdekatannya. Hm kembar.. comel, kan bagus kalau aku ada anak kembar.. Qadrina tiba tiba menggelengkan kepalanya. Haish apa la yang aku melalutni.. kawin? Siapa nak kawin.. aku muda lagi..

Qadrina bangun dan melangkah perlahan lahan ke arah kereta Honda Jazz nya. Kereta itu dihadiahkan oleh papanya selepas dia tamat pengajiannya.

Tanpa dia sedar, ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh.
______________

ADAM POV

Matanya ralik memandang kepada perempuan itu.. Siapa perempuan tu eh? Lawanya, asal dia nampak macam sedih..

"Weh! Kau dengar tak aku cakap apa?" Suara Rayyan menyentakkan lamunananya.

"Haa iya iya aku dengar. Kau cakap pasal proposal kau tu kan?" Adam membalas selamba. Matanya ralik memandang kepada perempuan yang berjaya menarik perhatiannya itu.

"Aku pelekong kau karang. Aku cakap benda lain kau cakap benda lain." Marah Rayyan

Krik krik krik

"Weh!" Kali ini disertai sekali pukulan oleh Rayyan di atas belakang Adam. Apa yang dia terhendap hendap ni. Dari tadi aku duk membebel dia buat tak tahu je.

"Sakit lah woi!"

Senyap kembali..

"Adam, serius la. Hari tu kau suruh aku carikan calon. Lepastu bila aku cakap kau buat tak endah je." Suara Rayyan mula mengendur. Terasa hati dengan Adam yang tidak mendengar percakapannya tadi.

"Alah pakcik ni. Tak payah nak merajuk sangat la. Sini jap." Adam berbisik kepada Rayyan.

Rayyan memerhatikan Adam. Apa la yang Adam buat ni. Dah la macam orang tak betul terkinja kinja kat semak tu. Mujur tempat yang mereka duduki akan tertutup sikit dari pandangan. Dengan perlahan dia melangkan ke arah Adam.

"Cuba kau tengok tu. Perempuan yang duduk menghadap tasik tu."

Rayyan mencari perempuan yang dimaksudkan oleh Adam tadi. Matanya menangkap perempuan yang dimaksudkan oleh Adam tadi. Hm lawa, putih, Chinese look..

"Hah kenapa dengan dia?" Soal Rayyan masih tidak faham apa yang cuba nak disampaikan oleh Rayyan.

Eh kejap? Adam sebelum ni tak berminat dengan mana perempuan selepas.... Kenapa tiba tiba je ni
______________

Di Rumah Qadrina...

Eh? Sape pulak la yang datang pagi pagi ni. Aku memandang jam tangan aku. Oh patut la, dah pukul 12:30. Selepas pulang dari Taman Bandar tadi, Qadrina tidap terus pulang ke rumah, sebalik nya dia kedai chocolate kegemarannya.

Qadrina melangkah masuk dengan penuh debaran. Aiseh apesal pulak aku nak debar ni.. ni kan rumah aku jugak..

"Haa dah balik Qadrina? Mari sini." Datin Suraya menyapanya. Dia mengikut Datin Suraya ke ruang tamu.

Seorang wanita separuh umur tiba tiba datang memeluknya. Dia membahasakan dirinya sebagai umi.

"Ni Qadrina ye?" Wanita itu bertanya.

"Ye saya aunty." Ish dah kenapa makcik ni, banyak pulak soalan dia. Aku dah la penat. Tak pasal pasal ada yang kena sembur kang. Rileks Qadrina, mungkin dia berniat baik sebenarnya.

"Heyy jangan panggil aunty, panggil umi ye?"

"Erk? Baiklah umi."

Aku memandang mama untuk meminta penjelesan. Apa semua ni?

"Haa mama lupa nak cakap dengan kamu Qad sayang. Ni your future mother in law."

"Hah! Apa ni mama! Kenapa Qad tak tahu?! Kenapa tak bincang dengan Qad dulu?! Mama ni memandai jela!" Tudia nada suara Qadrina naik levelnya.

"Qad, jangan nak tinggi suara dekat mama. Ni semua untuk kebaikan Qad juga. Papa dah setuju. Lagi pun diaorang bukan orang lain dengan kita. Kawan baik papa kamu jugak." Marah Datin Suraya

"Qad benci mama!" Qadrina belari ke arah biliknya di tingkat 3. Kedegang! Qadrina menghempaskan pintu biliknya tanda protes.

"Astaufirullahhaladzim.. minta maaf la Jah. Mungkin Qadrina masih terkejut. Ialah tiba tiba je." Datin Suraya meminta maaf bagi pihak anaknya.

"Takde apalah. Biasalah tu. Lagi pun Jah tahu, abang Nan dah bagi tahu tentang hajat abang Lutfi dah memperjodohkan mereka. Jah harap keputusan ni tak salah. Qadrina tu Jah tengok baik sebenarnya, mungkin terpengaruh dengan kawan kawan la tu. Jah harap nanti diaorang dah kawin, bahagia lah." Terang Puan Sri Khatijah. Puan Sri Khatijah juga merupakan kawan baik kepada Datin Suraya.

Sedar tak sesar dah lama rupanya mereka bersembang. Dah pukul 2:00 patang rupanya. Qadrina masih tidah menunjukkan mukanya lagi. Masih marah barangkali.

"Eh Jah minta diri dulu la. Dah lewat ni. Tak makan pulak kang abang Nan."
"Haah la dah pukul 2. Akak takde pembantu rumah ke?" Datin Suraya lebih selesa untuk memanggil Puan Sri Khatijah akak.

"Ada tu memang la ada. Tapi tak puas hati ni haa kalau tak masak sendiri. Mana sama masakan kita sebagai seorang isteri dengan pembantu rumah." Terang Puan Sri Khatijah.

"Iyalah."

Puan Sri Khatijah di jemput oleh driver nya, Pak Maik.

Hm harap harap betul lah apa yang abang buat ni. Datin Suraya melangkah masuk ke dalam rumah nya.

Bersambung....

Cinta Pandang Pertama (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now