Bab 2

372 6 0
                                    

ADAM POV

"Hai umi. Selamat pagi" Adam yang baru sahaja selesai mandi dan lengkap berpakaian uniform kerjanya mengambil tempat di meja makan. Dia nampak segak dan tampan dalam uniform itu.

"Assalamualaikum. Haa bangun dah anak umi? Hari ni flight ke mana?" Soal ibu Adam iaitu Puan Sri Khatijah yang berbaur sindiran.

Ceh umi ni.. sempat lagi nak memerli aku.. "Hehe Waalaikumsalam umi ku tercinta.. hari ni ke Paris. Papa mana umi? Selalunya papa orang pertama ada kat meja makan." Adam pelik. Selalunya dia orang terakhir akan berada di meja makan.

"Papa kamu ada meeting hari ni. Tu yang keluar awal." Puan Sri menjawab bersahaja. Dia kembali ke dapur untuk mengemas apa yang patut. Walaupun mempunyai pembantu rumah, dia lebih suka membuatnya sendiri.

"Umi, Adam pergi lama kali ni.. mungkin dalam 3 minggu like that." Adam memberitahu waktu keberadaan dia di sana.

"Haa lagi satu nanti balik dari Paris, Adam balik apartment terus.. esok tu baru singgah."

"Haa yela.. hati hati pergi sana.. jaga diri.. ingatkan tempat orang tu hati hati." Puan Sri mengingatkan Adam.
___________

3 minggu kemudian...

ADAM POV

'Ish mana mamat senget ni, dah lama kot aku tunggu tercongok kat sini.. kalau tak fikir kawan dah lama aku blah' Aku berjalan masuk ke Starbuck Ecm. Cantik ah, banyak tempat kosong.

"Weh, sorry sorry. Sumpah aku lupa yang aku ada janji ngan kau." Rayyan yang baru sampai tergesa gesa mengambil tempat di hadapan aku.

Aku menjeling tajam ke arah Rayyan. Mentang mentang la aku yang janji dengan dia, aku pulak yang kena tunggu dia lama.

"So pahal kau nak jumpa aku ni?" Soal Rayyan memulakan bicara.

"Nak jumpa kawan sendiri pun tak boleh ke bro? Takde lah, aku nak minta tolong sebenarnya ni." Haih macam mana la aku nak cakap ni..

"Tolong apa? Kau kawan baik aku. Of course la aku tolong kau." Kata Rayyan sambil menghirup air Chocolate latte yang dipesannya tadi.

"Hm sebenarnya.. umi aku.. dia suruh aku kawin..." Belum sempat aku menghabis kan ayat aku, Rayyan ketawa terbahak bahak. Siot punya kawan, aku tengah stress ada ke patut dia gelakkan kan aku.. Aku memberi pandangan tajam ke arah Rayyan.

Rayyan mengankat kedua tangannya tanda surrender. Adam ni bukan boleh main main, kalau dah marah mahu bergegar dunia.

"Okay okay sorry hahaha.. tapi weh sumpah kelakar. Tak pernah pernah cakap pasal kawin, ni tiba tiba pulak. Ni mesti kau kena paksa kan?" Rayyan menyoal.

"Biasa ah weh.. aku balik umah parents aku haritu.. masuk masuk je umi cakap pasal kawin. Kau tahu dia cakap macam mana?" Adam menyoal.

Rayyan menggeleng kepalanya. Eh eh mamat ni, macam la aku ada sekali time umi dia cakap.

"Umi aku cakap macam ni 'Adam! Umi nak kamu kawin. Kamu ni dah umur 26, bila nak kawin hah? Asyik travel je. Umi tak kira, hujung bulan kamu kena bawak calon menantu umi! Faham?' haa macam tu lah umi aku cakap. Macam mana ni weh kau kena tolong aku.." Aku meniru gaya umi bercakap dah separuh merayu kepada Rayyan untuk menolong aku.

Rayyan memandang ke arah Adam. Haih berat dah Adam ni.. "Haih, aku nak tolong macam mana? Kau bagitahu aku."

"Senang je, kau cari kan aku....."

Bersambung....

Cinta Pandang Pertama (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now