Fuhh! Sedap gila umi masak ayam masak lemak. Lama tak makan. Selesai saja makan, Adam terus ke kolam di tepi rumah.
Kelihatan Datuk Sri Adnan sedang menanti Adam di gazebo berdekatan kolam. Suram saja wajahnya. Adam mengambil tempat di sebelah papanya.
Sunyi..
Em papa ni nak cakap apa sebenarnya.. dari tadi senyap je.. "Pa? Are you okay? Papa nak cakap apa? Macam serius je." Adam memulakan bicara.
"Adam.. Adam tahukan papa sayang adam? Adam satu satunya anak teruna papa. Sarah pula belum habis sekolah. Jadi, apa yang nak papa cakap ni, papa harap kamu tak bantah lah ye?" Wajah Datuk Sri Adnan menunjukkan dia serius dalam setiap bait katanya.
"Pa, kenapa cakap macam ni? Apa yang papa nak cakap sebenarnya? Cakap je lah." Hati Adam berdebar debar.
Berat hati Datuk Sri Adnan untuk memberitahu Adam. Ini semua kebaikan Adam juga dan demi menjaga hubungan rapat dengan kawan baiknya itu.
"Macam ni.. Papa nak kamu kawin. Dah tiba masa untuk kamu kawin. Kamu dah umur 28 tahun. Dah cukup matang untuk berkawin. Dan lepas kamu kawin kamu akan ambil alih syarikat papa."
"Tapi pa? Umi suruh Adam bawak balik calon, selewat lewatnya hujung bulan ni. Sekarang ni Adam takde calon lagi, papa nak suruh Adam kawin dengan apa? Calon takde." Adam mengeluh. Dia sepatutnya tahu, mesti isu perkahwinan yang akan menjadi bualan mereka.
"Anak kawan baik papa. Papa nak jawapannya esok pagi. Papa harap jawapannya meyedapkan hati lah." Datuk Sri Adnan mengerling Adam sekilas. Dia tahu Adam sedang tersepit sama ada mahu setuju atau tidak.
"Baiklah kalau macam tu yang papa nak. Nanti Adam bagitahu la semula. Kalau takde apa apa lagi, Adam naik dulu lah. Dah lewat ni. Papa pun jangan duduk lama sangat kat luar. Demam pulak nanti. Assalamualaikum pa." Adam melangkah ke biliknya dengan wajah sugul. Kena kawin haih
"Adam." Panggil Datuk Sri Adnan saat Adam ingin melangkah ke biliknya.
Adam berpaling ke arah papanya.
"Ni semua untuk kebaikan kamu juga. Papa tak tahu bila papa akan dijemput maut. Papa nak yang terbaik je untuk kamu. Umi dah setuju.."
"Kenapa papa cakap macam tu? Adam tak suka papa cakap pasal mati mati ni. Dah la pa. Insha Allah besok adam bagi jawapan nya." Adam terus berlalu ke biliknya.
Di bilik Adam.
Adam masuk ke biliknya. Dia terus ke bilik air yang berada dalam biliknya. Adam mengambil wuduk untuk solat istikharah. Dia perlukan jawapan untuk esok. Untuk itu dia solat untuk memohon petunjuk dari Allah yang maha mengetahui.
Usai saja solat istikharah. Adam berdoa kepada Allah, diminta untuk permudahkan segalanya.
Selesai saja, dia terus mengemas tempat solatnya. Adam terus naik ke atas katilnya yang bersaiz king. Dia termenung memandang siling biliknya sambil memeluk bantal peloknya.
Betul la cakap papa. Aku memang patut dah kawin. Siapa lah anak kawan papa tu? Lawa ke? Baik ke? Yang paling penting, muslihah ke tak? Aku bukan apa, tak suka tengok yang terdedah sana tersedah sini. Haih, macam mana ni.. apa nak cakap kat papa esok ni..
Semakin pening Adam memikirkannya. Dia mengambil keputusan untuk tido. Mudah mudahan dipermudahkan esoknya. Adam mematikan lampu meja di sebelahnya. Dia menarik selimut menutupi badannya. Kuat sangat aircond, fuhh sejuk..
__________________Qadrina melangkah perlahan lahan memasuki rumah. Gelap. Dia sangat pasti papa dan mamanya sudah tido. Sampai saja di tangga.
Lampu terbuka.
Alamak! Papa ngan mama tak tido lagi. Aduh mati la aku macam ni... Perlahan lahan Qadrina pusing menghadap Datuk Lutfi dan Datin Suraya.
Sunyi.
"Kemana kamu pergi sampai pagi baru nak balik hah?!" Datuk Lutfi memulakan bicara apabila melihat Qadrina diam tidak berkutik memandang lantai.
"Papa tanya ni jawablah!" Sergah Datuk Lutfi. Geram melihat Qadrina yang membisu dari td.
"Qad keluar dengan kawan kawan." Sepatah dia menjawab.
"Keluar pergi mana sampai pagi baru nak balik?! Tu tadi, kutu rayau mana yang hantar Qad tadi?!" Tanya Datuk Lutfi lagi.
Qadrina lantas memandang papanya. Dia tidak suka papanya menggelar Helmi kutu rayau.
"Tu kawan Qad. Bukan kutu rayau." Qad membalas sedikit geram.
"Bukan kutu rayau ke kalau pagi pagi macam ni baru nak hantar anak dara orang balik?!"
"Dah la pa. Qad ngantuk nak tido." Dia berpaling dari arah Datuk Lutfi dan ingin menapak ke atas. Belum sempat dia ke bilik...
"Qadrina! Jangan kurang ajar! Jangan berpaling selagi papa belum habis cakap!" Datuk Lutfi samakin bengang dengan Qadrina. Semasa dia mengucapkan katanya tadi. Entah bila tangannya hinggap di pipi putih Qadrina.
Qadrina memandang papanya. Dia menggosok pipi nya yang terasa pijar. Merah. Nampak kesan merah, kerana Qadrina berkulit putih.
"Qad cuma nak masuk tido? Kurang ajar ke tu? Kalau Qad tak tido, lepas tu bangun lewat, mama membebel pulak nanti." Qadrina berkata. Matanya berair. Dia segera berpaling dan menuju ke bilik nya di tingkat atas.
Bang!! Bunyi hempasan pintu bilik Qadrina.
Mengucap Datin Suraya mendengar hempasan pintu bilik Qadrina. Dia mengurut dada nya yang terasa senak akibat terkejut.
"Bang! Dah la tu.. Mari la duduk dulu.. Abangkan tak sihat.." Datin Suraya memujuk suaminya, dia menggosok gosok lengan Datuk Lutfi.
"Abang dah tak tahan dah dengan perangai dia Su. Makin menjadi jadi. Abang dah fikir. Esok pagi, bila dia bangun. Suruh dia pergi office abang. Abang nak suruh dia kerja. Duduk rumah pun menghabiskan duit je berjoli sana sini." Datuk Lutfi mengeluarkan arahannya.
"Takpe ke bang? Su takut dia buat hal pulak kat office. Dia pun baru habis belajar. Takut dia tak bersedia lagi je."
"Yang tu Su jangan lah risau. Pandai la abang uruskan nanti ye. Su cakap je dekat Qad esok. Kalau dia degil juga. Cakap dekat dia, abang akan potong elaun dia, tak boleh gunakan kereta lagi dan no more kad kredit." Semakin tegas Datuk Lutfi berbicara.
"Yela bang.. ni Su nak cakap. Aiman nak balik dah dari Australia. Kata nya cuti sem kedua. Hari jumaat ni kalau tak silap." Datin Suraya memberitahu tentang Aiman kepada Datuk Lutfi.
"Bagus lah tu. Nanti abang suruh Pak osman ambik dia kat airport."
"Baiklah bang."
Datuk Lutfi dan Datin Suraya menapak ke bilik mereka.
___________________"Hye babe.. sorry aku lambat, jalan jem gila tadi." Alyssa mengambil tempat di hadapan Qadrina. Mujur starbuck ECM tidak penuh hari itu walaupun waktu office sedang berehat. Dia memandang kawan baiknya itu.
"So? What up? Kau nak cakap apa?" Alyssa menanya Qadrina yang dari tadi diam.
"Aku.. aku dah kerja kat office papa. Eeii geram betul aku. Apa yang aku buat semua tak betul. Kau tahu tak? Kalau aku tak pergi office tadi, papa nak tarik semua kemudahan aku. Tu pun mama yang cakap pagi tadi. Sakit hati aku." Dikeluar kan semua kemarahannya kepada Alyssa.
"Lah bagus la tu. At least kau tak duduk je kat rumah. Lagi pun tu office papa. Senang la kau nak buat apa je." Alyssa membalas. Dia menghirup hot chocolate nya yang di pesan tadi.
"Kau ni! Bukannnya nak sokong aku. Dah la. Aku nak balik office. Nanti papa membebel pulak." Qadrina panas telinga mendengar apa yang dikata oleh Alyssa. Dia bangun dan ingin pergi dari situ.
"Eh? Weh rileks la.. aku kata je.." Alyssa memandang Qadrina yang berlalu pergi.
Semasa Qadrina ingin berjalan keluar dari starbuck. Seseorang melanggarnya dari arah bertentangan.
Bukk!!
Bersambung...
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama (SLOW UPDATE)
RomanceZakriel Adam, seorang yg sangat cerewet dalam memilih pasangan hidup. Dia lebih berminat dengan gadis melayu kacukan cina, tetapi gadis itu mestilah menepati citarasanya iaitu, memakai tudung atau lebih tepat, muslimah. Ainna Qadrina, mewarisi kecan...