Adam's PO
Eh? Mana semua ni orang ni? Rasanya umi takde cakap pun dia nak keluar? Papa? Papa ada meeting rasanya. Haih la papa, asyik busy je. "Umi?! Oo Umi?!"
Adam menapak ke bilik uminya di tingkat 2. Sunyi je. Dah la gelap. Siapa la yang tak buka lampu ni. Bibik pulak masa macam ni nak cuti la apa la. Adam memulas tombol pintu bilik uminya.
"Ya Allah umi! Terkejut Adam. Kenapa tak bukak lampu? Kalau Adam kena heart attack pastu mati nanti macam mana?" Adam memegang dadanya kerana terkejut.
Yelah, siapa je yang tak terkejut bila nampak perempuan dengan muka bertempek tempek bedak sejuk. Dah la pakai baju warna putih. Ingat hantu mana la tadi sesat.
"Eh Adam ni dah kenapa? Nampak umi pun nak terkejut ke? Umi solat tadi. Dah nak masuk maghrib, umi takut tak sempat nak solat asar. Tula umi tak sempat nak bukak lampu." Bebel Puan Sri Khatijah
"Haa takpelah, Adam naik dulu. Nak solat." Adam berlalu ke biliknya.
"Adam nanti dah siap turun makan ye? Umi ada nak cakap sikit." Sempat Puan Sri Khatijah berpesan.
Adam sekadar mengangguk.
____________Selesai saja solat maghrib, Adam berdoa kepada yang maha esa. "Ya Allah, kau ampun kan lah dosa ku. Sama ada sengaja atau pun tidak sengaja Ya Allah. Kau ampunilah kedua dua orang tua ku. Kau berkatilah hidup aku dan keluarga ku Ya Allah. Ya Allah, kau temukanlah aku dengan jodoh ku dengan cara yang baik Ya allah." Adam mengaminkan doanya. Tiba tiba terfikir mengenai jodoh hm.
Adam melipat sejadah yang digunakannya. Lapar pulak rasa.. umi masak apa eh.. Adam segera mengatur langkah ke ruang makan.
***
"Eh papa? Bila balik? Tak dengar pun bunyi kereta?" Adam mengambil tempat di sebelah Datuk Sri Adnan."Baru je lagi. Adam dah solat?" Datuk Sri Adnan bertanya.
"Dah pa." Adam menjawab ringkas sambil mengambil lauk kegemarannya. Fuh ayam masak lemak.
"Papa ada nak bincang sikit dengan kamu. Lepas ni tunggu papa dekat tepi kolam ye."
Papa ni buat suspen jela.. apa la yang penting sangat. Bukan aku nak kawin pun. "Baiklah Pa."
__________
Flashback // waktu Puan Sri Khatijah datang ke rumah Qadrina.
Qadrina menangis di atas katil biliknya. "Sampai hati mama buat Qad macam ni.. Qad tak nak kawin" Dan tangisan Qadrina semakin kuat.
"Qadrina! Qadrina! Buka pintu bilik ni! Let me explain to you!" Datin Suraya mengetuk pintu biliknya.
Tiada sahutan.
"Mak ton!" Panggil Datin Suraya. Mak Ton adalah pembantu rumah mereka. Sudah lama Mak Ton bekerja di rumahnya.
"Ye Datin."
"Mak Ton tolong ambikkan kunci pendua untuk bilik Qadrina ni. Cepat ye."
"Baiklah Datin." Makton bergegas untuk mengambil kunci tersebut.
Tanpa jemu Datin Suraya terus mengetuk pintu bilik Qadrina. Dia harus menerangkan semua ini kepada Qadrina. Apa yang dilakukan oleh nya adalah semata mata untuk kebaikan Qadrina juga.
"Leave me alone! I don't need your explain." Kali ini ada sahutan oleh Qadrina. Nampak benar marah nya kepada Datin Suraya. Kebetulan pula Mak Ton datang. Datin suraya lantas mengambil kunci tersebut.
"Terima kasih mak ton. Mak ton tolong siram kan pokok di luar ye."
"Baiklah Datin."
Tujuan Datin Suraya menyuruh Mak Ton menyiram pokok di luar kerana fia tidak mahu Mak Ton melihat pergaduhannya dengan Qadrina.
Datin Suraya membuka pintu bilik Qadrina menggunakan kunci pendua di tangannya. Dia melangkah masuk ke bilik Qadrina. Datin Suraya memerhatikan sekeliling bilik Qadrina. Baju baju berselerakan di atas lantai. Alat soleknya juga bertaburan di atas lantai. Suasana suram di bilik Qadrina.
"Qadrina.." Datin Suraya melangkah ke arah Qadrina. Sekujur tubuh kaku di atas katil. Datin Suraya lantas mendekati dan memegang dahi Qadrina yang sedang lena.
"Qad, bangun sayang.. mama nak cakap sikit."
Qadrina yang baru terjaga menggosok gosok matanya. Macam mana mama boleh masuk ni? Ish geram betul lah. I need my own privacy. Dah la hidup aku nak diaturnya. Masa aku bersendirian pun nak kacau.
"Mama nak apa? Kalau nak cakap pasal kawin, sorry. I'm not interested. Mama boleh keluar sekarang." Suara Qadrina yang serak serak kedengaran.
Kecil hati Datin Suraya. Dia tidak menyangka perkahwinan ini akan mengakibatjan Qadrina semakin marah kepadanya.
"Mama just nak cakap, yang mama dengan papa buat semua ni untuk kebaikan Qad. Sampai bila Qad nak hidup macam ni? Keluar pagi balik malam. Kadang tak balik lansung. Qad semakin kurang ajar tahu tak? Hidup macam cara orang barat. Ingat sikit Qad, kamu tu orang melayu, agama islam. Batas pergaulan tak pernah nak dijaga. Sekarang, mama dengan papa nak kamu kahwin. Biar suami kamu yang bimbing kamu. Ini semua rancangan papa. Kamu kena setuju. Awal bulan depan kamu kawin. No excuses." Selesai saja Datin Suraya bercakap, dia lantas meninggalkan Qadrina.
Qadrina yang mendengar apa yang dikata kan oleh mama nya lantas mama menoleh ke arah mamanya. Dia memandang dengan pandangan tajam.
"Mama tak boleh paksa Qad lah! I hate you."
Bersambung...
🌸🌸🌸🌸
Hyeee.. cerita ni saya buat sekadar untuk isi masa lapang je.. kalau ada idea saya buat. Kadang kadang idea takde lansung. Sorry for late update. Vote yaa
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama (SLOW UPDATE)
RomanceZakriel Adam, seorang yg sangat cerewet dalam memilih pasangan hidup. Dia lebih berminat dengan gadis melayu kacukan cina, tetapi gadis itu mestilah menepati citarasanya iaitu, memakai tudung atau lebih tepat, muslimah. Ainna Qadrina, mewarisi kecan...