『 ELEMENCE CONDOMINIUM 』
「 Floor 8, Unit 1 」
Kelihatan seorang gadis sedang duduk di atas sofa sambil mengurut-urut dahinya, berhadapan dengan dua orang lelaki. Dia berasa pening setelah mendengar penjelasan abangnya itu.
【 YOON JI-YOON 】
"Kenapa aku, Jisung?" Soal gadis itu sebelum menghela nafas perlahan.
"Sebab kau saja perempuan dalam adik-beradik kita ini, Jiyoon." Balas lelaki yang dipanggil 'Jisung' itu selamba.
【 YOON JI-SUNG 】
Jisung melihat kukunya yang baru ditrimmed pagi tadi. Gadis yang dipanggil 'Jiyoon' itu mendengus perlahan.
"Perangai kau pun lebih kurang saja dengan perempuan. Kau saja lah kahwin dengan dia." Kata Jiyoon dengan wajah yang selamba badak.
"HOI! Kau ingat aku gay? Aku minat perempuan lah, gila!" Pekik Jisung.
Jeonghan, abang kedua Jiyoon, yang sedang duduk berhadapan dengan mereka menahan tawanya.
"Ingatkan gay, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi." Kata Jiyoon lagi.
Jiyoon meniup-niup kukunya. Jisung mengambil kusyen sebelum membalingnya tepat ke muka Jiyoon.
"Oi! Kau kenapa?!" Pekik Jiyoon sebelum membaling semula kusyen itu ke arah Jisung semula.
"Kau agak-agak lah nak tuduh. Aku punya lag macho dengan kelelakian macam ini, kau kata aku gay. Bodo mung." Kata Jisung.
"Dekat mana kelelakian itu?" Kata Jiyoon sambil menjungkitkan sebelah keningnya.
"Ngek." Kata Jisung.
Jiyoon sekadar ketawa kecil, membuatkan Jisung mendengus perlahan. Jeonghan memandang ke arah Jiyoon dan Jisung bergilir.
YOU ARE READING
[c] sightless + jjk
Fanfictionx Di mana seorang gadis dikahwinkan dengan seorang lelaki yang tidak cukup sifatnya, iaitu buta. " Awak... Say-saya ada benda nak cakap... " " Apa dia? " " Teri-terima kasih sebab sudi terima saya... " " Aku terima kau sebab terpaksa. Tak payah nak...