06

1K 88 2
                                    

"Weh, kita berehat dulu boleh? Lenguh lah lengan aku asyik main dram ini saja." Kata Minhyuk setelah lagu keempat mereka tamat.

"Alright. Everybody take 20." Arah Park Sungjin, sebagai ketua kumpulan tersebut.

" Arah Park Sungjin, sebagai ketua kumpulan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PARK SUNG-JIN

Yang lain mengangguk. Mereka bersurai. Jiyoon melangkah ke arah Jungkook yang sedang duduk berseorangan.

"Awak main apa, Jiyoon?" Soal Jungkook apabila merasakan seseorang duduk di sebelahnya.

Jiyoon menoleh. Dia menggaru kepalanya.

"Main gitar. Kenapa? Kau dengar ke?" Soal Jiyoon.

Jungkook ketawa kecil. Dia memegang headphone yang telah diletakkan di lehernya.

"Pakai benda ini tak bermaksud saya terus jadi pekak. Awak main gitar apa? Bass?" Soal Jungkook.

"Elektrik." Balas Jiyoon perlahan.

Jungkook mengangguk. Dia bermain dengan jari-jarinya.

"Ah, Jiyoon, aku nak minta maaf sebab aku tak datang majlis kau hari itu," Kata Sungjin sambil membetulkan mikrofonnya.

"Hmm? Ah, tak apa. Kau bukannya tetamu penting pun." Kata Jiyoon selamba.

"Eh kurang ajar." Kata Sungjin.

Yang lain ketawa mengekek sebelum mereka berhenti apabila Sungjin menjeling tajam ke arah mereka.

"Jiyoon, ini kerja awak ke?" Soal Jungkook tiba-tiba.

Jiyoon memandang ke arahnya sebelum mengangguk.

"Mmhm. Ini kerja aku. Kenapa tanya?" Soal Jiyoon semula.

"Tak ada lah. Ingatkan awak bergantung dekat abang awak saja." Kata Jungkook.

"Should I take it as you saying me as an independent woman or.....?" Soal Jiyoon sambil menjungkitkan sebelah keningnya.

Jungkook menyengih. Jiyoon menghela nafas perlahan sebelum memandang ke arah kawan-kawannya.

"Jun, malam ini kita pergi kelab mana?" Soal Jiyoon.

Jun yang sedang minum air, tersedak apabila mendengar namanya dipanggil oleh gadis itu. Dia menoleh.

"Ha-hah? Apa soalan kau tadi?" Soal Jun kekok kerana terpaksa menggunakan 'aku-kau' dengan gadis itu.

[c] sightless + jjkWhere stories live. Discover now