10 (Finale)

1.4K 116 11
                                    

Jiyoon tertidur akibat kepenatan menjaga Jungkook. Gadis itu tidur dalam keadaan duduk. Kepalanya di atas lengan di atas katil dan tangannya memegang tangan Jungkook. Tiba-tiba, telefon Jiyoon berbunyi menandakan ada panggilan.

Jiyoon terjaga dari tidurnya. Dia bangun dan mengeluarkan telefonnya. Dia melangkah keluar dari wad Jungkook.

"Hello?" Kata Jiyoon sejurus sahaja menjawab panggilan itu.

"Yoon, kau tak datang ke persembahan malam ini?" Soal Sungjin melalui hujung talian tersebut.

"Ah, Sungjin. Mungkin tak sebab aku kena jaga Jungkook," Kata Jiyoon sambil memandang ke dalam wad Jungkook.

Suara Jiyoon agak serak memandangkan dia baru sahaja bangun tidur. Dia berdehem beberapa kali.

"Alah, kau tinggal saja lah dia dengan anjing itu. Kita kena ada malam ini." Kata Sungjin.

"Jungkook masuk hospital lah. Aku kena jaga dia." Kata Jiyoon.

"Kejap, dia masuk hospital? Kenapa? " Soal Sungjin dengan nada suara risau.

"Dia terjatuh dalam bilik air. Kepala dia kena bucu sinki. Lepas itu, dia ada buat pembedahan mata." Jelas Jiyoon ringkas.

"Woah, that seems like a good news. The second news, that is. Kalau macam itu, kau nak jaga dia kan? Kalau macam itu, aku bagi kau cuti sebulan." Kata Sungjin.

"Really? Tak apa ke ini? Siapa nak ganti aku nanti?" Soal Jiyoon seakan-akan tidak percaya.

"Aku boleh minta tolong Jeonghan. Dia bukannya buat apa-apa dekat rumah itu, ya tak?" Soal Sungjin.

Jiyoon ketawa kecil. Dia meraup rambutnya ke belakang.

"Okay. Thanks, by the way. For being considerate." Kata Jiyoon.

"That's what friends do, right?" Soal Sungjin.

Jiyoon tergelak kecil. Dia memandang sekeliling sebelum menghela nafas perlahan.

"Sudah lah, aku kena pergi. Byee." Kata Jiyoon.

Tanpa menunggu balasan Sungjin, Jiyoon meletakkan panggilan. Jungkook yang berada di dalam wad dipandang sekilas. Dia tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam wad semula.

Jiyoon duduk di sebelah Jungkook. Dia mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah dada Jungkook yang turun naik dengan irama yang sama. Jiyoon tersenyum kecil.

"Maaf, sebab aku selalu cakap kasar dekat kau." Kata Jiyoon perlahan.

Jiyoon mencapai tangan Jungkook. Dia mencium belakang tapak tangan lelaki itu sebelum memasukkan jari-jarinya di ruang antara jari Jungkook.

"Sorry." Bisik Jiyoon.

°°°°°°°°°°°°

Jiyoon mengikat rambutnya sebelum menyikat rambut depannya yang sengaja dilepaskan. Dia mengeluh perlahan sebelum melangkah keluar dari biliknya.

Ducky mengejar Jiyoon. Dia menyalak.

"Ducky? Kenapa?" Soal Jiyoon

Jiyoon melutut, mengusap-usap pipi anjing itu. Ducky menyalak lagi, kegembiraan mungkin.

[c] sightless + jjkWhere stories live. Discover now