02

1.1K 95 5
                                    

After A Few Weeks~

Jiyoon telah menjadi isteri Jungkook yang sah beberapa jam tadi. Gadis berambut ikal mayang itu menghempaskan badannya ke atas katil, penat kerana melayan tetamu tadi.

Tiba-tiba, Jeonghan memanggilnya dari tingkat bawah. Jiyoon mendengus perlahan sebelum bangun dari katil dan melangkah turun ke tingkat bawah.

"Apa?" Soal Jiyoon apabila melihat Jeonghan di anak tangga yang terakhir.

"Kau tinggalkan suami kau dekat bawah ini? Kau tolong lah dia naik!" Kata Jeonghan.

Jiyoon menjulingkan matanya ke atas sebelum menghela nafas perlahan.

"Alah, kau tolong lah. Aku penat lah." Rungut Jiyoon.

"Dia suami kau! Lagipun, aku ada kerja." Kata Jeonghan.

Jeonghan melangkah pergi. Jiyoon mengetap giginya sebelum memandang ke arah Jungkook yang berdiri tidak jauh darinya.

"Menyusahkan lah kau ini. Sini!" Kata Jiyoon.

Jiyoon memegang pergelangan tangan Jungkook. Mata Jungkook membulat sedikit apabila Jiyoon memegangnya kasar.

"Ji-Jiyoon, sa-sakit awak p-pegang itu..." Kata Jungkook perlahan.

"Diam lah." Kata Jiyoon kasar.

Namun Jiyoon melonggarkan pegangannya pada pergelangan tangan Jungkook. Jungkook menggigit bibir bawahnya.

°°°°°°°°°°°°

Jungkook duduk di atas katil dengan bantuan Jiyoon.

"Kau nak mandi dulu ke apa?" Soal Jiyoon sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Uhh, boleh. Tapi, b-beg baju sa-saya ada dekat bawah." Kata Jungkook takut-takut.

"Eish, makin menyusahkan lah kau ini! Kenapa tak cakap sekali tadi?!" Tengking Jiyoon membuatkan Jungkook tersentak.

Jungkook menahan air matanya yang hendak mengalir. Jiyoon menghela nafas perlahan sebelum memandang ke tempat lain.

"Dekat mana?" Soal Jiyoon.

"Say-saya tak tahu saya le-letak mana..." Kata Jungkook.

"Eish, kau ini kan!" Kata Jiyoon lalu mengangkat tangannya.

Jiyoon menurunkan tangannya apabila melihat airmata Jungkook mengalir. Dia menghela nafas perlahan.

"Kau duduk sini diam-diam. Aku pergi cari. Tch, menyusahkan," Kata Jiyoon sambil melangkah ke arah pintu biliknya.

Jungkook mengelap matanya menggunakan hujung lengan bajunya.

Jiyoon turun ke tingkat bawah. Tiba-tiba, dia ternampak bagasi berwarna merah tertulis ' JEON JUNGKOOK '. Jiyoon menghela nafas perlahan sebelum mengangkat bagasi itu ke tingkat atas.

°°°°°°°°°°°°

Jiyoon meletakkan bagasi itu di sebelah katilnya. Dia mengeluh perlahan.

"Kau bawa batu ke apa dalam bagasi ini?" Soal Jiyoon sambil membuka bagasi tersebut.

"Kakak saya yang masukkan baju saya dalam itu. Dia kata, kena bawa semua baju." Kata Jungkook perlahan.

[c] sightless + jjkWhere stories live. Discover now