09

928 89 2
                                    

Mata Jiyoon membulat. Kelihatan Jungkook sedang terbaring di atas lantai bilik mandi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Jungkook? Jungkook?!" Jerit Jiyoon.

Jiyoon melutut di sebelah Jungkook. Dia menggoncang badan Jungkook perlahan.

"Kook, kau jangan bergurau weh!" Kata Jiyoon kuat.

Jiyoon menahan airmatanya yang sudah bertakung. Bibir bawahnya digigit. Tiba-tiba,

"BA!"

Jungkook bangun duduk, mengejutkan Jiyoon.

"Oi! Kau pura-pura pengsan saja?! Kau tahu tak aku risau?!" Jerit Jiyoon sambil memukul bahu Jungkook.

Jungkook ketawa sambil cuba mengelak pukulan Jiyoon.

"Hehe, sorry lah, JiyoonㅡAduh! Aduh! Sakit lah, Jiyoon! Saya nak main-main saja lah!" Kata Jungkook apabila Jiyoon memukulnya kuat.

Jiyoon bersandar pada almari sinki yang berada di belakangnya. Dia mengelap airmatanya yang sudah mengalir.

"Ka-kau tahu tak aku risau gila?" Soal Jiyoon.

Jiyoon mengelap airmatanya yang tidak berhenti mengalir. Dia memeluk lututnya. Mata Jungkook membulat.

"Ji-Jiyoon, ma-maaf, saya nak ter-terkejutkan awak saja...." Kata Jungkook dengan suara terketar-ketar.

Jungkook meraba-raba sekeliling. Apabila dia dapat mencapai lengan Jiyoon, dia memeluk gadis itu.

"Sorry, Ji-Jiyoon-ah..." Kata Jungkook perlahan, meminta maaf.

Jiyoon menolak Jungkook perlahan. Dia mengelap airmatanya lagi.

"Kau ada ben-benda nak buat ke dalam bilik mandi ini?" Soal Jiyoon.

Jiyoon memandang ke arah Jungkook. Jungkook mengukir senyuman kecil apabila mendengar suara Jiyoon sudah menjadi normal semula.

Jungkook menggenggam tangan Jiyoon perlahan sebelum menghela nafas lega.

"Ah, saya nak mandi kejap." Kata Jungkook.

"O-okay..." Kata Jiyoon perlahan.

Jiyoon melangkah keluar dari bilik mandi itu. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti sesuatu yang berat jatuh. Dia perlahan-lahan berpaling.

Mata Jiyoon membulat melihat Jungkook yang terbaring di atas lantai bilik mandi itu dalam keadaan tidak menyedarkan diri. Kepalanya berdarah.

Rupa-rupanya, Jungkook telah tergelincir dan kepalanya terhantuk pada sinki.

"Jungkook?! Weh, kau jangan main-main! Haishh!" Jerit Jiyoon perlahan.

Jiyoon terus menarik tangan Jungkook untuk memapah lelaki itu keluar dari bilik itu dan turun ke tingkat bawah.

NATIONAL HOSPITAL OF SEOUL

Jiyoon mundar-mandir di depan bilik kecemasan itu. Jantungnya berdegup laju kerana kerisauannya yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Tiba-tiba,

[c] sightless + jjkWhere stories live. Discover now