Rasa Hati

283 8 0
                                    

Rasa hati,
Ketika hati masih sendiri,
Kau hadir memecah sepi
Ketika cinta mula bersemi,
Kau pergi tinggalku sendiri
Bila hati terluka pedih,
Dia hadir bagai memahami
Membuatkan ku berfikir sendiri
Adakah ini cinta yang ku cari?

Kemudian kau kembali,
Bersama hatimu yang pernah ku miliki
Kau di sini,
Mengharap ku kembali
Dia di sana,
Sabar menanti
Rasa hatiku,
Celaru tiada pasti
Ku perlu masa,
Ku harus sendiri
Ku mahu beri ruang pada hati ini
Agar dapat ku amati,
Siapakah sebenarnya bertakhta di hati..

Brain DecayWhere stories live. Discover now