BAB 1

15.5K 372 2
                                    

WAJAHNYA pada pantulan cermin dipandang. Dibelek kiri dan kanan. Ada jerawat yang mula tumbuh sedikit. Mungkin dia silap makan atau terlalu stress! Sekali lagi wajahnya itu dibelek dan dipandang lama melalui pantulan cermin. Ada kesan lebam di bibir dan di bahagian dahinya. Keluhan di lepaskan perlahan sebelum air mata mula bergenang di tubir matanya.

Lalu air mata itu laju menuruni pipinya yang putih mulus itu tetapi agak cengkung sedikit. Mengenangkan nasib dirinya yang malang itu, semakin laju air mata yang keluar seperti hujan lebat yang menyimbah ke bumi. Afra menyapu air matanya perlahan-lahan.

Tidak! Dia tidak boleh menangis! Kalau dia menangis akan menampakkan sisinya yang lemah nanti. Dia harus kuat! Tidak boleh berputus asa.

Sedang asyik Afra mengenangkan nasib dirinya di meja solek, pintu bilik dibuka dari luar. Dan Idziyad melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Cepat-cepat Afra melarikan pandangannya apabila matanya bertembung dengan mata si suami melalui pantulan cermin. Lalu dia bangun dan menuju ke kamar mandi untuk membersihkan mukanya dan dia tidak ingin suaminya tahu yang dia menangis. Kalau tak, nahaslah dia nanti.

Sebaik saja Afra Huda melangkah keluar dari kamar mandi, Idziyad berpaling ke arahnya dan memandangnya tajam. Dan lelaki itu sedang elok berdiri tidak jauh pintu kamar mandi sambil bersandar di dinding.

"Kau kenapa? Mata merah tu? Sakit mata ke?" soal Idziyad tanpa perasaan.

"Tak! Tak ada apa-apa!" Laju Afra menggelengkan kepalanya. Lalu dia membawa langkah ke arah pintu bilik. Dia ingin keluar dari bilik itu. Tidak betah untuk berada bersama dengan Idziyad di dalam bilik.

"Eh! Kau nak ke mana tu? Aku belum habis cakap lagi!" Halang Idziyad dengan suara yang sengaja ditegaskan.

"Errr.... Keluar. Saya nak masak." Jawab Afra perlahan tanpa memandang wajah encik suami sedikit pun. Dia lebih rela memandang pintu di hadapannya. Sebenarnya lebih kepada hendak mengelak. Bukan dia tidak tahu jika suaminya mencari dia, pasti ada benda yang diinginkan.

Idziyad melangkah ke arah Afra yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik yang masih lagi tertutup rapat. Afra dihampiri. Dan tangan isterinya diambil dan di elus lembut.

Melihatkan cara Idziyad melayannya, Afra Huda mengeluh perlahan. Seperti yang dia agak. Apabila Idziyad melayannya dengan lembut, pasti lelaki itu inginkan sesuatu. Matanya hanya memerhati perlakuan Idziyad kepadanya.

Sekali lagi keluhan dilepaskan sebelum Afra bersuara.

"Awak nak apa?" Soal Afra.

"I want you, right now!" Bisik Idziyad perlahan di telinga Afra. Meremang bulu romanya apabila Idziyad bertindak seperti itu. Bukan tidak biasa tetapi entahlah! Setiap kali Idziyad berkelakuan romantis dengannya, pasti jantungnya berdegup kencang ibarat baru selesai merentas desa.

Ya Allah, perasaan apakah ini? Kuatkanlah hamba Mu ini!

"Errr.... Sebenarnya.... Sebenarnya saya...." tergagap-gagap Afra untuk menerangkan kepada Idziyad tentang situasinya sekarang. Takut dijerkah oleh lelaki itu.

"Kau apa?" Jerkah Idziyad sampai terangkat bahu Afra kerana terlalu terkejut.

"Kenapa? Kau tak nak ke?" Soal Idziyad dengan level suara yang biasa. Tidak seperti tadi. tetapi terselit tegasnya di situ.

"Tak! Bukan saya tak nak tapi saya.... saya.... Saya datang bulan!" Beritahu Afra perlahan dalam keadaan tergagap-gagap.

"Oh! Jadinya kau memang nak bersama dengan aku kan?! So, jomlah!" terus saja tangannya Afra ditarik menuju ke arah katil. Pada bibir Idziyad terukir senyuman nakal. Sangat nakal.

HURT SERIES 1 : BIARKAN AKU TERLUKA  [EBOOK]Where stories live. Discover now