PETI TELEVISYEN dipandang dengan pandangan yang kosong walaupun filem Dilwale terpapar di skrin televisyen. Nampaknya Afra tidak tertarik langsung dengan filem yang sedang meletop sekarang kerana ada sesuatu yang mengganggu fikirannya saat ini. Keluhan dilepaskan dengan berat sekali. Seperti ada masalah besar yang menyelubungi dirinya.
Ya! Memang besar! Dan dia tidak tahu macam mana hendak berdepan dengan suaminya dan memberitahu kepada Idziyad. Entahlah! Pandangan dibawa ke arah pintu sebaik saja dia mendengar enjin kereta berderum di perkarangan rumahnya itu. Mungkin, Idziyad sudah pulang dari mengambil opahnya itu. Lalu Afra bangun dan menuju ke pintu.
Pintu dibuka dan dia lihat seorang wanita yang sudah berumur keluar dari pintu sebelah pemandu. Mungkin itulah opah Idziyad. Dia tidak kenal kerana semasa hari perkahwinannya dengan Idziyad, opah suaminya tiada di Malaysia kerana sedang menunaikan umrah. Selepas menunaikan umrah, opah suaminya pergi melancong ke negara Eropah. Itu dia dengar dari Datin Fairuza sendiri. Yalah, orang kayakan. Nak pergi mana-mana pun tak kisah kerana duit berkepuk-kepuk.
Afra melangkah keluar dan Hajah Saodah didekati. Tangan dihulurkan untuk bersalam. Disambut baik oleh Hajah Saodah. Afra menarik nafas lega kerana Hajah Saodah menerimanya dengan baik.
Cucu menantunya dipeluk erat selepas bersalaman. Dia sangat suka dengan cucu menantunya kerana sangat menghormati orang tua. Belum lagi dia masuk ke dalam rumah, dia sudah disambut di hadapan pintu kereta lagi. Sangat berkenanlah dengan cucu menantunya ini. Pandai cucunya pilih.
"Jom, opah kita masuk!" ajak Afra sambil memimpin tangan tua Hajah Saodah.
Hajah Saodah mengikut langkah Afra untuk masuk ke dalam rumah. Dan Idziyad hanya menjadi pemerhati sejak dari tadi menarik senyuman lega kerana opahnya tidak complain apa-apa. Nampaknya, opah sudah berkenan dengan isterinya itu. Bagasi milik opahnya dikeluarkan dari boot kereta dan dia berlalu masuk ke dalam rumah.
"Pandai kamu susun perabot di dalam rumah ni, Huda. Kemas dan teratur saja. Cantik!" puji Hajah Saodah sambil matanya dilarikan ke kanan dan ke kiri menganalisa susun atur perabot di dalam rumah cucunya.
"Biasa saja, opah! Lagipun Huda tiada buat apa-apa pun. Jadi ini sajalah Huda mampu buat." Balas Afra. Dia turut membahasakan dirinya Huda. Seperti mertuanya, Hajah Saodah juga turut memanggilnya Huda. Sekurang-kurangnya, terubat juga rindu kepada arwah ayah dan ibunya kerana arwah ayah dan ibunya memanggil dia dengan panggilan 'Huda.'
"Kamu tak kerja ke, Huda?" soal Hajah Saodah hairan. Mata dihalakan pada Afra di sebelahnya.
"Tak, opah! Id tak bagi Afra kerja." Belum sempat Afra menjawab, Idziyad sudah mencelah. Menjawab bagi pihak isterinya.
"Kenapa kamu tak bagi dia kerja pula?" soal Hajah Saodah ingin tahu. Sengaja ingin mendengar jawapan dari cucunya. Dan dia pun tak berapa berkenan kalau cucu menantunya itu bekerja tetapi dia juga tidak menghalang kalau Afra hendak bekerja. Biarlah, itu semua urusan cucunya. Pandai-pandailah Idziyad buat keputusan.
"Id bukan apa opah, kalau boleh bila Id balik kerja nak juga ada isteri yang sambut Id di pintu. Sebab itulah Id tak bagi Afra kerja," ujar Idziyad. Tiba-tiba rasa bersalah pula tipu opahnya. Kalau opah tahu hal sebenar, mampus dia dikerjakan nanti.
YOU ARE READING
HURT SERIES 1 : BIARKAN AKU TERLUKA [EBOOK]
Short Story© Copyright 2016 [READY FILE for E-BOOK VERSION] MINI NOVEL. Kisah cinta dan dendam di antara Imdad Idziyad dan Afra Huda. Mampukah cinta leburkan dendam di hati? "Biarkan aku terus terluka." -Hezy Rose- Ranking in Short Story #1 -12/8/2016 #3 -29/1...