PROLOG

1.4K 45 0
                                    

Update on 17/9/2018

SEMALAM AFRA HUDA menjadi yatim piatu. Untuk kehilangan ayah dan ibu dalam masa yang sama, Afra belum bersedia lagi. Tetapi, apakan daya. Afra tidak mampu untuk menolak takdir ALLAH. Semuanya sudah tersurat di Luh Mahfuz lagi. Apa yang perlu Afra lakukan adalah redha dengan takdir ALLAH dan meneruskan hidupnya.

Itu perkara yang berlaku semalam.

Dua bulan selepas itu, Afra dilamar oleh seorang wanita yang bernama Datin Fairuza. Datin Fairuza merupakan mama kepada majikan di tempat kerjanya iaitu Encik Imdad Idziyad. Wanita itu melamar dia bagi pihak anak lelakinya. Siapa lagi kalau bukan bos dia. Dan yang Afra pelik, kenapa tiba-tiba saja bosnya itu melamar dia.

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja melamar dia. Aneh!

Afra tahu yang bosnya itu baru saja kehilangan tunang yang tersayang akibat kemalangan dan cepat sangat lelaki itu move on. Malah Afra hanya diberi masa seminggu untuk membuat keputusan itu. Dan majikannya masih sempat mengugut sekiranya dia tidak menerima lamaran bosnya itu.

"Kalau kau tak terima lamaran aku, bersedialah untuk kau hilang kerja."

Ugutan itu menjadi mimpi ngeri buat Afra. Kalau dia dipecat, di mana dia hendak mencari kerja. Zaman sekarang, bukan senang hendak mendapat kerja. Dan dia beruntung kerana dapat bekerja dia syarikat itu kerana syarikat tersebut menjaga kebajikan para pekerja.

Setelah yakin dengan keputusannya, Afra akhirnya menerima lamaran bosnya itu. Dan juga kerana dia sendiri tiada pilihan lain. Menjadi seorang isteri, bukan dalam perancangannya kerana dia ingin mengejar cita-citanya. Tetapi apakan daya, takdir ALLAH tidak mampu ditolak. Akhirnya Afra bergelar isteri kepada Imdad Idziyad.

Sangkanya, setelah menjadi isteri kepada Idziyad, semuanya indah dan bahagia tetapi sebaliknya. Perkahwinan itu seperti neraka bagi Afra. Layanan Idziyad hanya mesra di hadapan keluarga lelaki itu tetapi di belakang, Afra dilayan seperti hamba.

Malah Afra diminta untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa a.k.a orang gaji kepada Idziyad. Afra berasa menyesal kerana menerima lamaran lelaki itu tetapi semuanya sudah terlambat.

Nasi sudah menjadi bubur dan tidak mungkin akan kembali seperti asal. Afra redha dengan takdir ALLAH tetapi yang menjadi persoalannya, mengapa suaminya melayan dia seperti itu. Dia cuba untuk mencari sebab dan jawapan tetapi tidak diketemui.

Dan sampai bilakah dia perlu hidup begini?

HURT SERIES 1 : BIARKAN AKU TERLUKA  [EBOOK]Where stories live. Discover now