PART 4

9K 289 5
                                    

IMDAD Idziyad melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah dan lesu. Mukanya pucat. Dari tadi kepalanya berdenyut-denyut. Nasib baik dia masih boleh memandu lagi dan sampai di rumah dengan selamat. Badan direbahkan ke atas sofa dan mata di pejam. Dengkuran halus mula kedengaran.

Afra Huda yang perasan akan kereta suami ada di porch, terus turun ke bawah. Awal suaminya balik hari ini. Biasanya, kalau matahari tak terbenam memang tidak akan muncullah lelaki itu. Kecuali ketika opah ada di rumah. Memang suaminya akan balik awal. Pukul 5 petang sudah terpacak di rumah. Dan ini belum lagi jarum jam menunjukkan pukul 5 petang, sudah ada di rumah. Hairan!

Langkah Afra Huda mati apabila melihat Imdad Idziyad sudah 'pengsan' di atas sofa. Dan muka lelaki itu pucat. Lelaki itu demamkah? Lalu langkah dibawa ke arah suami yang sedang tidur di atas sofa di ruang tamu. Dia berlutut di sisi sofa. Telapak tangan diletakkan di atas dahi Imdad Idziyad untuk merasa suhu badan lelaki itu. Manalah tahu suaminya demam ke?

Sebaik saja merasa suhu di dahi, Afra Huda menggelengkan kepalanya. Tak demam! Habis tu kenapa muka suaminya pucat. Hati mula resah. Ingin kejutkan Imdad Idziyad, nanti dia pula yang terkejut kerana dijerkah oleh suaminya itu. Suaminya pantang apabila orang lain menganggu tidurnya. Lagi-lagi bila suaminya lepas pulang dari kerja. Memang cari nahaslah!

Lalu Afra Huda bangun dan ingin melangkah ke dapur. Belum sempat dia membuka langkah, ada tangan kasar yang melelar tangannya. Afra Huda berpaling ke sisi dan tangan Imdad Idziyad memegang tangannya.

"Kenapa?" Afra Huda bersuara prihatin. Dia tahu, mesti suaminya inginkan sesuatu.

"Tolong, ambilkan aku panadol dan air masak" pinta Imdad Idziyad lemah.

Tercengang Afra Huda seketika kerana inilah kali pertama suaminya menggunakan perkataan 'tolong' di depan ayat. Biasanya, arahan akan dikeluarkan bukannya permintaan.

"Afra..." Imdad Idziyad bersuara lemah apabila melihat Afra Huda seakan-akan mengelamun. Orang minta tolong ambikan ubat, boleh pula dia mengelamun.

"Ha! Ya-ya.. baiklah!" angguk Afra Huda buru-buru. Cepat-cepat dia melangkah ke dapur untuk mengambil ubat dan air masak.

"Nah!" hulur Afra Huda kepada Imdad Idziyad. Panadol dan air masak diletakkan di atas meja kopi.

Melihatkan Imdad Idziyad seperti sukar untuk bangun, lalu Afra Huda cuba untuk menolong dan nasib baik suaminya tidak membantah. Mungkin lelaki itu tidak larat sangat.

Panadol dan air masak dihulurkan buat Imdad Idziyad di sebelahnya. Tanpa banyak soal, Imdad Idziyad menyambut huluran isterinya. Dan panadol disumbat ke dalam mulut sebelum air masak diteguk dengan perlahan. Badan direbahkan kembali ke sofa. Kepalanya masih lagi berdenyut itu dipicit dengan jarinya.

"Awak sakit kepala ke? Nak saya picitkan?" tawar Afra Huda apabila melihat tangan suaminya berada di dahi. Rupanya-rupanya, suaminya sakit kepala. Patutlah pucat jer dia tengok. Ingatkan demam tadi.

Dan Imdad Idziyad hanya mengangguk sebagai balasan. Dia tidak larat untuk bergaduh dengan isterinya itu. Lalu tanpa banyak soal, dia bangun dan mengalihkan posisi tubuhnya. Kepala direbahkan di atas riba isterinya. Dan mata dipejam kembali.

Terkedu Afra Huda dengan kelakuan Imdad Idziyad. Belum pernah suaminya berkelakuan seperti sekarang. Sebelum ini pun, kalau suaminya sakit belum tentu suaminya terima pertolongannya. Malah ditengking adalah. Dah nak mati ke suaminya?

Astagfirullah Al- Azim... tak baik kau doa macam tu pada suami sendiri, Afra Huda! Berdosa nanti!

Tangan naik memicitkan dahi Imdad Idziyad perlahan-lahan. Nasib baik Imdad Idziyad memejamkan matanya. Kalau tak, memang dia tolak baliklah kepala suaminya yang berada di atas ribanya. Malu tahu tak? Sekarang ni pun, jantungnya bukan main laju lagi berdegup tetapi cuba dikawal sebaik mungkin. Harap-harap suaminya tidak perasan. Kalau tak, manalah dia nak sorokkan mukanya nanti.

Rasa sedikit lega apabila tangan halus itu naik memicit dahinya. Akhirnya Imdad Idziyad kembali lena. Lena di atas riba isterinya buat pertama kali. Nikmatnya!


************************************



TERASA seperti sesuatu yang berat di atas ribanya membuatkan Afra Huda membuka matanya perlahan. Apa yang dia nampak sebaik saja matanya dicelik, kepala Imdad Idziyad masih lagi berada di atas ribanya. Dan dia pula tertidur sambil menongkat tepi kepalanya di sofa. Naik lenguh pehanya meriba kepala suaminya yang berat itu. Dan punggung pun dah naik kematu. Lama sangat dia tertidur.

"Err... Id, bangun!" kejut Afra Huda perlahan. Agak berhati-hati kerana tidak mahu dijerkah oleh lelaki itu.

"Id, bangun... dah masuk waktu maghrib ni." Sekali lagi Afra Huda cuba mengejutkan Imdad idziyad yang masih lena di atas ribanya itu. Tetapi masih lagi gagal. Tiada tanda-tanda lelaki itu akan bangun.

Afra Huda menggaru kepalanya yang tidak gatal. Buntu! Memang susah betul suaminya ini ingin bangun dari tidur. Kalau lelaki itu terlewat bangun pada hari bekerja, dia yang kena tengking kerana tidak kejutkan untuk pergi kerja. Yang dia ni, dah habis air liur kejutkan suruh bangun tetapi masih lagi enak dibuai mimpi. Macam sekarang ni, masih lagi lena dibuai mimpi yang indah.

Huh!

Kerana suaminya tidak mahu bangun, jadi Afra Huda mengambil kesempatan untuk menatap wajah yang kacak itu. Wajah yang sudah mendapat tempat di hatinya. Dari mula dia bersua muka dengan lelaki itu tetapi sengaja dia menafikan perasaannya itu. Biarlah dia seorang saja yang merasainya perasaan itu.

"Seronok pandang wajah kacak aku? Dah jatuh cinta ke?" soalan Imdad Idziyad membuatkan Afra Huda melarikan matanya ke arah lain. Malu apabila tertangkap merenung suami sendiri. Malunya!

Sejak bila suaminya sedar dari tidur? Kenapa dia tidak perasan pun?

"Sorry sikit yer. Saya jatuh cinta dengan awak? Memang taklah!" nafi Afra Huda. Takkanlah dia nak mengaku yang dia memang dah jatuh cinta!

"Tepi sikit! Saya nak bangun ni. Nak solat!" kepala Imdad Idziyad yang berada di atas ribanya diangkat dan diletakkan di atas sofa. Lebih baik dia melarikan diri sebelum lelaki itu menyoalnya soalan pelik-pelik. Sebab perangai lelaki itu agak lain sedikit dari sebelum ini. Terlebih manja!

Imdad Idziyad hanya tersenyum apabila melihat Afra Huda seperti mengelak darinya. Kenapa sejak akhir-akhir ini, dia rasa seperti dia tidak boleh hidup tanpa wanita itu? Dan kalau sehari tak tengok wajah wanita itu, hatinya sudah pandai merindui. Perasaan apakah ini?

Huh! Lebih baik dia bangun mandi dan solat daripada fikirkan perasaan yang entah apa-apa ni. Lalu dia bingkas bangun dari terus berbaring di atas sofa. Badan diregangkan ke kiri dan kanan supaya urat tidak tersimpul. Terasa lenguh badannya kerana lama tidur di atas sofa. Itu baru badannya, belum lagi peha isterinya yang dia tumpang tidur tadi. Kesian pula pada Afra Huda kerana terpaksa menampung berat kepalanya. Tapi itu memang kewajipan seorang isteri tetapi pernahkah kau anggap dia isteri kau, Imdad Idziyad?

Ah! Malas nak fikir semua itu. Lalu Imdad Idziyad berlalu ke tingkat atas untuk bersihkan dirinya dan tunaikan kewajipannya itu.

NOTE : Hai, apa khbar smua? Harap2, semuanya sihat.. Tinggal beberapa saja lg untuk kita berpindah k bulan lain (bulan islam). Semestinya tak sabar nk puasa.. Hehe
Maaf semua, buat kalian trtunggu part yg sterusnya.. Ini part 4 dlm versi wattpad. Kalau dlm versi blog lain tpi jalan ceritanya sama saja. So,enjoy ya gusy! Happy readings! 😊
Cerpen ni belum siap sepenuhnya lg sbb sy msih vacation. In Syaa Allah, akan smbg mnulis balik next week.. Dan sebulan bulan puasa ni, sy rancang nk siapkan cerpen ni dn fokuskan pada manuskrip yg sy tulis skrg ni. Lama sudah rasanya sy duk 'peram'! Hahaha.
Dan manuskrip SYT pn sy peram jgk walaupn dh taip suku jalan baru.. Tak smpai separuh lg😅. Doakan smga sy dpt siapkan manuskrip dlm bulan puasa ni. Semoga Allah bg ilham dan idea.. Aamin 😃

Don't forget to vote and comment, guys! You're my inspiration! 💕

Tulusly,
Winter Love. (Ayatul)

HURT SERIES 1 : BIARKAN AKU TERLUKA  [EBOOK]Where stories live. Discover now