BAB 3

10.2K 310 4
                                    

IMDAD IDZIYAD  melangkah  masuk  ke  dalam  rumah  dengan  langkah  yang  lemah  dan  lesu. Mukanya  pucat.  Dari  tadi  kepalanya  berdenyut-denyut. Nasib  baik  dia  masih  boleh  memandu  lagi  dan  sampai  di  rumah  dengan  selamat.  Badan  direbahkan  ke  atas  sofa  dan  mata  di  pejam.  Dengkuran  halus  mula  kedengaran.

Afra  yang  perasan  akan  kereta  suami  ada  di  porch, terus  turun  ke  bawah.  Awal  suaminya  balik  hari  ini. Biasanya,  kalau  matahari  tak  terbenam  memang  tidak  akan  muncullah  lelaki  itu. Kecuali ketika  opah  ada  di  rumah. Memang suaminya akan  balik  awal. Pukul  5  petang sudah terpacak  di  rumah. Dan  ini  belum  lagi  jarum  jam  menunjukkan pukul 5 petang, sudah  ada  di   rumah. Hairan!

Langkah  Afra  mati  apabila  melihat  Idziyad sudah 'pengsan' di atas  sofa. Dan  muka  lelaki  itu pucat. Suaminya demamkah? Lalu langkah  dibawa  ke  arah  suami yang  sedang  tidur di atas sofa di ruang  tamu. Dia berlutut di  sisi  sofa.  Telapak tangan  diletakkan di atas dahi Idziyad untuk  merasa  suhu  badan  lelaki  itu. Manalah  tahu  suaminya  demam  ke?

Sebaik  saja  merasa  suhu  di  dahi, Afra  menggelengkan kepalanya. Tak  demam! Habis  tu kenapa  muka  suaminya pucat. Hati  mula resah. Ingin  kejutkan Idziyad, nanti  dia  pula yang  terkejut  kerana  dijerkah oleh suaminya itu. Suaminya  pantang apabila  orang lain mengganggu tidurnya. Lagi-lagi bila suaminya lepas pulang dari kerja. Memang cari nahaslah!

Lalu  Afra  bangun dan ingin melangkah ke dapur. Belum sempat dia  membuka langkah, ada  tangan  kasar  yang  melelar pergelangan tangannya. Afra  berpaling  ke  sisi  dan  tangan  Idziyad memegang tangannya.

"Kenapa?"  Afra  bersuara  prihatin. Dia  tahu, mesti suaminya inginkan  sesuatu.

"Tolong, ambilkan  aku  panadol  dan  air  masak," pinta Idziyad lemah.

Tercengang  Afra  seketika  kerana  inilah  kali  pertama  suaminya  menggunakan perkataan  'tolong'  di  depan  ayat. Biasanya,  arahan  akan  dikeluarkan  bukannya  permintaan.

"Afra..." Idziyad  bersuara  lemah  apabila  melihat  Afra  seakan-akan  mengelamun. Orang  minta  tolong  ambilkan  ubat, boleh pula  dia mengelamun.

"Ha!  Ya-ya..  baiklah!" angguk  Afra  buru-buru. Cepat-cepat  dia  melangkah ke  dapur  untuk  mengambil  ubat  dan  air  masak.

"Nah!"  hulur Afra  kepada  Idziyad. Panadol  dan  air masak diletakkan  di  atas  meja  kopi.

Melihatkan  Idziyad  seperti  sukar untuk  bangun,  lalu  Afra  cuba  untuk  menolong  dan nasib  baik  suaminya tidak  membantah. Mungkin lelaki  itu  tidak  larat  sangat.

Panadol  dan  air  masak  dihulurkan  buat  Idziyad di  sebelahnya. Tanpa  banyak  soal, Idziyad  menyambut  huluran isterinya. Dan  panadol disumbat ke dalam mulut  sebelum air  masak diteguk dengan perlahan. Badan direbahkan kembali ke sofa. Kepalanya masih lagi berdenyut  itu dipicit  dengan  jarinya.

"Awak  sakit  kepala  ke?  Nak  saya  picitkan?" tawar  Afra  apabila  melihat  tangan  suaminya  berada  di  dahi. Rupanya-rupanya, suaminya  sakit  kepala. Patutlah  pucat  saja  dia  tengok. Ingatkan  demam  tadi.

Dan  Idziyad  hanya  mengangguk  sebagai  balasan. Dia  tidak  larat  untuk  bergaduh dengan isterinya  itu. Lalu  tanpa  banyak  soal, dia  bangun  dan  mengalihkan posisi tubuhnya. Kepala  direbahkan  di  atas  riba  isterinya.  Dan  mata  di pejam kembali.

Terkedu  Afra  dengan  kelakuan  Idziyad. Belum pernah suaminya berkelakuan seperti sekarang. Sebelum  ini  pun,  kalau  suaminya  sakit  belum  tentu  suaminya  terima  pertolongannya. Malah ditengking adalah. Dah  nak  mati  ke  suaminya?

Astagfirullah  Al-  Azim... tak  baik  kau  doa  macam  tu  pada  suami  sendiri, Afra! Berdosa  nanti!

Tangan  naik  memicitkan kepala Idziyad  perlahan-lahan. Nasib baik  Idziyad  memejamkan  matanya. Kalau tak, memang  dia  tolak baliklah kepala suaminya yang  berada  di  atas  ribanya. Malu  tahu  tak?  Sekarang  ni  pun,  jantungnya bukan  main  laju  lagi  berdegup  tetapi  cuba  dikawal  sebaik  mungkin.  Harap-harap  suaminya  tidak  perasan.  Kalau  tak,  manalah  dia  nak  sorokkan  mukanya  nanti.

Rasa  sedikit  lega  apabila  tangan  halus  itu  naik  memicit  dahinya.  Akhirnya, Idziyad  kembali  lena. Lena  di  atas  riba  isterinya  buat  pertama  kali.  Nikmatnya!

*****

TERASA  seperti  sesuatu  yang  berat  di  atas  ribanya  membuatkan  Afra  membuka  matanya  perlahan. Apa  yang  dia  nampak  sebaik  saja  matanya  di celik, kepala Idziyad masih  lagi  berada  di  atas ribanya. Dan dia  pula  tertidur  sambil  menongkat  tepi  kepalanya  di  sofa.  Naik  lenguh  pahanya meriba  kepala  suaminya  yang  berat  itu. Dan  punggung  pun  dah  naik  kematu. Lama  sangat  dia  tertidur.

"Err...  Id,  bangun!" kejut  Afra  perlahan. Agak berhati-hati kerana tidak  mahu dijerkah  oleh  lelaki  itu.

"Id,  bangun... dah  masuk  waktu  maghrib  ni." Sekali  lagi  Afra  cuba  mengejutkan Idziyad  yang  masih lena  di  atas  ribanya  itu. Tetapi  masih  lagi  gagal. Tiada tanda-tanda lelaki itu  akan bangun.

Afra  menggaru kepalanya yang tidak gatal. Buntu! Memang susah betul suaminya ini ingin bangun dari  tidur. Kalau  lelaki  itu  terlewat  bangun  pada  hari  bekerja, dia  yang  kena  tengking  kerana  tidak  kejutkan  untuk  pergi  kerja.  Yang  dia  ni, dah  habis  air  liur kejutkan  suruh  bangun  tetapi masih  lagi  enak  dibuai  mimpi.  Macam  sekarang  ni,  masih  lagi  lena  dibuai  mimpi  yang  indah.  Huh!

Kerana  suaminya  tidak  mahu  bangun,  jadi  Afra  mengambil  kesempatan  untuk  menatap  wajah  yang  kacak  itu. Wajah  yang  sudah  mendapat  tempat  di  hatinya.  Dari  mula  dia  bersua  muka  dengan  lelaki  itu  tetapi  sengaja  dia  menafikan  perasaannya  itu.  Biarlah  dia  seorang  saja  yang  merasainya  perasaan  itu.

"Seronok  pandang  wajah  kacak  aku? Dah  jatuh  cinta  ke?" soalan  Idziyad  membuatkan  Afra  melarikan  matanya  ke  arah  lain. Malu  apabila  tertangkap merenung suami sendiri. Malunya!

Sejak  bila  suaminya  sedar  dari  tidur?  Kenapa  dia  tidak  perasan  pun?

"Sorry ya. Saya  jatuh  cinta  dengan  awak? Memang  taklah!" nafi  Afra. Takkanlah dia  nak  mengaku  yang  dia  memang  dah  jatuh  cinta!

"Tepi  sikit!  Saya  nak  bangun  ni. Nak  solat!" kepala  Idziyad yang berada  di  atas  ribanya  diangkat  dan diletakkan di  atas sofa. Lebih baik dia melarikan diri sebelum suaminya menyoalnya  soalan pelik-pelik. Sebab perangai suaminya agak  lain  sedikit  dari  sebelum  ini. Terlebih  manja!

Idziyad hanya  tersenyum apabila  melihat  Afra  seperti mengelak darinya.  Kenapa sejak  akhir-akhir ini, dia  rasa  seperti  dia  tidak  boleh hidup  tanpa wanita  itu? Dan kalau  sehari  tak  tengok  wajah  wanita  itu,  hatinya  sudah  pandai  merindui. Perasaan  apakah  ini?

Huh!  Lebih  baik  dia  bangun  mandi  dan  solat  daripada  fikirkan  perasaan  yang  entah  apa-apa  ni. Lalu  dia  bingkas  bangun  dari  terus  berbaring  di  atas  sofa. Badan  diregangkan  ke  kiri  dan kanan  supaya urat  tidak  tersimpul. Terasa lenguh badannya kerana lama tidur di atas  sofa. Itu  baru  badannya, belum  lagi  paha  isterinya  yang  dia  tumpang  tidur  tadi. Kesian pula  pada  Afra  kerana  terpaksa  menampung  berat  kepalanya. Tapi  itu  memang  kewajipan seorang isteri  tetapi pernahkah  kau  anggap  dia  isteri  kau, Idziyad?

Ah!  Malas  nak  fikir  semua  itu. Lalu  Idziyad  berlalu  ke  tingkat  atas  untuk  bersihkan  dirinya  dan  tunaikan  kewajipannya  itu.


NOTE : Maaf jika xbest.. So, enjoy your reading..

Don't forget to VOTE & COMMENT 😃

Tulusly,
Winter Love ( Ayatul).

HURT SERIES 1 : BIARKAN AKU TERLUKA  [EBOOK]Where stories live. Discover now