Bab 1

180 3 0
                                    

Titisan air hujan yang lebat di luar mengingatkan dia pada kampung halaman yang sudah lama tidak dijengujnya dek kerana urusan kerja yang melambak-lambak. Kuliah, assignment, dan tidak lama lagi peperiksaan pula bakal menjelma.

Rindu betul dia dengsn ubi kayu bakar dicecah dengan air asam buatan ayahnya. Pasti menjilat jari dia dan dua orang adiknya menjamah ubi kayu itu. Berebut-rebut mereka bertiga makan dengan lahap. Kenangan itu membuat dia tersengih panjang.

"Oi, apa yang kau tersengih seorang-seorang ni?"

Sapaan kuat daripada suara orang yang dikenalinya itu menghilangkan bayangan kenangannya sebentar tadi.

"Kenapa kau ni? Cubalah bagi salam dulu. Main sergah aje," tegur Zara sambil membuntangkan mata.

Fatimah Al-Zahra, itulah nama gadis kecil molek itu. Muka bujur sirihnya dihiasi mata bulat dan alis mata yang lentik. Hidungnya mancung dan bibirnya yang berwarna merah jambu kelihatan indah. Rakan sebiliknya, Anne, juga gadis kecil molek, berkulit cerah dan berkaca mata.

"Tak adalah. Dah lama aku perhatikan kau. Tengok hujan, tersengih macam kerang busuk. Kau angau ke apa?" Usik Anne.

Dia melabuhkan punggung ke tilam yang empuk.

"Saja teringat kampung aje. Dah lama aku tak jenguk ayah dengan adik-adik aku kat kampung," jawab Zara.

Mata yang tadi memandang Anne dialih semula ke luar jendela. Titisan air hujan semakin lebat menghempas batuan tat di hadapan bangunan yang menempatkan biliknya.

Ya, dia hanya punya ayah dan dua orang adik lelaki. Ibunya sudah dua tahun meninggal dunia kerana penyakit yang punyalah panjang hendak diingatnya. Kalau bahasa kampung yang dia tahu, paru-paru berair. Mengenangkan perpisahan terakhir itu pasti akan membuat air matanya merembes keluar. Namun kini, dia sudah menerima kehilangan itu sebagau qadak dan qadar hidupnya.

"Wei, aku dengan geng-geng lain nak ajak kau keluar hujung minggu lepas exam. Kau nak tak?"

Pertanyaan Anne megejutkan lamunan kali kedua Zara.

"Keluar? Pergi mana?" Soal Zara kemudian.

"Lepas exam ingat nak pergi KL. Sebab..."ujar Anne, namun terhenti di situ.

Zara mengalih pandangannya, memandang muka Anne dengan perasaan ingin tahu.

"Hmmm...Kang Hae Jin nak datang ke Malaysia. Kebetulan pulak nak buat kat KL. Kebetulan pulak lepas kita exam. Jadi,kami ingat nak pergi konsert dia. Sebelum tu ingat nak jalan-jalan dulu kat KL," sambung Anne sambil tersengih-sengih.

Seronok benar hatinya mahu bertemu dengan idolanya.

"Kang Hae Jin? Siapa tu?"soal Zara, hairan.

Anne menghela nafas panjang.

Dah agak, mesti minah ni lupa. Tak pun buat-buat lupa atau dia memang tak mahu ingat, desis hati Anne.

"Ni, mamat Korea nilah," jawab Anne sambil jari telunjuk ditunjuk poster besar yang dilekatkan di dinding sebelah katilnya.

Mata Zara terus tertancap kepada poster itu. Seorang lelaki bermata sepet, memakai cap tertulis VIP. Tinggi lampai dan berkulit putih. Dia baru teringat lelaki Korea itu menjadi kegilaan Anne dan rakan-rakannya yang lain.

"Hari-hari aku kenalkan dia kat kau. Kau selalu lupa, kan?"soal Anne dengan mata terjegil, geram.

Zara menggaru-garu kepala yang tidaj gatal.

Perlu ke aku ingat benda tak mendatangkan faedah macam ni. Buang masa aku aje, desis Zara dalam hati lalu menggeleng-geleng.

"Dia ni kumpulan duo dari Korea. Kumpulan Wax 2. Lagu dia best gila. Jadi, dah kebetulan dia nak datang ke sini,aku dengan geng-geng lain naj pergilah konsert dia. Mana tahu ada jodoh," jelas Anne sambil tersengih-sengih lagi.

"Alah, malaslah aku nak join benda-benda macam ni. Lagipun, aku tak minat lah. Kau kan tahu aku tak suka benda macam ni," balas Zara, menolak pelawaan itu.

Anne mengeluh berat.

"Alah...jomlah, Zara. Hilangkan stress lepas exam. Tiket murah aje, RM250. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Kalau kau tak percaya, kau tanya Miya, Pena."Pujuk Anne.

Dia meluru ke bilik sebelah. Mengajak kedua-dua orang rakannya supaya mereka juga memujuk Zara, si gadis degil.

Dalam masa beberapa saat, kedua-dua orang gadis itu sudah berada di dalam bilik. Pena menghampiri Zara sambil memeluk bahu gadis itu.

"Yalah, kau ikut aje kitorang, okey?" Pujuk Pena pula.

Anne mengangjat ibu jarinya.

"Tak nak lah. Mahal sangatlah tiketnya. Aku tak mampu. Lagipun, bagi aku bukan begini caranya nak hilangkan stress. Kita boleh hilangkan stress dengan solat sunat, mengaji al-Quran atau berselawat ke atas Nabi. Itu lebih baik," saran Zara.

Mereka terdiam seketika sambil mengangkat kening masing-masing. Anne dan Pena menolak Miya, meminta gilirannya memujuk gadis itu.

"Okey, macam ni. Biar kita orang belanja ksu tiket. Kau ikut aje kita orang. Okey?" Pujuk Miya pula.

Zara memandang gadis itu. Kemudian matanya beralih memandang Anne dan Pena. Dia menguntumkan senyuman.

"Kau orang ni. Daripada kau orang habiskan duit kat tempat yang tak berfaedah macam tu, baik kau orang sedekahkan kat orang yang memerlukan. Kau orang tahukan nanti bila kita meninggal, ALLAH akan soal kita kat mana kita habiskan wang kita, untuk benda yang berfaedah atau kita berjihad di jalan-NYA," nasihat Zara lembut.

Anne, Miya dan Pena memandang sesama sendiri. Menyalahkan diri masing-masing. Mereka sudah faham dengan perangai Zara yang ala-ala ustazah. Sepatutnya mereka tidak sesekali mengajak gadis itu ikut serta. Namun, Anne yang beria-ia.

"Yalah, ustazah. Suka hati kaulah. Kita orang ni ajak kau aje. Niat kita orang baik tau. Kau asyik memerap aje dalam bilik. Dah hampir empat tahun kat sini, kehidupan kau, kelas, library, bilik. Tak bosan ke?" Bebel Miya.

Anne dan Pena menganggukkan kepala mereka tanda setuju.Zara mengukirkan senyuman lagi.

"Tak apa. Kau orang pergi ajelah ye. Aku nak Solat Asar ni. Kau orang dah solat ke?" Balas Zara, menukar topik perbualan.

Ketiga-tiganya menggelengkan kepala. Zara menggeleng melihat ketiga-tiga mereka tersengih.

"Jom kita solat sama-sama," ajak Zara.

Dia kemudian melangkah keluar menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Ketiga-tiga mereka membuntuti langkah Zara untuk mengambil wuduk sekali.

~~~~~

Sye hrap ini cukup ye. Jangan lupa vote, komen dan follow.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 18, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Imamku, Mr KimchiWhere stories live. Discover now