Bab 3

107 4 0
                                    

"Adhwaaa!!!! Tunggu akuuuu!!"

"Aik siapa pulak yg panggil nama aku ni, buruk benor suara."aku pelik.

"Lahhhh budak baru anak Dato' ni rupanya. Eee rimas lah aku asyik tersangkut dengan dia je. Pegi sini, ada dia. Pegi sana, ada dia. Ya Allah, kuatkan lah imanku huhu."aku jawab dalam hati.

"Weh mok, aku nak bagitahu something ni."(dia panggil aku mok???).

"Ha cepat ah sikit, aku dah lambat dah ni."

"Lambat nak pi mana mok? Ok ok, mcm ni cerita dia."dia reply.

"Ha cite cite."

"Gini, emmm aku nak number phone kau, aku nak whatsapp kau pasal hw harini, aku mcm takleh in ah do dengan cikgu cikgu kelas kau ni.",dia ngeluh.

"Haaa ok nak tulis kat mana ni? Aku tengah ada pen ni."

"Ha tulis ah kat tangan aku, kau ada handkerchief tak? Mana boleh sentuh bukan muhrim hahahhaha."dia ketawa sambil jelir lidah.

"Ish kau fikir, aku ni tak tahu ke mana baik mana buruk? Ish. Nah number aku."aku tulis kat tapak tangan dia dengan penuh rakus, nak je aku putuskan urat dia tadi, serious timbul timbul, ugh *melt* hahaha.

"Eh dah lah, aku nak kena pergi ni, kang lambat, dia marah pulak."aku jawab.

"Siapa marah kau ha?? Aippp biasaaa diaaa!"Nazim perli.

"Habis dah? K bye. Jumpa esok."aku jawab but 'jumpa esok' like, seriously Adhwa?? Kau dah kenapa?

Aku bergegas, lari mcm Usain Bolt, kejar bus Iskandar tu. Sebenarnya, aku memang betul betul dah lambat nak pergi kedai buku, tak pasal pasal kena marah dengan boss. Dan ya, aku bekerja sambil belajar. Sebab aku buat ni semua adalah sebab aku nak duit poket aku sendiri, mcm aku boleh beli baju, buku, alatan tulis dan keperluan aku yg lain. Aku taknak susahkan Ibu aku, dia bersusah payah pagi petang siang malam menjahit. Ayah? Hmmm. Ayah tak panjang umur. Ayah terlibat dalam kemalangan kereta, awal tahun lepas. Ayah aku bekerja sebagai seorang driver dan....ah! Aku sedih dan feel down bila teringatkan kisah Ayah, Ayah lah yg memberi aku kesenangan, bekerja dari pagi sampai malam. Malam, ayah kerja di sebuah restoran, di Johor Bahru. Kerja sebagai seorang pencuci pinggan. Satu hari tu, Ayah terpecahkan pinggan, then Ayah kutip serpihan pinggan yg pecah tu, mesti Ayah terbongkok bongkok nak kutip, gaji pun kena potong dan jari Ayah pun terluka. Tapi Ayah masih tersenyum. Aku sedih campur bangga, sebab dapat Ayah yg mcm tu. Aku bersyukur sangat dengan apa yg aku ada sekarang. Sudah lah, aku mahu tidur, penat.

Sampai sudah di perhentian aku, kedai buku. Edaran Ilmu Hidayah di Johor Bahru. Aku biasalah bekerja sebagai seorang yg kerjanya hanya mengemas, menyusun buku buku di situ. Alhamdulillah, duit poket aku cukup untuk sebulan bila aku bekerja di sini. Hanya Ayna sorang saja yg tahu, aku belajar sambil bekerja. Ibu? Ibu tidak tahu, aku taknak Ibu makin bertungkus lumus untuk menyara aku dan adik adik. Mujur, adik aku semua sudah besar dan bersekolah dia sekolah berasrama Tahfiz, alhamdulillah sejuk perut Ibu.

Lepas dah siap tukar baju uniform, aku terus cepat cepat kemas buku semua.

Tiba-tiba, "Hai Adhwa, kita jumpa lagi, orang kata kalau jodoh tu tak ke mana kan?"someone tegur.

"Eh? Zafran? Ya Allah, terkejut saya. Ingatkan siapa tadi haha."aku jawab dengan penuh awkward sebab dia tahu aku bekerja di sini, aku mula risau.

"Errr awak kerja dekat sini ke?"dia tanya.

"Emmm haah, awak boleh tak tolong, tolong jangan bagitahu cikgu atau sesiapa yg saya ni belajar sambil bekerja. Please."aku jawab dengan suara yg perlahan, sebab ye lah risau dia bagitahu sesiapa pasal ni.

"Don't worry lah, Adhwa. I'll keep your secret. Btw, boleh saya mintak number phone awak? Saya nak cakap something dengan awak, tapi rasanya dekat sini tak sesuai kot. Boleh?",awww speaking lagi, dah handsome ish, then bahasa dia lembutnyaaaa.

"Em tapi awak jangan jual pulak number saya haha."

"Sure, Adhwa. Anything for you.", anything?? Seriously? Okay aku nak iphone, boleh tak? Hahahaha.

Aku pun saling tukar tukar number phone masing masing. "Peliknya, kenapa cara dia jalan lain macam? Dia pernah accident ke?",aku tanya dalam hati.

"Adhwaaaa!!!! Kerja lah bukan dating!",boss dengan tegasnya tegur, kauuu terkejut aku. Nasib Zafran tu dah blah, kalau tak eeee dengan Zafran sekali kena marah dengan boss.

Tamat dah syif aku pada petang ni, jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku pun cepat cepat naik bus and pulang ke rumahku syurgaku haha. Sampai je rumah, Ibu tengah masak lauk kegemaranku! Ayam masak cili padi pedas das das dassss kalau Ibu yg masak. Tu yg bertambah selera tu, dan makin bertambahlah berat aku hahahaha. Demi masakan Ibu, aku sanggup korbankan berat badanku, kesian Ibu penat penat jahit, masak lagi, haih. Takpe SPM ni, aku akan buat yg terbaik, so that I can make my mom feel very proud of her daughter and everything is paid off! I will make you proud Ibu, I will, Insya'allah.

Dah habis makan dengan Ibu, terus masuk bilik, bukak kejap phone tetiba, ada orang call.

"Aaaaahhhhhhh!!!!!"
*paaaaappppppp*

"Phone aku!!!! Eeeee siapa ni call tapi guna profile picture zombieeeee!!!! Ni mesti kerja si Nazim ni, eeeee NAZIMMMMMM!!!!!!!", aku marah sambil jerit sekuat hati.Tiba tiba ibu masuk bilik,

"Kakak pehal ni, terkejut Ibu!!! Kalau Ibu terjahit tangan Ibu tadi mcm mana? Ishhh dah dah pegi tidur lah."Ibu marah, haha. Kesian Ibu hmm, ni semua salah si Nazim tak guna ni. Siapppp diaaa esokkkkk!!!

"Sorry bu, ye lah kakak tidur ye bu. Night. Don't work too hard, Ibu mesti penat, Ibu rehat lah ye, nanti esok pagi kakak kemaskan barang jahit Ibu."aku balas dengan hati yg agak sayu. Dah lupa dah pasal Nazim, lantak dia lah.

So, aku tidur mcm biasa, then aku terbangun, "Aikkk? Baru pukul 10? Mcm lama je aku tidur tadi. Maybe penat sangat kot harini."

*tweet tweet sms*

Zafran: Hai Adhwa. Dah tidur belum? Nak cakap pasal something ni.

Whattt?? Zafran whatsapp aku malam malam gini, Ya Allah profile picture dia, handsomenyaaa, I'm so lucky, hahahahaa😂. Bukan mcm si Nazim tu, adore sangat agaknya dengan zombie, eh pi mati lah, eeee geram aku!

*************
Bab 4, coming soon! Stay tuned and Zafran nak cakap pasal apa ni? Cinta or what? Hehe. Thank you so much, yang sudi membaca tu😍 I'll update ASAP, thanks again!💓😉

Korang perasan atau tak yang Nazim tak sebut gelaran Ayah dia tu (Dato') masa dia perkenalkan diri dekat Adhwa? Stay tuned for more k?😉

Dalam DiamWhere stories live. Discover now