Hi everyone, it's me your "not so good in BM" author, so i decided to continue this story because in this way, i can relieve my stress a little since right now it's sem break!
Yep, i started this story when i was 16, bruh, right now i'm an adult already huhu, 20 already meh, i don't mind if no one nak baca, i just want to relieve my stress lol, chaoo.
POV Adhwa
Sesudah aku mengemas rumah Zafran, Zafran memanggil aku untuk menjelaskan perbualan kami yang menyeramkan pada awal sesi pekerjaan aku. Zafran menegur aku sewaktu aku sedang turun dari tangga rumah makciknya.
"Ad, can we talk for a sec.", kata Zafran dengan nada seriusnya lagi.
"O-okay.", kata aku sambil tergagap.
Aku kadang-kadang hairan dengan sikap Zafran yang di sekolah dan di rumah, bagi aku, dia seolah-olah ada BPD (boderline personality disorder). Ceh. Ini semua datang dari buku ilmiah tentang psikologi yang aku baca semalam sebelum tidur.
Zafran memandang aku dengan muka seriusnya lagi. Ah! "Firstly, i just want to say sorry about my behavior earlier, I know that I shouldn't treat my new employee like that in her first day, plus you are my friend.", kata Zafran sambil memandang karpet ruang tamunya, dan mukanya sangat sedih sampaikan aku rasa bersalah sangat sebab takut dengan dia.
"Eh, takpe, Zafran stress kot sebab belajar, lepastu kita kan dah nak SPM dah.", kata aku dengan cepat sambil senyum. "Tapi...", kata Zafran lagi.
"Zafran tadi tengok time Adhwa tengah kemas bilik Zaf, Zaf nampak yang Ad ni asyik merenung je dekat bilik berpintu hitam dalam bilik Zaf tu, so secondly, I just want to say, mind your own business, if I told you not to care about that room, then just obey it. Ad ni betul ke nak kerja dengan Zaf, sedangkan Ad langgar arahan Zaf, I'm your employer, keep that in mind.", kata Zaf menggunakan suaranya yang garau itu.
"Ah! O-okay, Ad mintak maaf sangat-sangat, Ad ni biasalah curious, Ad minta maaf sangat-sangat Zaf!", kata aku sambil ketakutan. Aku perlukan kerja ini, suapya aku boleh tolong ibu aku walaupun sedikit. Terus terang, aku...rasa tak tenang ada kawan macam dia ni, walaupun rupa paras menawan buat hati tertawan tapi dia sah ada masalah otak bila dia di rumah.
"Takpe :) Dengar cakap ya lepasni.", kata Zaf sambil senyum. Aku berasa lega, "Thank you Zaf, sorry sangat-sangat", kata aku. Apa-apapun jasa Zaf untuk bagi aku kerja di sini, tak akan aku sia-siakan, walaupun ada masalah personality, mungkin.
Selepas aku menukar baju di bilik makcik maid awal-awal tadi, aku terdengar bunyi ketukan di pintu, "Makcik, masuklah.", kata aku dengan nada yang lembut dan sopan. Aku sebenarnya mahu mengadu kepada makcik ini tentang ketidakstabilan personaliti Zaf hari ini, tapi nanti dia kata apa pula, sudahlah Zaf bagi aku kerja, ada hati pula aku untuk mengutuk di belakangnya.
"Macam mana dengan hari pertama kamu? Okay?", kata makcik. "Alhamdulillah, baik-baik je, penat sikit, tapi biasalah.", kata aku sambil sengih.
"Makcik bukan apa, tapi takut kamu tak biasa dekat sini bila berdua dengan dia. Makcik faham.", kata makcik. "Kejap, apa maksud makc-", kata aku tanpa sempat habiskan ayat, ada bunyi ketukan pintu lagi, "Ad, jomlah Zaf hantar balik.", Zafran rupanya.
"Ah, o-okay kejap ya.", aku terus bergegas mengambil beg aku di tepi katil, dan salam makcik tadi dengan cepat, "Terima kasih makcik!", kata aku sambil berlari untuk keluar dari bilik.
Aku berlari ke arah pintu masuk rumah ini, "Zaf, jap!", kata aku sampai tak cukup nafas, tetapi Zafran tidak kelihatan di mana-mana. Aku sudah lama tidak berjoging, sebab itulah termengah-mengah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dalam Diam
Roman d'amourkenapa mesti kau? kenapa bukan orang lain? kenapa kena simpan dalam diam? kenapa semua kau nak simpan dalam hati? kenapa tak jujur dengan aku? kenapa mesti jadi macam ni? New update: 3/09/2020 wow!