Begitu terukkah aku?

402 15 1
                                    

Dari sudut pandangan Mya..

"KAU memang anak yang tak berguna! Kenapa kau sanggup lukakan hati Dyna hah? Diakan sahabat kau sedari kecil? Hei, aku tak paham sungguhlah dengan kau ni! Ada kawan sempurna macam Dyna tu, kau pergi buang! Hish, sekarang kau tengok! Syarikat bapa kau masalah, Datin- Datin lain semua jauhkan diri daripada aku. Semuanya sebab kau putuskan persahabatan kau dengan Dyna. Memang anak sial lah engkau ni!" herdik Datin Rasha kepadaku. Yup, dia yang mengherdikku itu adalah ibu kandungku yang telah mengandungkan diriku 9 bulan lamanya.

"Sahabat? Ma, sahabat Mya bukanlah orang yang jadikan Mya hamba abdinya. Siapa sebenarnya anak mama? Mya atau Dyna? Kenapa mama selalu mengagung- agungkan Dyna? Okay, Mya mengaku, Dyna lebih cantik daripada Mya. Tapi, Mya selalu cuba buat mama dan papa bangga dengan belajar bersungguh-sungguh dan jadi pelajar cemerlang setiap tahun! Tapi, apa yang Mya dapat cuma jelingan dari mama dan wang dari papa. Susah sangat ke nak peluk Mya dan ucapkan tahniah? Mya tak minta pun duit papa. Mya cuma nak kasih sayang daripada darah daging Mya sendiri. Is that to much to ask?" soalku bertubi-tubi. Mama seakan terpaku seketika. Beberapa saat berlalu dan mama menghampiriku dengan wajah yang tenang. "Mya.." panggil mama sambil memegang lembut bahuku. "Ya ma?" sahutku.

Pegangan yang lembut di bahuku bertukar menjadi cengkaman yang menyakitkan. "Jangan pernah biadap!" jerit Datin Rasha.

PAANNGGG!!!! Perkara terakhir yang aku ingat adalah wajah mama yang penuh kepuasan sebelum perlahan-lahan jatuh ke dalam kegelapan.
Dari sudut pandangan Datin Rasha..

Budak ni buat-buat pengsan ke? Nak raih simpati aku? Jangan harap! Aku masih tak berpuas hati melihatkan Mya kaku tidak bergerak setelah menerima tamparanku itu tadi.

Aku mencapai pasu bunga yang berdekatan sebelum menghentak ke kepala Mya dan membaling pasu-pasu yang lain ke arah Mya. Ku tarik rambutnya lalu menampar pipinya beberapa kali lantas menyedari tanganku dilumuri cecair merah yang berbau hanyir.

"A.. apa ni? Da.. da.. dar.. darah?! A.. apa aku dah buat ni? Oh god! What have I done?! What should I do now?" aku mengeluh berat sebelum pandanganku terhala ke arah tubuh Mya yang masih terbujur kaku.

Cepat-cepat nadi Mya aku periksa. Fuh, masih hidup. Aku tak sayangkan budak ni. Aku cuma tak mahu masuk penjara. Sebab dialah.. sudah! Lupakan dulu! "Mak Jah! Ooo... Mak Jah!" aku terjerit-jerit memanggil pembantu rumahku itu.

"Ya, Puan," sahut Mak Jah. Terbeliak mata Mak Mah melihatkan Mya yang kini berlumuran darah. "Bersihkan lantai. Suruh Pak Darus angkat budak ni. Call Doktor Rashidah," arahanku disambut dengan anggukan Mak Jah.

Mencari SahabatWhere stories live. Discover now