Memori

329 14 5
                                    

Kepalanya terasa berat sekali. Matanya cuba dibuka namun pandangannya bagaikan berpinar. Digagahkan jua dirinya untuk melihat persekitarannya.

Penglihatannya yang tadinya kabur kini mulai jelas. Kepalanya bagaikan berdenyut-denyut. Spontan tangannya mengusap kepalanya. Eh, balutan ape pulak kat kepala aku ni? Detik hatinya. Perlahan-lahan memorinya berputar dan mengulang kejadian sebelum dirinya pengsan.

Segera mulutnya ditekup. Ya Allah, mama! Kenapa mama benci sangat dengan Mya? Apa salah Mya ma? Rintihnya dalam hati. Tiba-tiba pintu biliknya dikuak. Sebaik sahaja pintu tersebut ternganga luas, terjengul wajah Mak Jah di muka pintu. "Astaghfirullahalazim... Mak Jah ni! Buat Mya terkejut aje... Mya ingat hantu tadi. Fuhh..." suara serak milik Mya terlontar keluar juga dari halkumnya.

"Hisy, Mya ni.. sakit-sakit pun nak gurau," kata Mak Jah dengan perlahan. Matanya berkaca. Kenapalah Puan tergamak layan Mya macam ni? Sedangkan rakannya itu yang buruk perangainya dibela bagai anak sendiri. Hatinya berkata-kata sendiri.

Mya yang melihatkan wajah keruh milik Mak Jah itu segera faham apa yang tersirat dalam hati wanita tersebut. "Tak apalah Mak Jah... Dah nasib saya jadi begini. Tapi kenapa mama benci sangat dengan saya Mak Jah? Saya rindu sangat dekat mama yang penyayang, yang prihatin, dan mama yang selalu manjakan saya masa kecil," luah Mya.

Lidah Mak Jah kelu. Dia tahu peristiwa yang menyebabkan hubungan Mya dan mamanya yang amat erat dahulu kini retak. Namun peristiwa itu dirasakan terlalu pahit untuk diceritakan. Dahulu, ketika Mya berusia 6 tahun, kakak kesayangannya meninggal dunia akibat bunuh diri. Bagaimana mahu diberitahu kepada gadis itu bahawa dialah punca Mayra Radhisha membunuh diri?

Sudahnya Mak Jah memeluk gadis itu. Datin Rasha yang mendengar kata-kata anak bongsunya itu di sebalik pintu sudah terhinggut-hinggut bahunya kerana menahan tangisan. Sayang, mama rindukan sayang juga. Cuma, cuma mama masih belum dapat terima apa yang Mya dah buat pada Mayra. Maafkan mama sayang.

Mencari SahabatWhere stories live. Discover now