Mencari Sahabat

1.2K 19 4
                                    

Bab 1

Aku menangis teresak-esak sambil merenung ke arah satu kelibat yang amat dikenaliku. Kenapa semua orang dalam dunia ni bencikan aku? Khianati kepercayaan aku? Aku juga pandai rasa letih. Aku juga kenal erti lelah. Aku bukannya robot yang tiada perasaan. Aku, Mya Radhirah juga ada hati dan emosi. Aku masih merenung seorang gadis yang telah dianggap sebagai sahabat itu. Nampaknya aku sememangnya keseorangan. Aku menarik nafas kasar. Aku menyapu pipiku pantas dan segera bangun dan berjalan menuju ke arah Nurul Fadyna. "Eh, kenapa ngan mata awak ni? Bengkaklah.." Dyna memerhatikan segenap wajahku dan perasan akan kesembapan mataku. Aku menepis kasar tangan Dyna yang ingin menyentuh mataku. Tersentak Dyna jadinya. "Dyna, mulai hari ni, kau bukan lagi kawan aku. Apatah lagi sahabat. Kau hancurkan harapan aku. Sahabat jenis apa kau ni? Kau memang betina sial tak sedar diri! Kau rampas hidup aku! Kau ampu parents aku then kau pergunakan kesenangan hidup aku. Pada siapa lagi aku harus percaya kalau kau sahabat aku yang aku kenal sedari kecil tega mempermainkan aku? Aku penatlah jadi kuli kau! Kerja rumah kau siapa yang siapkan? Siapa selalu belanja kau? Siapa yang betul-betul ikhlas kawan dengan kau? Aku!" aku menjerit sekuat hati lantas dengan sebelah tangan sahaja aku terbalikkan meja Dyna. Dyna cuma mampu menunduk. Kerana segala yang dikatakan aku itu benar belaka. Aku betul-betul naik gila. "Dyna? Betul ke apa yang mak dengar? Patutlah kau selalu banyak duit, kau kikis harta kawan kau sendiri. Mak kecewa dengan kau nak, kecewa!" Puan Fashina muncul tiba-tiba dan memandang wajah Dyna penuh sayu. "Mak," sepatah perkataan itu meluncur keluar dari mulut Dyna. "Mya, mak cik minta maaf sangat-sangat atas perbuatan Dyna kepada kamu. Berapa Dyna hutang pada kamu? Mak cik bayar ansur-ansur ya? Mak cik ni orang miskin," aku terus memeluk Puan Fashina erat setelah dia habiskan ayatnya. "Ibu Ina tak perlu bayarlah. Kasih sayang yang ibu limpahkan selama ini dah cukup untuk saya. Walaupun saya ni bukan anak ibu, ibu tetap layan saya dengan baik. Mya dapat merasai kasih sayang seorang ibu walaupun sekejap. Terima kasih ibu. Kalau tiada ibu mungkin saya adalah seorang manusia yang tidak tahu erti kasih sayang," aku menuturkan ayat itu dengan syahdu dan hati yang pilu. Puan Fashina terpegun mendengar gelaran yang dihadiahkan oleh aku.

Akhirnya Puan Fashina menangis bersamaku dengan aku di dalam pelukannya. Dyna hanya memerhatikan kami dengan pandangan kosong.

Mencari SahabatWhere stories live. Discover now